Khamis, 6 Disember 2012

Mohon Tun Dr M Bantu Kedah

KedahTimes terserampak dengan satu penulisan dari seorang yang bernama Lokman Moidin tentang keperluan legasi negara/negarawan Tun M berperanan dalam mengembalikan Kedah ke tangan BN.

Pertamanya, memperolehi atau memenangi semula kerusi-kerusi Parlimen 
Dan seterusnya kerusi-kerusi DUN yang asalnya menjadi tunggak kekuatan UMNO Kedah tetapi terlepas kepada pembangkang.


Pada pendapat Kedah Times, dalam misi pertama Datuk Mokhzani merupakan salah seorang yang layak dalam mengembalikan era kegemilangan UMNO dalam memperolehi kemenangan besar Parlimen di Kedah. Beliau boleh menjadi ikon dalam merampas kembali yang pada satu masa dulu menjadi aset tetap UMNO. Untuk beliau Merbok amatlah sesuai kerana penglibatan beliau dari awal lagi dalam UMNO Merbok.

Beliau bakal dan boleh menjadi ikon untuk melonjakkan gelombang kemenangan kepada parlimen-parlimen lain seperti Baling, Jerai, Sik, Pdg Terap, Sg Petani, Kulim/Bandar Bharu, Padang Serai, Jerai dan Pokok Sena.

Dan jasabaik Tun M amat diperlukan untuk memujuk Datuk  Mokhzani dalam mengisi kekosongan ini.

Bagi DUN pulak, Kedah Times tidak mahu ulas banyak kerana sudah banyak artikel dikeluarkan berkaitan dengan ikon yang boleh membantu UMNO Kedah kembali memerintah. Dan beliau sudah berada di Kedah sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Cuma kali beliau perlu diberikan peranan lebih besar untuk membawa Kedah ke satu mercu yang lebih tinggi.

Dalam isu, Datuk Mukhriz telah berjaya memainkan peranannya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dengan baik, cuma beliau perlu diberi tanggungjawab lebih besar dalam membantu UMNO Kedah dan seterusnya Kedah ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

KedahTimes tahu akan ada yang tidak bersetuju dan faham yang kita tidak boleh memenuhi kehendak semua. Tetapi demi kelangsungan UMNO di Kedah dan Malaysia amnya, perkara ini perlu dilakukan.

InsyaAllah, Kedah dapat ditawan kembali!

Di bawah adalah tulisan yang dipetik dari Lukman Moidin:

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi Parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr. Mahathir.

Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah Parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka ‘Magis’ dan ‘Bisa’ negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah.

Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau  adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihan raya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.

Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr. Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah.

Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk  mengumpul harta. Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'.

1 comments:

1 Melayu berkata...

Amat setuju jika Dato Mokhzani diberi peluang untuk bertanding dimana mana kerusi Parlimen didalam negeri Kedah.Trek rekod Mokhzani dalam politik peringkat grass root,negeri dan puast amat baik dan buka itu saja beliau telah terbukti dapat bersaing dengan taikoon taikoon bukan melayu didalam bidang perniagaan hingga membawa syarikat beliau SapuraKencana menjadi sebuah syarikat konglomorate terbesar didalam dunia dengan perolehan menchechah berbilion ringgit setiap tahun.

Talent yang ada pada pada Mokhzani adalah luar biasa,beliau pernah jatuh dengan teruk sekali semasa krisis ekonomi dan mata wang pada tahun 1997-1998 tetapi bangun semula dan membina sebuah empayar perniagaan dalam bidang 'oil and gas' dengan begitu cemerlang sekali.Talent dan bakat ini janganlah disia siakan oleh pucuk Pimpinan UMNO.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates