Isnin, 17 Disember 2012

KUIN Berkembang Pesat?


Agak terkejut Kedah Times dengan tulisan yang Kedah Times petik dari blog AdikWak tentang jumlah pelajar baru yang mendaftar di KUIN. Dari 297 yang mendaftar, hanya 100 saja mendaftar dalam bidang lain selain Pengajian Islam.

Maka perbelanjaan besar KUIN menyediakan semua fakulti lain dari tentang pengajian Islam bermakna tidak berjaya menarik pelajar baru memohon.

Portal KUIN mengesahkan sendiri tentang jumlah pelajar baru tersebut cuma tidak menyebut tentang jumlah pelajar baru yang mendaftar ke fakulti lain selain Fakulti Pengajian Islam.

INSANIAH, 3 Dis. – Lima pelajar antarabangsa adalah antara 297 pelajar baru yang mendaftarkan diri pada sesi pendaftaran bagi sidang Akademik 2012/ 2013 di Kampus INSANIAH Mergong hari ini.
Terdahulu sesi pendaftaran yang bermula jam lapan pagi disusuli taklimat kepada ibubapa dihadiri Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Prof Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff, Timbalan Pendaftar Ustaz Sayuthi Sanusi, Dekan Hal Ehwal Akademik (HEA), Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris, Dekan HEP Dr. Rohani Desa di samping pensyarah dan pegawai kanan INSANIAH.
Berucap dalam ucapannya Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengucapkan tahniah kepada pelajar yang  terpilih melanjutkan pengajian ke INSANIAH sambil menyifatkan ia adalah pilihan tepat.
Menawarkan pelbagai kulliyyah pengajian agama yang menjadi tunjang INSANIAH dan diperkukuhkan lagi menerusi kulliyyah konvensional seperti kejuruteraan dan perubatan, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil percaya konsep integrasi ilmu yang diperkenalkan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai bekalan ilmu bermanfaat malah mempunyai sahsiah diri terpuji.
Dalam pada itu Jabatan HEA menjangkakan, bilangan yang mendaftar akan terus bertambah selepas mereka mengumumkan akan membuka sesi pendaftaran sehingga akhir bulan ini.



Apabila isu Kuin kini semakin hangat diperkatakan oleh ramai orang termasuk ahli-ahli Pas yg merasakan perlu ada penyelesaian dalam isu ini kerana imej Kerajaan Negeri telah tercalar dan mungkin bakal tumbang dalam pilihanraya ini kerana isu seperti ini. Sambutan pelajar baru yang masuk jatuh teruk dan 50 program yang ada pula hanya laku 10 sahaja. Itupun majoritinya Pengajian Islam. Bayangkan dari 300 orang yang mendaftar masuk. 200 lebih ialah dalam bidang Pengajian Islam. Program baru dibuka oleh Jamil tak dapat sambutan. Ini membuktikan KUIN telah tersasar dari matlamat asal ia ditubuhkan kerana makin terpesong dari ilmu Islam.

Isu gaji kroni Jamil dan Azizan pula ramai yang dah mula buka mata. Logikkah ada yang menerima gaji RM 35 ribu sebulan? Ada pula yang baru 2 tahun berkerja gaji dah naik hampir 200%. Jamil ada jawapan berkaitan isu ini? Jangan disalah pada UMNO kerana itu ayat seorang bacul . Zaman UMNO dahulu tiada pun orang-orang seperti ini:
-Jamil
-Wan Siam
-Ramli Mayat
-Sykri Penjenayah
-Aidi
-dan ramai lagi. Senarai sedang dikumpulkan

Jika Pas sudah tak mampu menjawab lagi isu KUIN ini maka mereka akan menyenaraikan nama-nama diatas ini ialah UMNO. Maka terlepaslah Azizan Tidoq dan Taulan Lena. Tak gitu saudara Zul Yahya. Bukankah itu skrip lama anda?

WAK: Tengok la apa yang Wak kata ini. Akan ada selepas ini dakwaan salah Umno dalam KUIN. Itulah dasar Pakatan Haram di Malaysia. JOM UBAH KEDAH


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates