Rabu, 21 November 2012

Pohon Maaflah PAS ....


Tak tahulah jika puak-puak PAS masih tak boleh nak faham apa yang disuruh Allah dalam surah dibawah.

Mungkin PAS sudah lupa bahawa di kehidupan kita ini ada dua jenis perhubungan. Perhubungan manusia dengan Allah dan perhubungan manusia sesama manusia.

Segala dosa-dosa atau kesalahan kita terhadap Allah, InsyaAllah selagi ada hayat dikandung badan, kita boleh memohon keampunan dariNya.


Sebaliknya jika dosa-dosa atau kesalahan kita terhadap sesama manusia, maka kemaafan perlu dipohon dari mereka yang kita bersalah atau berdosa.

Apakah ahli-ahli PAS sedar yang segala maki hamun, cacian, dan sebagainya selama ini kepada ahli UMNO boleh dipohon keampunan oleh Allah SWT?

Cukuplah...
  
Maksudnya:

"Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.  Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar "   - (Surah al-Baqarah ayat 263)

Firman Allah lagi Yang bermaksud:

"Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah katakata yang baik, merendah diri dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan. " - (Ayat 83 al-Baqarah)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates