Ahad, 16 Disember 2012

Konvensyen DAP: DAP Perlu Kalahkan PAS Dahulu Sebelum Kalahkan BN


Kongres Wanita dan Belia Sosialis DAP (DAPSY) yang telah berlangsung sempena Konvensyen Kebangsaan Parti DAP yang bermula pada 15 dan 16 Disember lalu.   Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-13.    Justeru, kita menjangka satu konvensyen yang meriah, yang merupakan tiupan semangat ‘perang’ sepertimana Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru saja berlalu.  Muktamar PAS menyaksikan ahli-ahlinya beratur panjang untuk ke bilik air dan membeli makanan.  PAU pula seperti biasa menyebabkan kesesakan bukan sahaja di jalanraya tetapi juga di dalam dewan di mana untuk berjalan sahaja amat payah sekali kerana terlalu ramainya ahli-ahli UMNO yang hadir, duduk dan ‘berkampung’ di lantai PWTC.  
Namun, keadaan Kongres Wanita dan DAPSY DAP nampaknya berbeza sekali.  Akhbar-akhbar Cina juga membangkitkan hal ini dan antaranya melaporkan Mesyuarat Agung Kebangsaan Wanita DAP hanya mencatatkan kehadiran sebanyak 33.8% walaupun ia adalah mesyuarat yang pertama bagi mereka.   Manakala kehadiran ahli DAPSY pula hanya 53%.

Menafikan yang ianya merupakan petunjuk awal bahawa DAP menghadapi masalah, pemimpin mereka memberi alasan bahawa kehadiran yang sedikit adalah biasa bagi DAP dan ia bukan petanda kekuatan DAP berkurangan.  Malah, menurut seorang pemerhati politik, Ng Whien Chin, keadaan itu tidak akan menjejaskan peluang DAP untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang berdasarkan hakikat bahawa ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang yang membenci Barisan Nasional secara keterlaluan sehingga sanggup menutup mata atas apa saja kelemahan dan keburukan DAP.  

Apa yang diperkatakan oleh Ng di atas membuktikan bahawa DAP sememangnya bergantung sepenuhnya kepada strategi menyemai dan menyebarkan kebencian terhadap BN untuk berkuasa.  Atau secara lebih jelas lagi, DAP selama ini hanya bermain dengan emosi rakyat, menyalakan api perkauman dengan membangkitkan perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kerajaan yang diterajui Melayu. 

DAP berharap rakyat yang telah dirasuk kebencian yang amat sangat tidak akan mampu berfikir dengan rasional lagi.  Apabila ini berlaku, segala kebaikan orang atau parti yang dibenci mereka akan dinafikan, sekali gus terlepas pandang akan segala keburukan DAP.    

Pemerhatian Ng ini adalah tepat jika dirakamkan pada beberapa bulan lepas atau tahun lepas.  Tetapi, ia agak meleset jika dilihat dari keadaan semasa.  Mungkin Ng harus bertanya dirinya  sendiri, iaitu selama mana rakyat boleh membenci BN hanya berdasarkan hasutan DAP sedangkan di masa yang sama BN terus berkhidmat dan memelihara kebajikan mereka dengan baik dan sempurna?    

Selama mana kata-kata dapat mengatasi apa yang dapat dilihat, dirasa, disentuh dan dinikmati setiap hari – dahulu, kini dan selamanya?  

Keamanan, kemakmuran dan kemewahan kaum Cina, terutamanya, adalah hasil dari kecekapan BN memerintah.  Tidak mungkin kaum Cina mampu mencapai apa yang mereka capai hari ini jika BN yang diterajui UMNO begitu lemah, korup, bodoh dan malas serta kejam dan tidak adil kepada mereka.  

Oleh itu, untuk mengatasi BN, DAP perlu buktikan yang parti mereka jauh lebih cekap, telus, bersih, demokratik dan lebih adil dari BN.  Malang bagi DAP kerana rakyat melihat sendiri bagaimana DAP dikuasai oleh Dinasti Lim dan Singh dan bagaimana kebebasan akhbar juga sudah berkali-kali dicabuli hanya kerana mengkritik DAP.   Juga bagaimana angkuhnya pewaris takhta Dinasti Lim memecat terus ahli dan pemimpin DAP hanya kerana mengkritik tindakan dan keputusannya.  

DAP juga begitu tegar dan tidak tahu malu apabila mendedikasikan ruang di laman web rasmi parti itu  untuk membela mendiang Teoh Beng Hock seolah-olah lupa bahawa kematian mendiang adalah bertitik tolak dari siasatan terhadap korupsi yang melibatkan pemimpin DAP.   Sedangkan hakikatnya, DAP sebenarnya lega kerana mendiang yang merupakan saksi utama telah ditemui mati sehingga membantutkan siasatan.  Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang melihat DAP sebagai pembela kematian Teoh pastinya merupakan rakyat yang telah benar-benar dirasuk kebencian terhadap BN sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional.  

Namun, kita percaya yang ahli-ahli DAP sedikit demi sedikit akan kembali rasional dan proses itu sudah pun berjalan secara perlahan-lahan di peringkat akar umbi dan juga rakyat biasa.  Kongres wanita dan DAPSY yang ‘sepi’ kali ini, membuktikannya.  

Bagi memulihkan semangat ahli, DAP tidak boleh membelakangkan soal pertentangan pendapat di kalangan sekutu PR dalam konvensyen kali ini.  Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menangani isu hudud dan isu Negara Islam serta isu siapa Perdana Menteri, untuk kesekian kalinya.   

Perlu diingatkan bahawa PAS telah berikrar akan meneruskan agenda ini dalam Muktamar yang dihadiri beribu-ribu pengikutnya yang  mana merupakan satu tamparan hebat terhadap sifat kiasu ahli-ahli DAP.   Untuk itu, DAP wajib menunjukkan kekuatan dari segi jumlah ahli juga bagi ‘mengajar’ PAS siapakah boss dan siapakah kuli atau parti itu akan kehilangan undi dalam PRU kali ini.   Ini kerana kaum Cina penyokong DAP tidak akan sanggup duduk di bawah atau sama tinggi dengan PAS, PKR atau mana-mana bangsa lain.  

DAP wajar menerima hakikat bahawa strategi menyerap dan menyebarkan kebencian terhadap UMNO/BN yang tidak berasas serta keterlaluan mungkin masih belum cukup untuk mengekalkan Pulau Pinang.  

Mungkin, Konvensyen DAP perlu menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menundukkan PAS terlebih dahulu, sebelum bangun menentang BN dalam Pilihanraya.  

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates