Rabu, 5 Disember 2012

Siapa Pejuang dan siapa talibarut


Khamis lalu, bersamaan 28 September 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Pada  Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York, sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.


Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya, Israel.

Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar, Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas. 

Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.

Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.

Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.

Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.

Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin Abim itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini, sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.

Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.

Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.

Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia, Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.

Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu.

Di Malaysia ketika itu, Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.

Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.

Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.

Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008, beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.

Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara, Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa, bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin.

Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.

Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah, PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.

Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.

Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.

Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.

Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.

Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis, ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak.

Melangkah setapak ke hadapan, Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia. 

Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.

Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.

Jika memberi kenyataan mengenai Palestin, sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.

Apabila bercakap mengenai isu Palestin, pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.

Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.

Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates