Isnin, 19 November 2012

PAS tidak akan wujud tanpa mengkafirkan UMNO


1. Kertas Putih 08/11/1984 melaporkan pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan,  JKR  10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut::

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".
 
2. Kemudian hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkannya fatwa itu dari mulut ke- muiut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.  Pusat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua se kampung ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun 1975.  Seterusnya berjangkitlah ke seluruh daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat asing gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.

3. Dengan kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni ARWAH Tun Haji Ab.  Razak Husein Perdana Menteri Malaysia ketika itu, maka pada tahun 1974 PAS masuk bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional.  Segala hukum agama yang menyeleweng pun terhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu kembali tanpa mengira parti lagi.  Untuk membuktikan kebenaran memerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini, keluarlah sebuah buku karangan Ustaz Haji Nik Ab. Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.  Buku ini dinamakan SIKAP SAYA bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15.12.1977 masihi,  tersiar di muka surat 03 perenggan 04 dan 05 buku SIKAP SAYA itu keputusan Dewan Ulamak PAS Pusat berbunyi:
 
"Apa hukum PAS menyertai Kerajaan Campuran ? "

"Kes ini atau sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan ulama.  Sebab itu ianya telah dibahas satu masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya: HARUS, dan kemudian dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk 'diterjih' mana satu pihak yang mesti diambil".

4. Dengan itu maka jelaslah hukum yang dibawa oleh PAS untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (BERIKAT) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata ianya hukum ciptaan sendiri ulamak PAS.  Pimpinan PAS tidak berterus-terang dengan pengikutnya.  Sebab itulah setelah PAS keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula.  Kalau dikirakan sudah jelas, hukum apakah untuk UMNO sahaja menjadi kafir, tetapi apabila PAS turut menyertai sama jadilah HARUS. Inilah kata orang "Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi duwwa".
 
5. Untuk lebih jelas lagi pendapat hukum PAS palsu dan bersifat fatwa karut mengenai KAFIR BERIKAT ialah sekarang PAS bekerjasama dengan DAP secara rasmi sebagaimana yang diumumkan oleh Harakah 12 April 1999. Ketika ini terdedahlah segala yang tersembunyi.  Dalam kenyataan YAB  Datuk Haji Nik Ab.  Aziz bin Nik Mat yang disiarkan oleh Berita Harian 12 Mei 1999 barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menandatangan perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi lslam iaitu kafir Yahudi di Madinah.  Oleh itu kata Datuk Nik Aziz, "PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP".  Soalannya mengapakah sejarah nabi s.a.w. berkongsi kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu disembunyikan oleh ulamak PAS ketika menjatuhkan hukuman KAFIR BERIKAT ke atas UMNO tahun 1963 dahulu ?  Ketika itu Ustaz Haji Nik Ab. Aziz Nik Wat inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Kalau mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (Saksi dan bukti) sebenar di sisi Allah adalah orana yang paling zalim.  Demikian maksud ayat 140 surah al-Baqarah. Berdasar kepada kebenaran yang terserlah maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 adalah bertepatan dengan sejarah Rasulullah s.a.w. di Madinah.  PAS sekarang mula meniru cara pendekatan politik UMNO setelah 36 tahun berlaku fitnah PAS bermaharalela dengan hukum  "Kafir Berikat " ke atas UMNO.
 
6. Ulamak yang memberikan hukum haram untuk orang dan harus untuk diri beginilah yang mesti ditentang bukan sahaja oleh Perdana Menteri Malaysia dan UMNO bahkan oleh seluruh umat Islam.  Apa tidaknya ?  Akibat hukum yang bersifat fatwa oleh golongan berkepentingan ini umat Islam purak-peranda.

7. Kini bersuara kembali hukum kafir ke atas UMNO konon kerana menolak Islam. Tetapi bab mana UMNO menolak Islam tidak pernah diperincikan. 

8. Dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 menyatakan yang UMNO berjuang untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

9. Penyediaan mahkamah syariah sebagai asa kepada undang-undang Islam sebenar pesat dilaksanakan. Memantapkan ekonomi umat Islam berasaskan prinsip syairah begitu hebat dilaksanakan. Keselamatan dan pertahanan negara dari musuh-musuh luar meningkat setaraf dengan kebolehan musuh.

10. Tapi nampaknya PAS tidak nampak semua itu. PAS hanya nampak kepada hudud PAS yang tidak mampupun mereka laksanakan di Kelantan dan Kedah. Malah sewaktu memerintah Perak, tiada hududpun dalam agenda mereka. 

11. PAS tidak akan wujud tanpa isu hudud dan mengkafirkan UMNO. PAS tidak akan diberi perhatian jika tiada isu-isu ini. Sebab itulah mereka rela menjadi seperti kafir Quraish zaman nabi dari menjadi pembawa Islam yang sebenar.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates