Isnin, 19 November 2012

PAS sentiasa BERLAKON


Pada tahun 1982 PAS mula menuduh Assabiyah kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang dulunya mereka perjungan bersama. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu membuat ikrar kepada sekumpulan orng Cina dalam satu perancangan dialog PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu denga mengatakan apabila PAS memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan.
  
Pada ketika itu dalam Perlembagaan Tubuh PAS Fasal 6 ceraian 7, 8 dan 9 masih tercatat lagi peruntukan mengenai bahasa, budaya dan hak Melayu.  Bagaimanapun, pindaan 1987 Perlembagaan Tubuh PAS  menghapuskan semua fasal yang menyebut Melayu itu.
 
Sandiwara PAS mengenai hak Melayu makin ketara apabila kita dapati ada pimpinan mereka menjamin hak Melayu ketika berhadapan denga orang Melayu, tetapi lain pula skrip yang dipakai ketika berhadapan denga orang bukan Melayu.
 
Kalau PAS tidak bersandiwara tentulah mereka menerima realiti sejarah persefahaman dalam kontrak sosial antara kaum yang telah pun dipersetujui bahawa hak istimewa orang Melayu diberikan (Perkara 153 Perlembagaan) melalui harga jual beli hak kerakyatan kepada bukan Melayu (Bahagian 3 Bab 1 Fasal 14-22 Perlembagaan).
 
Ini beerti kalau hak keistimewaan Melayu mahu dihapuskan, maka hak kerakyatan bukan Melayu juga mesti dihapuskan.  Tepuk dada tanya selera siapa yang rugi, siapa yang untung.
 
Bagaimanapun, sandiwara yang paling hebat ialah pementasan sandiwara drama tiga babak hukum Hudud. PAS telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan hudud. Babak pertama ialah mula-mula membentangkan hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia kelihatan banyak bercanggah dengan hudud Allahterutama pada prinsip keadilan seperti  ia terpakai ke atas orang Islam sahaja (Fasal 56), syarat-syarat menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie (Fasal 68) dan  sebagainya. Kemudian dalam babak ini Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan dibawa ke Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI.
 
Sebaliknya  UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud itu tidak dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan.
 
Sandiwara hudud  PAS ini ketara lagi dalam babak kedua iaitu apabila Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau membuat kenyataan, " Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang Panjang."  Mengapakah boleh menjadi panjang kalau hudud PAS Kelantan itu sebenarnya hudud Allah?  Ambil saja EJKS (II) 1993 Kelantan, bawa ke Dewan Undangan Negei Terengganu terima pakai habis cerita. Tidakkah Abdul Hadi sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal Hudud PAS Kelantan itu?  Mengapakah pengerusi sendiri menolak rang  undang-undang yang digubal ?
 
Alangkah anehnya apabila penulis skrip sendiri menolak skrip yang ditulisnya.
 
Kalau kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS (II) 1993 Kelantan, ternyatalah bahawa ia bukan hudud Allah. Hudud Allah sebenarnya hanyalah satu. Ia sesuai di mana jua.
 
Babak ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah".  Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar?  Apabila sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada hukum Islam ?
 
Kalaulah hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sandiwara pementasan drama tiga babak oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain dengan mudah sahaja dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan percanggahan sesama mereka. Misalnya, PAS pernah bersandiwara dengan kebenaran menjual arak dan snuker - haram ketika UMNO dan harus ketika PAS dengan syarat tukar kata-kata atau pinda alasan. Contoh terbaik di Kedah sekarang ini dimana pusat hiburan melampau tumbuh bagai cendawan.
 
Dulu replika penyu di Terengganu segera dibuang tetapi replika sotong dan udang boleh ditangguhkan. Gambar raja dibuang manakala gambar Menteri Besar bersama exco dipasang dengan megahnya. Menteri Besar Kelantan boleh menyembah Raja, tetapi Menteri Besar PAS Terengganu tidak buat demikian.  Dan banyak lagi lakonan pura-pura politik cari makan menjadi sandiwara mereka.
 
Sepanjang pemerintahan PAS di Terengganu dan kini di Kedah dan Kelantan kelihatan juga sandiwara lain, daripada pakaian dan perawakan dir wakil-wakil rakyat mereka sehinggalah tindak-tanduk pentadbiran kerajaan negeri. Ia bercampur aduk antara kerajaan dengan parti.
 
Peraturan biasa ditolak ke tepi. Misalnya pegawai kerajaan negeri tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi pegawai kerajaan  pusat diperlukan bertugas dalam Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR). Pekeliling melarang khutbah sendiri sudah tidak dipakai lagi. Mimbar khutbah seumpama pentas ceramah, penuh dengan ucapan-ucapan emosi.
  
Pekeliling pemilihan Jawatankuasa masjid yang baru memberi kuasa kepada anak mukim buat cadangan, tetapi perlaksanaannya ditapis diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Kerajaan PAS negeri juga yang akhirnya memutuskan siapa yang hendak dilantik).
 
Pembahagian bantuan orang miskin mengikut puak mereka. Dalam ucapan Menteri Besar PAS Terengganu ketika perasmian Mahkamah Syariah Terengganu, dia menyebut "Inilah titik permulaan melaksanakan hukum Allah sepenuhnya" sedangkan tidak ada satu pun pindaan baru perlembagaan tubuh negeri dibuat. Apakah terasminya sebuah bangunan Mahkamah Syariah yang indah tersergam pusaka UMNO dan kerajaan BN sebelum ini sudah cukup untuk melaksanakan hukum Allah sepenuhnya ?
 
Pada majlis sambutan hari Keputeraan Sultan Terengganu, Hadi Awang membuat pengakuan akan terus melaksanakan program pembangunan insan melalui Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
 
Ini bukti PAS berlakon sandiwara di pentas yang UMNO sediakan dahulu. Tidak ada satupun dasar pembangunan insan baru yang dikemukakan oleh PAS bagi menafikan segala dasar yang UMNO gubal selama ini. PAS tuduh UMNO memerintah secara sekular tetapi semua projek yang diasaskan atas dasar gubahan UMNO terus dipakai di Terengganu. Ternyatalah PAS hanya berlakon sandiwara di pentas lama denga skrip pusaka peninggalan orang.

Kini Sandiwara yang sama terus berlaku di Kedah. Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya menunggu sehingga kerajaan Kelantan laksana dulu. Kerajaan Kelantan pulak tangguh laksana hudud PAS sehingga doa mereka untuk menawan Putrajaya yang satu masa dulu hendak mereka lelong, berjaya.

Janji hukum Islam akan dilaksanakan bila saja ayam berkokok selepas PAS berjaya menawan Terengganu, Kedah dan Kelantan hanya tinggal kenyataan. Sebaliknya pusat karaoke, kelab malam berdeejay antara bangsa, pusat hiburan keluarga, pusat urut dan pelbagai pusat melibatkan hiburan tumbuh bagai cendawan tanpa halangan dari Kerajaan Islam PAS.

Terkini, doa musnahkan umat Islam dari UMNO menjadi lakonan terbaru PAS yang dikepalai Nik Aziz dan Hadi. Doa kepada Allah SWT adalah untuk memohon sesuatu yang baik, sesuatu kebenaran atau keselamatan atau kejayaan. Bukan doa untuk memusnahkan.
Tetapi PAS tidak pernah percaya kepada kebolehan sendiri, sebaliknya mereka percaya yang mereka hanya boleh berjaya dengan kemusnahan orang lain. Sebab itu, kita lihat perangai pengikut PAS yang senantiasa tidak berpuashati dengan kejayaan orang lain. Mereka dipenuhi dengan sifat irihati dan dendam.

Inilah lakonan terbaik PAS abad ini. Lakonan yang senantiasa menggunakan Islam sebagai pendinding kepada keburukan dan kejahatan mereka. 

Kedah Times dengan ini berdoa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk dan kebenaran kepada ahli-ahli PAS bahawa mereka telah melakukan banyak kerosakan kepada Islam disebabkan lakonan BODOH mereka.

1 comments:

lizar berkata...

PAS tidak dapat membezakan kalimah asobiyah, qaumiyah dan watoniyah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates