Khamis, 27 Disember 2012

Kalimah Allah: Kenapa PAS berdiam diri?

PAS sehingga ke hari ini memberi pelbaga ulasan menyokong dan memberi kata putus tentang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. Hanya Dr Haron Din yang menentang, itupun atas kapasiti peribadi, bukan atas PAS.
Nik Aziz seperti biasa sentiasa menjadi seperti lalang. Sekejap boleh dan sekejap tidak boleh. Ulama pokka yang sentiasa bertukar warna demi untuk mendapatkan undi.
 
Tetapi yang SAHnya konsep ketuhanan Kristian amat bertentangan dengan konsep Ketuhanan dalam Islam. Jadi Kalimah Allah dalam Islam adalah amat SALAH jika digunakan dalam konsep ketuhanan Kristian.

Kedah Times petik dari tulisan ringkas dari Kembara Ilmu tentang konsep ketuhanan kristian yang amat bertentangan dengan konsep ketuhanan orang Islam. Kesimpulan kalimah Allah TIDAK BOLEH diguna oleh kristian.

 Konsep Ketuhanan Kristian Yang Terseleweng

Oleh Zubaidi Sulaiman 

Ketika menyampaikan kuliah akidah di masjid negeri beberapa hari lepas, seorang jemaah bertanya dan meminta ana sebutkan penyelewangan2 akidah dalam agama kristian dan bandingkan dengan konsep ketuhanan dalam Islam. Ana sebutkan beberapa hujjah (secara ringkas):

1. Agama Kristian meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 persons dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).
Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu. 

2. Kristian menyebut Tuhan mempunyai anak yang dikenali sebagai Jesus Christ.
Sedangkan dalam Islam Tuhan tidak beranak dan tidak diperanakkan.

3. Dosa pertama (origin sin) yang dilakukan oleh Adam diwarisi oleh manusia seluruhnya. 
Sedangkan dalam Islam, Adam dikeluarkan dari syurga kerana dosa yang dilakukannya. Tuhan menerima taubatnya dan anak2nya tidak mewarisi dosa2 ini.

4.Tuhan menjadi manusia dan hidup di bumi. 
Sedangkan dalam Islam, Tuhan kekal dan tiada permualaanNya

5. Tuhan telah berkorban di atas salib salib dan mati di situ untuk menghapuskan dosa manusia.
Sedangkan dalam Islam, Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini.

Konsep Ketuhanan Dalam Islam yang jelas dan mudah difahami menyebabkan semakin ramai orang bukan Islam berminat kepada Islam. Sebab itulah kebangkitan Islam di bumi Eropah dan Amerika bergerak dengan drastik. Hinggakan Islam diiktiraf sebagai "THE FASTEST GROWING RELIGION".

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates