Isnin, 19 November 2012

PAS dibelenggu Perangai Lama

Seperti yang kita semua ketahui, perangai lama Nik Aziz dan PAS kembali lagi. Kali ini mereka menghalalkan berdoa untuk kemusnahan umat Islam lain yang tidak memeluk aliran kefahaman politik mereka. 

Politik PAS disamakan dengan Islam dan Islam adalah politik PAS. Maka sesiapa yang tidak bersama PAS dikatakan khurafat, bahkan dikatakan tidak beragama. Lebih senang disebut KAFIR.

Inilah PAS, apabila terdesak maka taktik 'menghalalkan' apa saja tindakan mereka digunakan demi menakutkan kumpulan mereka.

Jika berhujah dengan pihak lain dan semua hujah mereka dipatahkan, maka taktik kafir Quraisy digunakan, iaitu melabel, menuduh dan mengata yang pihak lain dengan pelbagai kata nista dan buruk.

Maka saya meminta juga ulama-ulama dalam Pas agar turut bermuhasabah jangan jadi ulama jahat, ulama fulus, dan jangan jadi mereka yang jika tidak mampu mematahkan hujah lalu dibalas dengan label melabel antara satu sama lain.

Isu label melabel ini kalau kita lihat pada zaman Nabi SAW, apabila masyarakat musyrikin jahiliyah Makkah tidak mampu mematahkan hujah Nabi SAW, mereka membalasnya dengan melabel Nabi. Mereka memanggil Nabi penyihir, gila dan sebagainya. - Ust Fathul Bari


Doa PAS untuk kemusnahan UMNO ibarat mendoakan kemusnahan jiran sebelah yang rumahnya sebumbung dengan PAS. Apabila kemusnahan berlaku, peminta doa bakal menerima nasib kemusnahan jua sebab berada bersama dibawah satu bumbung.

Yang untungnya musuh Islam yang nyata. DAP, Yahudi dan Nasrani.

  • Kalau nabi S.A.W memberi keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di kalangan bangsa Arab yang punya berbagai suku qabilah; selaras Melayu di Malaysia diberi keutamaan dikalangan berbagai keturunan yang ada.
  • Kalau dikatakan keutamaan kerana mereka pejuang Islam dan pembebas diri zaman Nabi S.A.W maka demikianlah juga Melayu di Malaysia adalah pejuang Islam sejak zaman awal Islam diMalaysia hingga ke hari ini dan Melayu inilah juga pembebas diri dari ikatan belenggu penjajahan.
  • Kalau Melayu di Malaysia Assobiyah maka Quraisy di kalangan bangsa Arab pada zaman Nabi S.A.W juga sama assobiyah. Tentulah assobiyah di bawah kepimpinan Nabi S.A.W tidak ada sama sekali.
  • Sebaliknya PAS menghidupkan rasa kepuakan dan tambah menebalkan lagi ASSOBIYAH KEPUAKAN kerana walaupun Melayu/Muslim masih mesti dipertikaikan selama tidak bersama dengan perjuangan PAS. Apatah lagi ditambah dengan salahguna kuasa setelah PAS dapat memerintah sebuah negeri Kelantan semenjak tahun 1990 hingga sekarang. (Sudah banyak penggal berlalu ternyata melakukan berbagai tekanan dan kezaliman kepada anggota puak lain yang tidak sebulu dengannya. Pulau memulau di kalangan umat Islam juga sebahagian daripada perbuatan asobiyah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates