Jumaat, 28 Disember 2012

Ijazah KUIN : Pengajar pulak tidak berkelayakan


Kedah Times tumpang bersimpati dengan nasib 7 bekas pelajar KUIN yang diberi ijazah yang tidak diiktiraf MQA. Kini, nasib mereka semakin tidak menentu kerana dimaklumkan bahawa ijazah mereka terima mungkin tidak diiktiraf terus.

Seperti yang telah KedahTimes coretkan disini, ada satu lagi isu yang membolehkan pihak MQA tidak mengiktiraf ijazah yang dikeluarkan.

Kuliyah Pengajian AlQuran menggunakan pengajar-pengajar yang tidak berkelayakan. Kriteria ini diambil kira oleh pihak MQA jika KUIN ingin mendapat pengiktirafan ijazah yang dikeluarkan.

Maka apa akan terjadi kepada pelajar yang telah mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapat sekeping ijazah dan ilmu dari KUIN, sebaliknya tidak diiktiraf sekiranya mereka ingin menyertai sektor pekerjaan awam. 

Apakah KUIN akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penipuan ini?

Sanggupkah KUIN memohon maaf atas kesilapan mereka meletakkan pensyarah yang tidak berkelayakan?

Kita tunggu dan lihat kerana PM dan Menteri KPT sudah masuk campur.

ALOR SETAR - Nasib tujuh graduan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) di sini yang ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) telah dibawa untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Usaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyampaikan surat melalui faksimili kepada Perdana Menteri petang ini mendapat jawapan tidak sampai sejam daripada Pegawai Khas beliau, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Menurut Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abdul Rani, Irmohizam telah memaklumkan kepadanya menerima surat yang difaks serta mengambil perhatian dan meneliti kes tersebut sewajarnya.

"GPMS Kedah amat bersyukur dengan keprihatinan Perdana Menteri terhadap isu ini dan membuktikan beliau amat peka dengan masalah rakyat," kata Shamsul Bahar pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tujuh graduan Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat terbabit menerima ijazah pada konvokesyen Kuin Oktober lepas dalam dilema kerana tidak diterima dalam sektor kerajaan apabila ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA.

Shamsul Bahar berkata, GPMS Kedah yakin dengan keprihatinan dan bantuan Perdana Menteri, polemik isu ini dapat diselesaikan dan pihaknya juga bersedia membawa pelajar berkenaan menemui Najib.

Katanya, surat yang sama dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lepas turut mendapat perhatian menteri berkenaan.

Wakil graduan berkenaan yang hadir pada sidang akhbar itu tetapi enggan namanya disiarkan berkata pengurusan fakulti tidak jujur dan ikhlas apabila memanggil beliau seorang sahaja untuk menerangkan ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA selepas majlis konvokesyen selesai.

"Sepatutnya kami (semua lelaki) yang merupakan kumpulan pertama berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dipanggil, bukan saya seorang.

"Sekarang lebih jelas apabila saya dimaklumkan pihak pengurusan bahawa peluang ijazah kami untuk mendapat pengiktirafan MQA adalah 50-50 kerana ada pensyarah tidak berkelayakan mengajar kami.

"Saya juga dimaklumkan proses permohonan untuk mendapat pengiktirafan itu yang dibuat oleh pengurusan fakulti sejak bulan lepas mengambil masa kira-kira tujuh bulan lagi," katanya dengan nada pilu.

Beliau berkata, rakan-rakannya kini ada bekerja dengan pihak swasta, menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, menjadi pemandu teksi di Kuala Lumpur dan bekerja kedai serbaneka untuk meneruskan kehidupan mereka. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates