Isnin, 26 November 2012

MAKLUMAN MEDIA

Fiesta Futsal Gelombang Merah Negeri Kedah 2012       

Satu kejohanan futsal TERBESAR DI NEGERI KEDAH yang dinamakan sebagai Fiesta Futsal Gelombang Merah Negeri Kedah (FFGM Kedah)akan dianjurkan pada hari Jumaat dan Sabtu 23-24hb November 2012 bertempat di De’ Futsal, Jalan Titi Gajah, Alor Setar, Kedah(berhadapan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah).

Fiesta ini akan dianjurkan oleh Sekretariat FFGM Kedah iaitu satu gabungan hampir 30 buah Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGO dari negeri Kedah.

Perasmian fiesta ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Paduka Ahmad Bashah Abu Hanipah selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Manakala penutupnya pula akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Hj. Mukhriz Tun Mahathir selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Acara utama FFGM Kedah ini ialah:
1.        Kejohanan Futsal yang terbahagi kepada 2 kategori :
·         Terbuka Lelaki (Kedah)
·         Terbuka Wanita (Kedah)

2.        Pertandingan Karaoke (Terbuka untuk semua pengunjung FFGM Kedah)
3.        Kanter Pendaftaran BR1M 2.0
4.        Cabutan Bertuah (Terbuka untuk semua pengunjung FFGM Kedah)
5.        Showcase NGO
6.        Pemeriksaan Kesihatan
7.        Persembahan artis-artis popular tanahair
8.        Kaunter Semakan dan Pendaftaran Pemilih SPR
9.        Booth Kumpulan Media Karangkraf
10.     Sesi SENIMAN bersama peminat

OBJEKTIF

Matlamat utama FFGM Kedah adalah untuk mendekatkan lagi para pemimpin UMNO dengan para pengunjung terutamanya anak-anak muda dari Kedah. Ia juga akan memberi peluang kepada para pasukan untuk bersaing secara sihat bagi merebut hadiah fiesta yang cukup lumayan. Selain itu, terdapat pelbagai acara sampingan yang boleh dimanfaatkan oleh para pengunjung.


AKTIVITI
1.       Futsal
Tujuan futsal dipilih sebagai acara utama kerana futsal berupaya menarik ramai anak-anak muda daripada pelbagai lapangan dan latar belakang. Ianya terbuka kepada anak-anak muda dari negeri Kedah sahaja dan dipecahkan kepada 2 kategori :
·         Terbuka Lelaki – Terhad sebanyak 120 pasukan sahaja
·         Terbuka Wanita – Terhad sebanyak 30 Pasukan sahaja
Format pertandingan adalah secara LIGA KUMPULAN untuk Pusingan Pertama dan KALAH MATI untuk Pusingan Kedua dan seterusnya. Setiap pasukan dikenakan yuran pertandingan sebanyak RM100 sahaja. Hadiah-hadiah kejohanan futsal ini ialah:
·         Terbuka Lelaki
Pertama  :               RM3000 + Medal
Kedua                     :               RM2000 + Medal
Ketiga                     :               RM1000 + Medal
Keempat :               RM500 + Medal
1 Pemain Terbaik Kategori Lelaki

·         Terbuka Wanita
Pertama  :               RM2000 + Medal
Kedua                     :               RM1000 + Medal
Ketiga                     :               RM750 + Medal
Keempat :               RM500 + Medal
1 Pemain Terbaik Kategori Wanita

Turut disediakan ialah hadiah 1 x set jersi kepada 10 Pasukan Terbaik FFGM Kedah.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16hb November 2012
2.       Karaoke
Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Setiap peserta disyaratkan untuk  menyanyikan 1 lagu patriotik dan 1 lagu bebas. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Hadiah-hadiah pertandingan karaoke ini ialah:
                Pertama                 :               RM1000
                Kedua                     :               RM500
                Ketiga                     :               RM250
                Keempat                 :               RM100
                Tempat 5-15          :               RM50 (Saguhati)

3.       Cabutan Bertuah
Semua pengunjung FFGM boleh mendapatkan nombor cabutan masing-masing pada hari pertama dan kedua. Cabutan akan mula dilakukan pada hari kedua. Setiap seorang hanya dibenarkan mengambil satu nombor sahaja. Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah ini ialah:
·         2 x Motosikal Kawasaki KLX150
·         3 x Motosikal Kriss 100 E
·         2 x IPAD
·         1 x TV LCD
·         1 x Peti Sejuk
·         10 x Kipas
·         10 x DVD Player
·         5 x Basikal
·         1 x Mesin Basuh
·         50 x hamper dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. Saudara Shafiq 012 206 0886 (Ketua Sekretariat)
2. Saudara Rizal 012 469 6964
3. Saudara Fauzi 017 482 9865
4. Saudara Azhar 012 566 5644
5. Saudara Ezhar 012 419 7588
6. Saudara Khalil 012 407 7980
atau di www.facebook.com/FFutsalGM

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates