Rabu, 19 Disember 2012

Pengikut menjadi Taksub

Seterusnya tuduhan kafir, khurafat dan sekular sentiasa bermain dibibir pemimpin PAS terhadap UMNO. 

Persoalannya, kenapa UMNO saja? Kenapa PKR, BERJASA, KITA dan lain-lain parti Melayu tidak dikafir, disekular dan dikhurafatkan?

Malah apabila PAS bersama PKR, semuanya menjadi halal. Nama Allah boleh digunakan penganut bukan Islam, orang Melayu bebas memilih agama, judi, arak dan hiburan sudah halal. Semua maksiat yang dulunya dituduh digalakkan oleh UMNO kini dikatakan tidak apa.

Hatta penguatkuasakan akta hiburan yang jelas islamik tidak mampu dilaksanakan oleh PAS. Parti apakah PAS ini?

Hasilnya hari ini, pengikut PAS sudah menjadi macam pengikut ayah Pin dan Asyaari. Air kaki mereka menjadi rebutan pengikut kerana kata mereka ianya membawa berkat.


8.         Tahun 1982: Timbul lagi satu fatwa "Perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO adalah Asobiyyah dan Nabi s.a.w. tidak mengaku umat". Hukum ini dibuat menerusi SALAH TAFSIR hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud; sedang tafsiran yang diberikan olehnya itu bercanggah dengan konsep Asobiyyah yang disebut dalam hadis jawapan nabi s.a.w. kepada pertanyaan sahabat baginda dan bercanggah pula dengan terjemahan kamus 'al-Munjid'. 

9.         Makin hari semakin banyak kekeliruan hukum agama yang dibawa oleh pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar PAS Kelantan Antara lain Berita Minggu 24 April 1994 melaporkan YAB.  Datuk Haji Nik Ab.  Aziz berkata:

"Saya kata haram bagi mereka yang menentang cara pemerintahan Islam itu kerana ada terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dan bagi mereka yang mempertikainya akan menerima balasan di akhirat".

10.              Samada benar atau pun tidak hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan mudah; bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara Islam atau PAS sahaja yang memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam.  Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah.  Banyak juga parti-parti politik lain vang memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan iklan.  Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada amalan, PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut perlembagaan negara yang sama.  Orang awam yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS.  Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan parti-parti lain semuanya sama; tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka.  Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya fasal 6(1 1) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara juga.

11.       Begitulah seterusnya dengan berbagai pendapat lain yang dianggap hukum berbentuk fatwa oleh para pengikut PAS; seperti kata-kata Datuk Nik Aziz, "Calon UMNO diibaratkan lawan Nabi Muhammad" dalam Utusan Malaysia 15 April 1995.  Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata, "Mengumpat dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara" yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak sebagaimana yang dilaporkan besoknya oleh Akhbar Berita Minggu 09 April 1995.  YAB Perdana Menteri pula pernah mencabar Datuk Nik Ab. Aziz supaya menunjukkan bukti manakah ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam mencarut; kerana sebelum ini YAB.  Datuk Haji Nik Ab.Aziz pernah berkata, "Tuhan juga mencarut".  Laporan Utusan Malaysia 20 Julai 1999 itu tidak berjawab hingga sekarang.  Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan pimpinan PAS.  Sama ada nak kata fatwakah, nak kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh pengikut PAS sebagai fatwa tok guru mereka dan bagi mereka apa jua yang tok guru mereka kata adalah betul belaka, waliyazu biliah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates