Selasa, 18 Disember 2012

Apa lagi yang Kerajaan PAS Kedah nak jual?

Kedah Times kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada dan kadang-kadang rasa kesian pun ada. Bukan apa, Kerajaan PAS Kedah seakan-akan terlalu desperado dalam menjana kewangan untuk negeri.

Teringat akan Kedah IT Sdn Bhd yang mana tempat PAS Kedah menempatkan penyokong-penyokong mereka. Tiada projek besar yang wujud atau difikirkan yang boleh menjana kewangan untuk KIT (Kedah IT), sebaliknya KIT hanya dok melukut geran Kerajaan Pusat yang dipohon melalui KTPC. Duit geran itulah yang menjadi idaman mereka.

Dengan tidak semena-mena menara-menara Telekomunikasi yang wujud sejak berzaman bakal dikenakan caj ...  caj perkhidmatan kononnya. Caj ini dikenakan kerana kononnya KIT telah menjalankan audit ke atas semua menara-menara tersebut. 

Tak boleh Kedah Times bayangkan jika telco dan celco tersebut berhentikan servis mereka buat sementara. 20 tahun ketinggalan ke belakang Kedah jadinya.

Kini empangan yang dibina MADA di Pedu dan Muda oleh kerajaan BN dulu hasil sumbangan kewangan dari pusat, bakal dijadikan modal kerajaan PAS Kedah untuk jana duit. Empangan yang diuruskan MADA bakal dikenakan caj air mentah oleh Kerajaan Negeri PAS. 

Bayangkan jika MADA buka jer empangan tersebut dan biarkan empangan Pedu kering, berapa sen yang boleh Kerajaan Kedah caj? Tambahan pulak air mentah yang turun bukannya bersih seperti dahulu; sejak pembalakan berleluasa, air sudah merah, pasir-pasir bukit sudah memenuhi empangan Pedu.
Kerajaan negeri sudah kekeringan idea bagaimana nak menjana kewangan negeri. Maklumlah, balak sudah hampir habis disapu, kini tinggal air pulak yang masih belum diterokai. 

Malangnya rakyat Kedah yang memperolehi kerajaan seperti ini. Semua hasil semula jadi bakal dikomersialkan.

Pemimpin PAS sejahtera tetapi rakyat menderita. 

MUKHRIZ - AIR 2 ALOR SETAR

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini mengumumkan akan mengenakan caj air mentah kepada Mada bermula tahun depan selain mana-mana syarikat dan kilang di negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Kedah mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, antaranya, Kulim Hi-Tech Park serta mewujudkan hab getah yang mampu menarik pelabur asing ke negeri ini.

"Kita boleh bangunkan hab getah di kawasan seluas 16,000 hektar ladang getah. Kita boleh tarik industri yang berkaitan dengan getah untuk beroperasi di Kulim Hi-Tech," katanya.

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Mukhriz berkata ia satu perkembangan yang baik namun banyak perkara perlu dipertimbang terlebih dahulu.

Beliau berkata setiap calon mesti memiliki kemampuan tersendiri, dan jika diseimbangkan pengalaman dengan idea baharu, mampu melahirkan kepimpinan yang terbaik.



CAJ PENGGUNAAN AIR SUNGAI: KERAJAAN KEDAH TIADA IDEA CARI HASIL - MUKHRIZ

ALOR SETAR, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kedah semakin kekeringan idea dalam menjana hasil negeri apabila berhasrat mengenakan caj kepada pihak yang menggunakan sumber air dari sungai.

Selepas mengenakan caj air mentah kepada Pulau Pinang, kini kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara sama kepada agensi kerajaan pusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) selain syarikat dan kilang di Kedah, Pinang serta Perlis yang mengambil air dari sungai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sejak hari pertama pakatan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP mengambil alih negeri ini, mereka menyatakan akan memperoleh pendapatan melalui sumber air dan balak.

Beliau berkata ini jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mampu memperoleh pendapatan menerusi sumber sedia ada dan ia satu kerugian kepada rakyat serta negeri kerana tiada penjanaan pendapatan baharu untuk melaksanakan pembangunan.

"Kita kerugian empat tahun, dan rakyat boleh bagi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk lonjakkan negeri ini setanding dengan negeri maju," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Seminar Pendidikan dan Hari Keluarga Sindrom Down Peringkat Kebangsaan 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates