Jumaat, 28 Disember 2012

BALAK sumber pendapatan Kedah


MB Kedah mengaku yang pembalakan wujud di kawasan Tasek Pedu. Sudah tentu ada tauke balak yang kenyang kalau pokok sudah ditebang dan kayu dijual. 

PKNK tidak sama sekali tebang balak.

Kawasan hutan simapanan tasek Pedu merupakan pusat tadahan air yang dikumpulkan ke dalam Tasek Pedu dan disalurkan ke kawasan MADA bagi mengairkan sawah-sawah yang dikerjakan setiap tahun. Bayangkan jika tanah dan pasir mula mengalir turuh ke dalam tasek Pedu, apa yang bakal terjadi kepada sawah-sawah di kawasan MADA? Air sawah pasti akan berkurangan kerana tasek semakin cetek akibat tanah dan pasir yang mengalir masuk.

Apakah gerenti yang tanaman anggur, mempelam dan sebagainya boleh mengekalkan tasek Pedu sebagai pusat tadahan air untuk MADA tidak kering atau berkurangan airnya?

Apakah anggur sesuai dengan cuaca di kawasan Pedu? Difahamkan tanaman anggur di Tasik Beris hanya untuk dibuat jus sahaja, kerana ianya tidak manis atau sesuai untuk dijual secara terus. 

Kenapa tidak dihidupkan saja pusat peranginan yang telah wujud di Mutiara Pedu lake Resort dan Desa Utara Resort yang ditutup kerana kurang promosi dan logistik yang baik pada masa dulu tetapi sekarang ini sudah ada lebuhraya melaluinya?

Apakah gerenti yang hakisan tidak akan berlaku dengan aktiviti penebangan dan pencerahan kawasan sekitar Pedu?

Setelah gagal dalam melaksanakan SULIHH, PAS Kedaha mencari jalan senang untuk mendapat duit. Iaitu dengan menebang pokok-pokok dikawasan yang sudah diwartakan sebagai kawasan tadahan air/simpanan.

Padanlah, mereka mewar-warkan yang pendapatan balak meningkat. Sebab utama kenaikannya ialah pembalakan yang tidak terkawal. Semua hutan simpanan sudah habis ditebang.

Cara mendapatkan duit dengan senang ialah TEBANG POKOK. Itu saja yang tok lebai PAS tahu..


'Kami nak buka agrotourism'
  
Berita Harian, Alor Setar: Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini. 

Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri. 
Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 

Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama. 

Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)...Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal. 

Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang, then (kemudian) terserah siapa nak ambil balak tu...Yang penting, duit tu (hasil jual balak) kita gunakan untuk membangun (projek agrotourism), katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding berhubung kes Madrasah Salihiah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam. 
Semalam, BH melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan. Ini diakui sendiri Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, susulan tinjauan udara dilakukan hampir dua jam setengah di ketiga-tiga lokasi terbabit, pagi kelmarin. 

Azizan ketika ditanya mengenai masalah teknikal dimaksudkan, berkata ia berkaitan tafsiran tanah tinggi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan yang secara tidak langsung turut dikaitkan sebagai punca EIA untuk kerja pembalakan di Tasik Pedu itu tidak disediakan. 

Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter. Saya harap isu teknikal ni dapat mereka selesai cepat. 

Kalau keputusan itu memerlukan kami buat EIA, kami akan buat...Sekarang ni, kita jalan (projek) dan tolak (tebang) jugak, sebab nak tunggu pula (kelulusan), mesti pokok tu dah jadi umur 40 tahun pulaklah, katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates