Selasa, 18 Disember 2012

Mukhriz : Jana kewangan Negeri Kedah

Kedah Times amat bersetuju untuk Kedah dijadikan hab getah. Kalau dilihatkan padi memang tumbuh suburr dikawasan rata, kelapa sawit tumbuh baik di kawasan Selatan dan tengah Kedah dan getah amat subur tumbuh di seluruh Kedah. 

Malah jika dilihat negeri-negeri lain sudah mula fokus kepada produk-produk pertanian tertentu.

Dengan adanya Lembaga Getah di Jeneri dengan keluasan tanah 2000 ekar lebih,  daerah Sik bakal menjadi pusat penyelidikan Getah. Begitu juga dengan perancangan pusat getah dan hutan oleh RRI di Naka yang bakal melonjakkan Kedah sebagi hab getah di Malaysia.

Tidak hairan jika Tradewinds sudah mula menanam getah di tanah miliknya di kawasan Gula Padang Terap. Ini bakal merancakkan lagi hab yang bakal ditubuhkan.

Inilah idea-idea yang boleh memajukan Kedah. Idea yang boleh menjana kewangan untuk negeri Kedah.

Bukannya idea menjual air tadahan kepada orang yang menolong menadah air seperti yang dihasilkan oleh Kerajaan PAS Kedah!

Terus-terang Kedah Times katakan, eloklah kita semua buka minda dan fikir secara rasional, pemimpin seperti manakah yang kita mahu untuk mentadbir negeri Kedah. Pemimpin yang boleh memajukan Kedah atau pemimpin yang serba tidak tahu?


Kedah akan jadi hab getah

KUBANG PASU 16 Dis. - Kerajaan Persekutuan merancang menjadikan Kedah sebagai hab getah dalam menjana idea baru untuk meningkatkan nilai tambah negeri ini selain meningkatkan nilai eksport produk berasaskan getah negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, untuk itu, pihaknya sedang berbincang dengan pihak swasta supaya apa yang dirancangkan itu dapat direalisasikan.

"Cadangan sudah ada dan saya yakin boleh menjadi kenyataan kerana kita ada kira-kira 16,000 hektar ladang getah dari sempadan negara (sempadan Malaysia-Thailand) sampai ke Baling,'' katanya di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates