Sabtu, 22 Disember 2012

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Sahkan Parti Ini Hanya Mementingkan Kaum Cina


Bagi sebuah parti politik yang sering melaungkan wacana perubahan, tidak banyak perubahan yang dilalui oleh DAP sendiri dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu baru-baru ini. Konsep "Middle Malaysia" atau "Malaysian first" yang sering digembar-gemburkan oleh DAP hanyalah slogan semata-mata. Ia tidak pernah dipraktikkan secara telus, sebaliknya DAP terus memperluaskan agenda mereka untuk mengurangkan dan melenyapkan penguasaan politik bangsa Melayu di negara ini.

Walaupun kerap mencanang diri sendiri sebagai sebuah parti politik berbilang bangsa, keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan Ke-16 parti ini minggu lepas menggambarkan sebaliknya apabila hampir kesemua yang dipilih adalah berketurunan Cina. Hanya tiga orang wakil berbangsa India yang dipilih, dua daripadanya berketurunan Punjabi dan adalah pasangan bapa dan anak.

Lapan orang calon Melayu kalah teruk dalam pemilihan ini. Sedangkan Zairil Khir Johari yang berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Lim Guan Eng juga menerima kekalahan dengan hanya menerima 305 undi. Selain beliau, calon-calon Melayu yang tidak dipilih terdiri daripada Zulkifli Mohd Noor, Senator Ariffin SM Omar, Ahmad Ton, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim, Roseli Abdul Ghani dan Harun Ahmad.

Zulkifli Mohd Noor, salah seorang calon yang bertanding berkata bahawa beliau telah berjuang selama 25 tahun untuk memastikan seorang Melayu duduk di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP namun segala usaha beliau telah menemui kegagalan. Akar umbi DAP masih memilih berdasarkan bangsa, bukannya merit dan kelayakan.

Selain berdepan kritikan bahawa parti ini mengenepikan calon-calon berbangsa Melayu dan India, DAP juga berhadapan dengan kritikan bahawa ianya sebuah parti politik yang diterajui oleh dua buah keluarga semata-mata. Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng terus menduduki dua takhta tertinggi dalam jawatankuasa yang dipilih, begitu juga dengan Karpal Singh dan anak beliau Gobind Singh Deo. Pasangan sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham juga mendapat tempat.

Jika dilihat secara dekat, 80 peratus daripada anggota-anggota CEC yang dipilih adalah muka-muka lama, lantas membelakangkan saranan Karpal Singh agar muka-muka baru diperkenalkan dalam jawatankuasa tersebut. Muka-muka inilah yang sering mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan agar mereka digantikan dengan pemimpin-pemimpin baru, sedangkan dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka tidak mengamalkannya dan tidak membuka peluang kepada calon-calon baru untuk berkhidmat.
Bak kata orang, cakap tak serupa bikin.

Jika kita amati keputusan pemilihan ini lagi, kita dapati bahawa tiada wakil-wakil dari empat buah negeri iaitu Melaka, Pahang, Sabah dan Kedah. Walaupun mereka menganggap Johor sebagai sebuah kubu penting, hanya seorang sahaja wakil dari Johor yang menduduki jawatankuasa tersebut.

Sesuatu yang harus kita sedari, perlembagaan parti DAP menghadkan Setiausaha Agung untuk berkhidmat hanya selama tiga penggal. Oleh yang demikian, ini adalah penggal terakhir perkhidmatan Lim Guan Eng. Namun begitu, berdasarkan sifat tamak dan gila kuasa yang sering ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin DAP, tidak mustahil jika mereka menggubal perlembagaan parti demi memanjangkan penguasaan Dinasti Keluarga Lim dalam DAP.

Kita tunggu dan lihat sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates