Isnin, 5 November 2012

PAS, DAP dan PKR yang anti Islam

Jika kita masih ingat kes di DUMC dulu, ianya melibatkan Exco Agama Islam dari PAS, Dato Hassan Ali.

Dalam kes tersebut, yang menang ialah DAP dan Kristian. Hassan Ali tidak lagi jadi exco agama Islam dan dihambat keluar dari PAS.

Kini timbul pula isu penganut Islam dikurung oleh ibubapa kerana memilih Islam sebagai agamanya. 

Maka sudah berbondong-bondong YB DAP dan mubaligh kristian ke tempat kejadian mempertahankan tindakan ibubapa muaalaf tersebut. Mereka akan menyalahkan semua pihak yang cuma menyelamatkan akidah muslimah tersebut yang dikurung dan dipaksa kembali ke ajaran asalnya.

Kemana pergi PAS? Apa yang PAS sedang lakukan untuk membantu muslimah tersebut?

Sedarlah PAS hanya burung tiung yang bijak berkata-kata tetapi tidak pernah faham apa yang diperkatakannya.

Elok sangatlah kita orang Islam menolak PAS pada PRU13 ini.


Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah dipercayai penyokong kuat pembangkang di Lebuh Rapat Baru, Taman Soong Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu."Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam.

"Sejurus kita sampai di rumah itu, polis meminta secara baik dan berbincang supaya pintu dibuka, namun tidak diendahkan oleh ibu Yen Lin sehingga kita terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan membawa gadis itu keluar," katanya

Beliau mengulas dakwaan bapa gadis tersebut, See Chok Chai, 53, yang juga penyokong DAP pada sidang akhbar di rumahnya hari ini yang kesal dengan tindakan polis memecah masuk rumahnya tanpa menunjukkan waran geledah. Dakwa lelaki itu, tindakan polis tersebut keterlaluan dan mencabul haknya sebagai bapa yang mempunyai hak mutlak ke atas anak perempuannya.

Anuar berkata, laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh gadis terbabit di Balai Polis Kampung Rapat pada hari kejadian. Menurutnya, gadis itu kini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk pengawasan.

"Gadis ini berusia 24 tahun dan bukannya bawah umur. Oleh itu, adalah salah sekiranya mengurung dia walaupun yang mengurung itu adalah ahli keluarganya sendiri."Apa yang kita lakukan adalah mengikut lunas undang-undang malah gadis itu sendiri yang meminta dia dikeluarkan dari rumah keluarganya tanpa wujud sebarang unsur paksaan," ujarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates