Rabu, 19 Disember 2012

Senarai CEC DAP: Demokrasi Ala Malaysian-Malaysia


Konvensyen Kebangsaan DAP dikritik hebat apabila tiada seorang pun pemimpin Melayu, termasuk yang telah berjuang lebih tiga dekad bersama parti itu mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).   DAP yang mendabik dada sebagai parti berbagai kaum dan memperjuangkan ‘persamaan total’ dilihat bercakap tidak serupa bikin sekali gus membuktikan bahawa mereka adalah rasis tulen.

DAP bagaimanapun, cuba membela diri dengan berkata bahawa keputusan pemilihan itu adalah demokratik dan perlu diterima dengan baik oleh semua pihak serta bertegas bahawa DAP bukan parti rasis kerana menerima ahli dari berbagai kaum.  Malah, puak penyokong PAS dan PKR juga turut membela DAP dengan menuduh BN lebih rasis kerana membahagikan kaum mengikut parti komponen.  

Nampaknya, puak-puak PR ini gagal memahami perkara asas ideologi politik kesemua parti-parti di Malaysia, termasuk parti mereka sendiri.  UMNO, MCA dan MIC adalah parti berbeza, namun bernaung di bawah satu payung sahaja iaitu Barisan Nasional.  Ketiga-tiga parti ini bergerak sebagai satu, dibawah kepimpinan yang sama dan berpegang kepada cita-cita yang sama yang berakar umbi dari persefahaman  dan tolak ansur antara kaum yang dicapai ketika Merdeka.  

Sedangkan, Parti DAP menolak konsep tolak ansur itu, serta menolak perlembagaan di mana mereka berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular serta menghapuskan hak istimewa bumiputera iaitu dua perkara penting bagi Melayu Islam.   Semua ini digarap dalam satu konsep yang dipanggil Malaysian-Malaysia.  Kononnya, melalui cara ini maka rakyat Malaysia akan benar-benar bersatu dan mampu menerima kaum bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.  

Sekali imbas, cita-cita itu dilihat begitu murni sekali.  Tetapi jika dikaji dan diteliti serta dilihat pula dari rekod perlakuan, percakapan dan perjuangan DAP, ternyata apa yang mereka perjuangkan bukanlah Malaysian-Malaysia iaitu sebuah negara yang berpegang kepada konsep samarata bagi semua tetapi untuk kaum Cina berkuasa dan mendominasi ekonomi serta politik negara secara mutlak.  

Kedegilan mereka memisahkan semua kaum melalui sekolah-sekolah vernakular, keengganan  memartabatkan Bahasa Kebangsaan, menolak pemakaian adat di Dewan Undangan Negeri kerana berunsur Melayu Islam malah keberatan mengiktiraf Raja-raja Melayu membuktikan niat sebenar mereka. 

Semua ini diperjuangkan melalui NGO-NGO serta boleh dilihat jelas dari sikap dan cakap-cakap di laman-laman sosial ahli-ahli atau penyokong mereka.  Walaupun DAP terus menafikan semua ini atau menuduh media memutar belit dan memfitnah mereka, tetapi pemikiran chauvinis, rasis dan kiasu DAP kini terlalu jelas terbukti dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang.  

Sejarah 13 Mei menyerlahkan hati-budi sebenar DAP terhadap Melayu.  Laungan menghina dan menghalau Melayu, ingin merampas Tanah Melayu, ingin membunuh Melayu, semuanya terakam kemas dalam sejarah negara yang kini cuba sedaya upaya dipadam oleh DAP.  

Justeru, persoalan ‘DAP membenci Melayu’ bukanlah satu tuduhan yang sukar dibuktikan.  Apa yang sukar dan belum dapat dibuktikan ialah penafian mereka mengenai sebaliknya – iaitu DAP adalah parti untuk semua kaum yang benar-benar menjunjung konsep kesamarataan total serta tidak berpegang kepada sifat kiasu, chauvinis dan rasis kaum Cina.  

Penafian dan penafian semata-mata konon DAP bukan rasis tidak akan membawa makna selagi pemikiran chauvinis, kiasu dan rasis terus mengikat sebahagian besar bangsa Cina di negara ini.   Demokrasi ala Malaysian-Malaysia DAP yang dilaungkan Guan Eng juga tidak bermakna selagi parti itu sendiri dikuasai oleh anak-beranak, adik beradik dan sahabat handai bagai sebuah Dinasti dalam pemerintahan kukubesi.  

Kerana itu, bagi mana-mana Melayu untuk terus duduk melukut, menyorong-nyorong pipi dan menjilat-jilat kaki DAP walaupun DAP langsung tidak memandang mereka dengan sebelah mata, adalah satu tragedi ke atas individu itu sendiri

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates