Isnin, 17 Disember 2012

PAS sentiasa Takutkan DAP


Di Kedah, dengan hanya satu kerusi saja, DAP boleh mengarahkan kerjaan negeri Kedah tidak melaksanakan Akta Hiburan pada bulan puasa lalu. 

DI Kedah, PAS gagal sama sekali mengawal pertumbuhan pusat-pusat hiburan di bandar-bandar Alor Setar, Kulim, Sg Petani, Pendang, Jitra dan lain-lain. Ini disebabkan DAP yang sentiasa menjadi Big BOS mereka.

Kini PAS Kelantan yang kononya terlalu Islam terpaksa mengikut kehendak DAP. Satu sergahan saja, serban pemimpin PAS Kelantan tercabut dari kepala. Negeri Islam atau serambi Mekah segera bertukar kepada negeri berkebajikan 

Inilah PAS yang selama ini hanya bertopengkan Islam dalam percakapan dan kegilaan kuasa politik mereka.


Salon: PAS Sekali Lagi Dilacurkan DAP

Maka, seperti yang dijangka, Kerajaan PAS Kelantan telah akhirnya memutuskan bahawa penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula.  

Nampaknya, hanya selepas tiga hari bertekak dengan DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, PAS akhirnya akur setelah mendengar khutbah khas dari Karpal Singh.    

Maka juga, kelam kabut sehingga tergolek-goleklah PAS bersilat sumbang menepis isu tunduk pada DAP dalam isu salon ini.   Dari kenyataan Pemuda PAS Kelantan di Harakahdaily, jelas menunjukkan bahawa PAS benar-benar mati kutu untuk menjawab sehinggakan tidak semena-mena PPSMI pula dijadikan ukuran dalam usaha berhujah untuk membela diri. 

Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang diguna pakai sejak tahun 1991 di Kelantan mengharamkan khidmat memotong rambut oleh wanita Muslim ke atas lelaki.  Undang-undang ini digubal ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.

Nampaknya, orang Kelantan memang licik dalam mencari hiburan di sebalik jubah dan tudung mereka.  Sedangkan bagi orang-orang biasa, menggunting rambut adalah satu pekerjaan yang bersih dan tiada salahnya jauh sekali membangkitkan syahwat.  

Mungkin PAS sedar bahawa rakyat dibawah pemerintahan mereka begitu kuat nafsu dan licik juga, maka kerana itulah PAS ingin sangat melaksanakan hudud bagi mengawal rakyatnya.   Namun, malang bagi PAS kerana mereka kini telah ‘kahwin kontrak’ dengan DAP di mana dalam kontrak tersebut, PAS tidak dibenarkan melaksanakan hudud atau melaksanakan Negara Islam.  

Justeru, walaupun PAS kononnya ingin mengikut Al-Quran, tetapi PAS tidak dapat melepaskan diri dari ‘kontrak’ yang dibuat dengan DAP.  Dalam kata lain, kontrak dengan DAP adalah jauh lebih penting dan tinggi kedudukannya bagi PAS, berbanding Al-Quran.  Inilah yang dikatakan perjanjian dengan iblis.  

Tetapi, gambaran yang penulis berikan ini hanyalah separa tepat.  

Yang lebih tepat ialah PAS bukannya ingin mengawal nafsu rakyatnya mahupun ingin mengikut Al-Quran tetapi PAS hanya ingin menang pilihanraya.  PAS  hanya ingin mengembalikan keyakinan penyokongnya bahawa pemimpin mereka bukanlah anjing kurap kepada DAP dan kononnya mereka benar-benar serius ingin melaksanakan hudud.  

Apa yang PAS tidak tahu ialah, jika niat dan perlaksanaan mereka benar-benar mengikut Al-Quran, tiada siapa yang akan mampu mengkritik malah DAP juga akan akhirnya terpaksa mengakui keindahan pemerintahan mengikut Al-Quran.  

Al-Quran telah menyatakan bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu, mudah serta sesuai untuk semua zaman dan keadaan.   Inilah yang gagal difahami dengan baik oleh PAS. 

Sekiranya rakyat Kelantan diberi peluang untuk menimba ilmu dan merangsang pemikiran dengan baik, maka secara tidak langsung masalah moral di kalangan rakyat akan berkurangan tanpa perlu didisiplinkan melalui undang-undang yang ketat.  Di dalam Islam, ‘haram’ sesuatu itu ditetapkan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada manusia dan manusia itu diketahui cenderung untuk hilang kawalan terhadap nafsu.  

Namun, manusia yang berilmu dan bertamadun tidak mudah dipengaruhi nafsu dan jarang melihat sesuatu berdasarkan nafsu.  Oleh yang demikian, beberapa peraturan boleh dilonggarkan mengikut keadaan, contohnya dalam kes doktor yang merawat pesakit berlainan jantina.   

Ini kerana, otak yang tidak diisi dengan ilmu pengetahuan sering dipenuhi dengan nafsu dan cenderung melihat segala-galanya dalam konteks nafsu semata-mata.  Dengan itu, terjadilah kes di mana melihat rambut juga sudah mula terangsang sepertimana manusia di zaman jahiliah.    

Hakikatnya, PAS masih berada di zaman jahiliah dan Islam yang dilaungkan PAS bukanlah Islam sebenar.  Islam sebenar itu indah lagi mudah dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah.  Jika potong rambut juga sudah menjadi satu masalah besar yang tidak sudah-sudah, bagaimana PAS boleh menyelesaikan isu air, isu tanah, isu moral dan berbagai-bagai lagi?  Tak perlulah lagi dicakap mengenai isu ekonomi negeri, negara ataupun isu global.  

Justeru, tidak hairanlah kenapa PAS mudah sekali dilacurkan DAP.  DAP menjual PAS dengan harga sekupang dua sahaja.  Malah, selalu terjadi, PAS menjual, DAP tak ingin beli, dan kalau diinginkan pun, akan dirampasnya secara ‘free’.  PAS tersorong-sorongkan pipi, DAP balas dengan penyepak dua tiga kali tapi PAS terus menjilat-jilat kaki DAP.  

Kenapa ini terjadi?  Kerana PAS tidak ada harga kerana PAS bukan Islam, bukan parti Islam dan bukan memperjuangkan Islam.  PAS tidak ada harga kerana PAS adalah parti yang gila kuasa yang hidup matinya hanyalah untuk menang pilihanraya.  PAS telah berada di syurga dunia di Malaysia, tetapi PAS sanggup mengaku berada di neraka kerana syurga bagi PAS hanyalah Putrajaya.   

Itulah PAS, sebuah parti yang melacurkan agamanya sendiri untuk ke ‘syurga’. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates