Isnin, 5 November 2012

Sudah jatuh ditimpa tangga

Dalam menghadapi kemelut kewangan yang amat kritikal, KUIN diarahkan oleh mahkamah untuk membayar kepada sebuah syarikat pembekal yang membuat tuntutan di mahkamah.

Inilah nasib sebuah institusi yang asalnya ingin mengembangkan syiar Islam, tetapi berubah arah untuk menjadi sebuah universiti BESARRRR yang kononnya lengkap dengan pelbagai fakulti.

Inilah sikap gopoh gapah mereka yang menerajui KUIN dan negeri Kedah. Ingatkan KUIN boleh menjana duit berjuta-juta, rupanya mereka yang menghabiskan kewangan KUIN.

Akhirnya Hutang tidak dapat dibayar ...


SUNGAI PETANI - Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata, beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Insaniah sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya, syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - Bernama

1 comments:

Serban Panjang. berkata...

Pas bila ceramah tipu rakyat.Rupanya paklebai pun kaki mohong.juga.

sebab itu bila ceramah pak lebai pas puji melambung Lim guan Eng.

Rupa nya Pas dan Ostat Azizan tak reti perintah Kedah..

kata hebat sangat.Itulah perubahan Pas Kedah.

YB-YB Pas Kedah punyalah hebat.Rumah pun dah macam istana.

Cakap pun dah kurang fasal Islam.Cakap Islam di Kampung sahaja.dalam Masjid Pas sahaja.

Semua ini kerana nak undi cina sahaja.

Cina dah cucok hidung Pas.

Pas dan pak lebai pas cakap lain buat lain.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates