Ahad, 16 Disember 2012

ANWAR BAWA HABIBIE UNTUK HANCURKAN MALAYSIA


Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.

Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.
Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.

Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.

Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.

Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.

Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.

Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.

Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.

Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.

Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.

Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.

Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.

Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.

Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.

Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.

Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.

Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.

Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.

Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.

Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.

Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.

Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan pembohong Habibie. Orang Indon bodoh boleh lah tipu. Inilah masaalah Indonesia. Mereka tutup sebelah atau dua dua belah mata bila tahu kenyataan.

Mana sama Melayu Indon dan Malaysia. Melayu Indon ada kristian dan ramai pula. Melayu Malaysia 100% Islam. Sekurang kurangnya atas kertas. Kalau luar kertas Melayu Indon lagi jahanam juga.

Ada perbezaan ugama dalam Melayu Indon itu bukan ke sudah mewarnai politik Indonesia? Kata belajar tinggi. Tetap bodoh tahap Indon.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates