Rabu, 21 November 2012

PAS sentiasa menyeleweng Ajaran Islam

Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim.  Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah  tertegak negara Islam.

PAS sentiasa menzalimi saudara seagama
yang bukan sehaluan politik dgn mereka
Gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain.  

Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan menentang lslam.  

Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam tidak  boleh menghina kumpulan atau individu kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik.  Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada  berhala yang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. 

Jikalau  kepada berhala yang jelas batil  itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS ?

Tidak cukup dengan itu, pemimpin berdoa memohon Allah SWT memusnahkan kumpulan lain yang juga mengucap 2 kalimah syahadah, bersembahyang, dan melaksanakan rukun-rukun Islam yang lain. Doa PAS ini menjadikan kaum bukan Islam bingung dan menganggap Islam sentiasa menyeru kepada kerosakan kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Islam menyuruh kita melakukan segala kebaikan hatta membuang duri ditengah jalan pun menjadi satu kebaikan yang besar dalam Islam, tapi PAS lebih suka meletakkan duri-duir di atas jalan demi melihat keususahan kepada saudara se agamanya.

Musuh Islam dijadikan sahabat, saudara segama didoakan kemusnahan. Ajaran manakah ini yang dibawa PAS?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates