Ahad, 16 Disember 2012

Pencapaian Cemerlang Negara Bukti Kebijaksanaan Kepimpinan

Di kala keadaan ekonomi dunia berada di dalam suram di mana Amerika Syarikat mengalami kemerosotan dari segi industri pembuatan dan peluang pekerjaan, manakala negara-negara Eropah seperti Greece, Portugal, Ireland dan Spain mengalami krisis ekonomi yang getir dan China yang sedang mengalami lonjakan ekonomi secara drastik kini secara tiba-tiba kembali mendatar, Malaysia bagaimanapun, berada dalam keadaan lebih daripada selesa dengan KDNK suku pertama merekodkan 5.1%, suku kedua 5.6% dan suku ketiga 5.2% iaitu jauh lebih tinggi dari Singapura, Korea, Taiwan mahupun Hongkong yang merekodkan tidak lebih dari 3% bagi suku pertama sehingga ketiga dalam tahun ini. 
 
Keyakinan pelabur kepada Malaysia juga kini kembali meningkat sejak penurunan yang dialami ketika krisis kewangan Asia pada 1997.    Malah, dua daripada syarikat gergasi terbesar dunia  di belakang Facebook adalah disenaraikan di Malaysia iaitu Felda Global Ventures and IHH Healthcare.   Bursa Malaysia pula berada di kedudukan paling tinggi iaitu 1,650 mata pada bulan Ogos 2012.   Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan berterusan selama 14 tahun berturut-turut dan terus berkembang pesat.  Manakala defisit juga terus menurun sejak 2009 yang mencatatkan 6.6% kepada 4.5% pada 2012 dengan sasaran penurunan 2% dalam masa dua tahun lagi.  

Daripada 142 negara, Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia.   

Pelabur melabelkan Malaysia dan Asia Tenggara, amnya, sebagai sebuah syurga yang selamat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil hari ini.   Dengan itu, Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing, iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.  Ini merupakan satu pencapaian yang lebih baik berbanding 2007 di mana Malaysia berada di tangga ke 16.  
Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh AMCHAM’s ASEAN Business Outlook Survey, terdapat 27% responden yang menyuarakan keinginan untuk memindahkan pelaburan mereka dari China ke Malaysia dalam masa dua tahun lagi.  Menurut mereka kebijaksanaan kerajaan untuk memudahkan proses kemasukan pelaburan asing adalah antara faktor utama Malaysia menjadi pilihan pelabur.  

Hakikatnya, rekod positif mengenai Malaysia ini tidak mungkin tercapai dengan sendirinya.  Ianya adalah hasil dari kesungguhan dan kecekapan serta kebijaksanaan kepimpinan dalam memacu ekonomi negara.   Justeru, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib telah pun membuahkan kejayaan.  

Ini membuktikan bahawa program yang merangkumi semua aspek ekonomi dari industri elektronik, pertanian, kesihatan, kewangan dan berbagai-bagai lagi ternyata adalah program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi dan teliti serta bukan merupakan cakap-cakap pilihanraya atau janji kosong untuk populariti semata-mata.   Ikrar kerajaan untuk memerangi rasuah juga ternyata bukan hanya slogan hipokrit tetapi telah dilaksanakan melalui berbagai-bagai program transformasi yang kini telah terbukti berkesan sehingga diiktiraf oleh para pelabur asing juga.  

Dengan kedudukan Malaysia yang begitu cemerlang dari segi ekonomi, dipandang tinggi kerana kelantangannya menyuarakan pendirian serta kesungguhannya memperjuangkan dunia yang lebih aman, terdapatnya segelintir rakyat Malaysia sendiri yang tidak dapat menghayati dan menghargai pencapaian ini amatlah pelik dan tidak masuk akal sekali.  

Lebih-lebih lagi jika ada yang sanggup mengambil risiko dengan membuat eksperimen untuk menukar kerajaan yang telah terbukti punya kredibiliti yang tinggi dalam mentadbirurus negara sekali gus menjaga kebajikan rakyatnya serta membawa peranan yang positif dalam isu-isu global dengan sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat yang tidak segan silu mengakui bahawa mereka belum pun pasti ke mana arah Malaysia hendak dibawa mereka.  

Tidak salah jika dikatakan bahawa begitu besarnya impak dari sebuah kepimpinan BN yang cemerlang sehinggakan tiada satu pun yang mampu dilakukan oleh pihak pembangkang tanpa mereka terhutang budi kepada kerajaan.   Malah, bendera PAS yang berkibar di Gaza yang begitu dimegahkan oleh orang-orang PAS juga tidak mungkin mampu dikibarkan jika Malaysia tidak stabil, tidak cukup kuat dan tidak cukup kemampuan untuk membolehkan ahli-ahli PAS ke sana.   Logiknya, jika ahli-ahli PAS, PKR atau DAP benar-benar menderita, kebuluran, susah dan miskin kerana ditindas oleh kerajaan BN seperti yang sering dilaung-laungkan mereka, tidak mungkin mereka akan mampu membantu sesiapa – sama ada rakyat Palestine, Rohingya mahupun saudara mara mereka sendiri sehingga menjadi kaya raya.  

Inilah jasa BN pada rakyat Malaysia dan jasa ini telah terakam kemas dalam rekod ekonomi dunia dan sejarah negara.  Menafikan segala jasa ini samalah dengan menipu diri sendiri.  Menukar kerajaan ini kepada yang belum pasti samalah seperti membunuh diri.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates