Selasa, 20 November 2012

PAS memang pakar janji

PAS sekarang amat intim dengan DAP dan PKR sehinggakan lupa yang DAP sanggup mati demi melihat negara Islam dan Hukum Islam dilaksanakan di Malaysia.

Tapi semua itu tidak penting bagi PAS. Depan DAP mereka janji Negara Berkebajikan tetapi di depan pengikutnya mereka janjikan syurga,, negara Islam dan hudud.

Depan PKR, PAS janjikan negara kebajikan yang mana sesiapa saja bebas dengan aktiviti kesukaan masing-masing dan apa saja kemungkaran yang dilakukan PKR didiamkan. 

Sebaliknya PAS melihat UMNO sebagai khurafat dan kafir kerana membina sebuah negara Malaysia yang kukuh dengan sistem muamalat, syariah, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan pertahanannya. PAS melihat semua ini sebagai satu kezaliman kerana orang Melayu semakin meningkat taraf ekonomi mereka. PAS melihat UMNO adalah zalim kerana sekolah-sekolah agama persendirian yang menjadi pusat mengrekrut kader-kader PAS tidak dapat mengatasi sekolah-sekolah agama kerajaan.

Apa saja yang dilaksanakan kerajaan UMNO yang berjaya menenggelamkan PAS dianggap zalim. Walhal, ahli-ahli PAS dan anak-anak mereka memperolehi nikmat yang tidak terhingga.

PAS dari dulu, kini dan selamanya gemar berjanji. Dulu mereka hanya parti picisan yang hanya memenangi beberapa kerusi parlimen, tapi berjanji bulan dan bintang kepada pengikutnya. Kini mereka memenangi banyak kerusi parlimen tetapi masih juga berjanji. 

Tetapi satu habukpun tiada perlaksanaannya!

Contonh terbaik adalah seperti dibawah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates