Selasa, 27 November 2012

PAS JADI SYAITAN BISU BELA NURUL IZZAH


Akhirnya Pas menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pandangan bahawa orang Melayu juga perlu diberi memilih agama yang mereka anuti.

Parti yang kononnya mendabik dada di corong-corong mikrofon sebagai pejuang Islam sejati di seluruh kampung, desa, lurah dan lembah rupa-rupanya hanyalah tin kosong yang bunyi saja bising tapi tidak ada isi.

Ujian sesebuah parti politik ialah kemampuannya bangun mempertahankan prinsipnya apabila diserang pihak lawan atau ketika prinsip yang didakwa menjadi pegangannya terancam oleh idea yang bercanggah.

Tetapi dalam kedua-dua senario ini berhubung apa yang disebutkan oleh anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu yang dengan mudah mengeluarkan 'fatwa' bahawa kebebasan beragama juga merangkumi orang Melayu yang rata-ratanya adalah beragama Islam, nyata pendirian Pas amat dikesali sekali.

Ketua Dewan Ulamak Pas Harun Taib berkata rakyat boleh menilai kenyataan tersebut kerana hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu 'ketepatan' pandangan yyang beliau luahkan.

Komen dari seorang yang memakai 'ustaz' dari Pas ini menunjukkan parti itu lepas tangan dengan membiarkan Islam dipermain-mainkan oleh seorang wanita 31 tahun yang juga seorang ahli politik pembangkang dan anak kepada Ketua Pembangkang.

Pas telah meletakkan pertimbangan politik jauh mengatasi imej dan maruah Islam dan merelakan agama menjadi korban asalkan politik mereka tidak terjejas.

Pas gentar memberi pendirian rasminya sebagai sekutu PKR bukan kerana takutkan Allah tetapi takutkan seorang manusia yang bernama Anwar.

Disebabkan Mursyidul Am, Nik Aziz berpeluk cium dengan Anwar maka dengan sendirinya apabila timbul kontroversi seperti yang dikecohkan oleh Nurul Izzah, Pas akan jadi kecut kerana mahu jaga hati sekutu politiknya.

Kalau isu kenyataan Nurul Izzah tidak mampu ditangani dengan adil dan saksama atas prinsip Islam, bagaimana pula jika yang menyerang agama adalah orang bukan Islam pula.

Sebenarnya perkara ini sudahpun lama berlaku apabila Pas bersekongkol dengan parti cauvinis Cina, Dap dan parti menggalakkan fahaman pluralisme dan liberalisme, PKR. 

Memang benarlah pandangan rakyat bahawa Pas sudah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung kepada Dap dan PKR kerana setiap kemahuan kedua-dua parti itu tidak berani dibantahnya waimah yang berkaitan dengan isu Islam sekali pun.

Pas kononnya mahu mendengar penjelasan dari Nurul Izzah mengenai kenyataan beliau tetapi sehingga tidak ada usaha untuk mengadakan pertemuan yang dicadangkan.

Perlu apa penjelasan selanjutnya dari Nurul apabila Pas sendiri boleh membaca malah mendengar dan melihat sendiri kenyataan penuh Nurul Izzah yang dimuatkan turunkan dalam portal berita Malaysiakini dan youtube?

Ini hanyalah permainan politik pas yang ingin melengah-lengahkan supaya ia dapat melepaskan diri daripada tanggungjawab membela Islam.

Jika begini sikap parti itu, elok sekalilah jangan menggunakan istilah Islam pada namanya kerana ia akan lebih menghina agama.

Apa yang disebut oleh Nurul Izzah pada 3 November lalu di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya tidak akan berlalu begitu sahaja. 

Umat Melayu-Islam di negara ini yang terhiris hati dan perasaan mereka kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Nurul Izzah tidak akan membiarkan perkara itu dilupakan begitu sahaja.

Sudah tentu akan ada implikasi dalam ruang lingkup politik, sosial dan agama hasil daripada kenyataan biadap itu.

Orang Melayu di Lembah Pantai sudah tentu tidak lagi akan mempercayai Nurul Izzah sebagai wakil rakyat berbangsa Melayu yang mampu menjaga kebajikan pengundi di kawasan itu terutamanya pengundi Melayu.

Tetapi implikasi yang lebih besar ialah kepada pemikiran generasi muda yang telah dirosakkan oleh Nurul Izzah.

Beliau telah membuka satu pemikiran kepada anak-anak Melayu yang kurang pendidikan agama dan lemah iman di mana mereka oleh memilih jalan keluar daripada Islam jika mereka mahu atas prinsip kebebasan beragama.

Siapa sebenarnya yang akan meraih keuntungan jika berlaku kemurtadan di kalangan anak-anak Melayu sebegini yang mudah dipergunakan oleh pihak tertentu terutamanya gereja Kristian?

Pada forum anjuran pihak gereja itu, Nurul Izzah menerima tepukan gemuruh daripada para hadirin yang teruja dengan kenyataan beliau itu yang menghina Islam termasuk seorang ahli parlimen Pas, tetapi hakikatnya tepukan itu adalah bala yang bakal menimpa bukan sahaja beliau tetapi Pas, PKR dan juga Dap.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates