Selasa, 18 Disember 2012

DAP yang sentiasa ingin menjadi BOS


DAP akan sentiasa menekan pihak lain termasuk kawan dan rakan sepakatan dalam membolot kuasa. 

Kini DAP ingin menambah kerusi pada PRU13 nanti demi menguasai Malaysia. 

Apakah kita orang melayu sanggup melepaskan kuasa kepada DAP?  Apakah kita orang Islam sanggup melihat DAP menyamaratakan semua agama di Malaysia?

Apakah kita orang Melayu Islam ingin hilang segala-galanya dengan memberi kerusi kepada DAP dan kawan-kawannya?

Tindakan DAP yang menuntut tambahan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti menunjukkan hasrat sebenar parti tersebut yang mahu mendominasi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, DAP ternyata hanya menjadikan PAS dan PKR dalam pakatan pembangkang sebagai ‘kuda tunggangan’ semata-mata demi mencapai cita-cita politik mereka.

Menurutnya lagi, DAP hanya mahu memperalatkan PAS dan PKR bagi memastikan hasrat mereka untuk memerintah negara dan negeri akan tercapai.

“Dalam masa yang sama, mereka cuba menyatakan pendirian mereka melalui pakatan pembangkang sedangkan DAP ini merupakan parti yang terlalu tamak dan mempunyai dendam terhadap Barisan Nasional (BN).

“Mereka (DAP, PAS dan PKR) sebenarnya masing-masing bermain dengan ‘politik kayu tiga’ di mana sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan dasar bertajuk ‘Perubahan Di tangan Mu’ pada kongres DAP ke-16 di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) hari ini.

Lim dalam ucapannya itu, mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang sebagai pengiktirafan ke atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.

Drs. Mohd Nizar berkata, pakatan pembangkang tidak dapat meniru cara BN dalam menentukan pengagihan kerusi dengan bermatlamatkan hanya satu iaitu meneruskan usaha membangunkan negara.

- Nooraini Mahamad

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates