Isnin, 3 Disember 2012

Kolej Universiti Insaniah

Mungkin isu seperti agak pelik untuk diceritakan. tetapi jika ianya menjadi sudah kritikal disebabkan oleh sikap bodoh sombong mereka-mereka yang mentadbir negeri Kedah dan KUIN, maka Kedah Times rasa ianya perlu dihighlightkan.

Kisah kewangan yang amat kritikal telah lama dihebahkan tetapi pihak-pihak tertentu dalam kerajaan negeri merasakan yang semua itu kerja-kerja 'beruk melompat ata pokok cermai', jadi masalah tersebut berlarutan menjadi lebih kritikal.

Hasilnya, pekerja-pekerja KUIN yang membuat potongan gaji untuk dibayar kepada pihak ketiga atas pinjaman rumah atau kereta dan sebagainya mendapat surat amaran dari pihak berkaitan atau peguam. Jika masih tidak diselesaikan, maka kemungkinan besar disaman atau disenaraihitamkan oleh pihak berkaitan.

Kita buka tidak tahu terutamanya pihak bank yang terlalu kritikal untuk setiap sen yang dikeluar dan diperolehi. Bank ni baik sikit dari along walaupun konsepnya sama saja kerana berlesen dan diperhatikan oleh bank negara.

Tetapi apakah pihak kerajaan negeri dan KUIN ambil kisah semua ini? Yang diutamakan ialah elaun-elaun dan kenaikan gaji kroni-kroni dan adik beradik mereka. Syarikat yang diwujudkan untuk membantu untuk menambah kantung KUIN sebaliknya menjadi syarikat memperabihkan duit KUIN.

Yang menjadi mangsa ialah pelajar dan staf KUIN sendiri.

Lihat contoh surat yang sudah mula diperolehi oleh staf KUIN dari pihak ketiga.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates