Rabu, 19 Disember 2012

ISU bersifat Fatwa - Bahagian 2

Lanjutan dari sikap Nik Aziz yang mempertahankan Amanat Hadi dengan menyuruh mufti-mufti berdiam diri kerana ilmu Hadi Awang amat tinggi dan bekas pelajar cemerlang, Kedah Times siarkan sambungan isu-isu yang membawa kepada terkeluarnya Fatwa Kafir oleh Hadi terhadap UMNO.

ISU-ISU YANG BERSIFAT FATWA - Bah 2

4. 24 September 1980: YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR  maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata, "Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi; nescaya akan rosaklah muka bumi".  Ayat cerita Nabi Daud a.s.w. bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum HARUS BERMUSUH.  Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249 (Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan.  Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB.  Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.


(al Baqarah 2:251) Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah [Yang dimaksud di sini ialah kenabian dan Kitab Zabur] (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini.  Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.

(al Baqarah 2:252) Itu adalah ayat-ayat dari Allah, Kami bacakan kepadamu dengan hak (benar) dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutus.

5. 07 April 1981: YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI.  Maksud hukum itu ialah "LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID". Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun sekarang.  Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov., 1 985.

6. Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita boleh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".  ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR.  Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan.  Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang.  Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari ?  Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula.  Konsep inilah disembunyikan.  Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii.  Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 "Menegak,  mempertahan dan mengembangkan Islam..."

7.                  Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula membawa maksud "Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama"; dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am.  Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara.  Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham berlakunya dua FITNAH ini:


i)          Fitnah pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS.  lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam masyarakat Islam Malaysia sekarang.  Orang awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus menggunakan nama Islam pada partinya.  PAS adalah ciptaan manusia, ditubuhkan untuk berebut kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen). Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan kehendak se masa semata-mata.  Agama Islam adalah ad-Din iaitu "Barang yang diturunkan (syariat) dari Allah, melalui lidah para nabiNya mengandungi segala hukum". Islam adalah panduan cara hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika.
 ii)        Fitnah kedua yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan lain di luar PAS adalah tidak Islam.  Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti; kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara puak itu dilarang oleh Islam. Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi.  Maka puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates