Khamis, 20 Disember 2012

PERBANDINGAN PENDEKATAN MELAYU DENGAN QURAISY DAN PAS


Akibat dari Fatwa Hadi yang mengkafirkan orang-orang Islam terutama dari UMNO, berlakulah perpecahan dan puak-puak. Puak UMNO dari orang Melayu dikatakan menolak Islam dan kafir serta tidak perlu dijadikan saudara.

Puak PAS yang terdiri dari orang Melayu dianggap Islam sepenuhnya. Tetapi dalam masa yang sama puak-puak Melayu PAS menuduh UMNO Assobiyah kerana memperjuangkan Melayu. 

Jadi apakah itu PAS yang ahlinya adalah orang Melayu?

Kalau nabi S.A.W memberi keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di kalangan bangsa Arab yang punya berbagai suku qabilah; selaras Melayu di Malaysia diberi keutamaan dikalangan berbagai keturunan yang ada.

Kalau dikatakan keutamaan kerana mereka pejuang Islam dan pembebas diri zaman Nabi S.A.W maka demikianlah juga Melayu di Malaysia adalah pejuang Islam sejak zaman awal Islam diMalaysia hingga ke hari ini dan Melayu inilah juga pembebas diri dari ikatan belenggu penjajahan.

Kalau Melayu di Malaysia Assobiyah maka Quraisy di kalangan bangsa Arab pada zaman Nabi S.A.W juga sama assobiyah. Tentulah assobiyah di bawah kepimpinan Nabi S.A.W tidak ada sama sekali.

Sebaliknya PAS menghidupkan rasa kepuakan dan tambah menebalkan lagi ASSOBIYAH KEPUAKAN kerana walaupun Melayu/Muslim masih mesti dipertikaikan selama tidak bersama dengan perjuangan PAS. Apatah lagi ditambah dengan salahguna kuasa setelah PAS dapat memerintah sebuah negeri Kelantan semenjak tahun 1990 hingga sekarang. (Sudah hampir 20 tahun berlalu ternyata melakukan berbagai tekanan dan kezaliman kepada anggota puakperbuatan asobiyah. lain yang tidak sebulu dengannya. Pulau memulau di kalangan umat Islam juga sebahagian daripada 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates