Isnin, 5 November 2012

Pemimpin Pluralisma


Apakah kita sebagai umat Islam masih ingin bersama atau penyokong pemimpin seperti ini?

Pemimpin yang terang-terang tidak memperdulikan apa yang diperkatakan dalam Quran. Pemimpin yang lebih banyak menggunakan akal fikiran tanpa merujuk kepada hukum hakam agama.

Sanggupkah PAS dilabel sebagai bersubahat dengan mereka ini? Sanggupkah PAS dikatakan bersetuju membenarkan orang Islam murtad?

Marilah kita kembali kepada Islam.

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

Forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.  

IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH. 

Selain Nurul Izzah, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz; Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.-sumber

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates