Khamis, 6 Disember 2012

Bolehkah Kedah kembali kepada UMNO?


Sudah lama Kedah Times tidak menyentuh tentang kelibat UMNO Kedah sehinggalah baru-baru ini dimana Dato Othman Aziz dalam perbahasannya berkata akan membongkar segala keburukan dan kerosakan yang telah Kerajaan PAS Kedah lakukan.

Sepatutnya 4 tahun dulu lagi mereka dah aktif membongkar supaya rakyat sentiasa mengingati yang memang kerajaan PAS ini tidak ada hasrat untuk memajukan Kedah. Sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengisi kantung masing-masing.

Kedah Times rasa nak tergelak (bukan bermaksud nak pelece sesapa) tetapi realitinya kerajaan PAS Kedah adalah teruk. Bayangkan diletaknya bekas penjual komputer sebagai orang  besar dalam syarikat IT milik kerajaan negeri. Dan hasilnya, nak buat projek Rm100,000 pun tak boleh nak buat keputusan, sebaliknya tunggu MB lulus.

Tak tahulah Kedah Times, jika ada kes belakang hari, MB soranglah yang kena dakwa kerana semua MB yang tandatangan. Ini disebabkan mereka tahu yang MB tak ambil kisah apa yang dia tandatangan tu. Sebab tu kes KedahCorp sampai hari ini kerajaan negeri tak berani buat apa. Jika bekas CEO saman berjuta pun kerajaan negeri akan kalah.

Kembali kepada Politik UMNO. Kedah Times sehingga hari ini masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Parlimen Padang Terap? Kenapa Parlimen Padang Terap boleh terlepas kepada YB PAS yang tidak tahu apa satupun dan tak pernah aktif dalam Perbahasan parlimen.

Jika dicongak secara kasarnya, Parlimen Padang Terap sepatutnya menjadi milik BN. Kenapa?


1. Banyak Felda dan Felcra yang hardcorenya adalah penyokong UMNO
2. Ramai orang Siam yang memang ahli UMNO

Tapi yang paling peliknya fakta disebelah. Kalau dikira secara kasar, BN sepatutnya memenangi parlimen Padang terap, sebaliknya kalah.

Bukan tujuan Kedah Times nak menuduh sesapa, tetapi KedahTimes nak peringatkan semua ahli UMNO supaya dalam PRU13 unsur-unsur seperti sabotaj, tiada teamwork dan sebagainya berlaku.

Dan kali ini, pemilihan calun perlulah telus tanpa ada unsur-unsur rekomen, lobi dan favorite freind dan sebagainya.

Calon perlulah yang disukai rakyat dan boleh melakukan kerja dengan baik.

Ini baru Padang Terap, nanti Kedah Times akan lihat Sik Pula. Di Sik UMNO macam sudah tidak wujud. Yang wujud hanya individu-individu atau pemain-pemain tertentu saja dalam politik Sik. Jika mereka jatuh, maka UMNO secara otomatik akan hilang dari ingatan rakyat kerana permainan politik individu didepan, parti di belakang sekali.




0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates