Isnin, 3 Disember 2012

Terbukti PAS Bacul & Keldai Tunggangan DAP


Saat awal isu salun gunting rambut di Kelantan sampai ke pengetahuan umum pada mulanya ia dianggap sebagai isu remeh temeh dan hanya sekadar dipandang sebelah mata sahaja oleh pimpinan PAS Kelantan dan Pusat. 

Pada mereka tidak ada silap atau pelik apabila pemilik salun E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting terpaksa menerima saman untuk kali ke 11 berikutan kesalahan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Mereka yakin Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bertindak betul ketika menyaman pengusaha salun di KB Mall itu selaras dengan peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan.

Namun tak tersangka rupanya keyakinan pemimpin PAS mudah benar runtuh menyembah bumi hanya dek kerana wujudnya ketakutan yang amat sangat dengan bantahan dari Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam kenyataan reaksinya berhubung isu itu, Karpal mengakui terkejut dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan memperluaskan penguatkuasaan peraturan itu terhadap masyarakat bukan Islam, sesuatu yang dianggapnya bercanggah dengan hak kebebasan dan perlembagaan.

Dengan nada yang keras dan sinis Pengerusi DAP itu menempelak PAS kerana gagal menepati pengisytiharan yang dibuatnya selama ini bahawa sebarang perlaksanaan undang-undang Islam sama sekali tidak akan meliputi orang bukan Islam.

Serentak dengan itu Karpal mendesak pemimpin PAS Pusat segera tampil memperbetulkan keadaan bagi mengelakkan isu tersebut dari menggugat keyakinan penyokongnya  pakatan pembangkang menjelang PRU 13.

Hanya berselang masa sehari dua sahaja, tak semena-mena Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS Kelantan bagaikan terpana dari lamunan, terus sahaja menyatakan persetujuan untuk mengkaji semula peraturan tersebut.

Semudah ABC, cukup sekali dua pemimpin veteran DAP itu bersuara, pasti pemimpin PAS segera mematuhinya. Tampak jelas demi kepentingan DAP, bukan satu masalah besar untuk PAS sekali lagi tunduk bacul kepada DAP saling tak tumpah seperti keldai tunggangan yang setia pada tuannya.

Sebelum ini PAS sudah berkali-kali melakukan perkara yang sama termasuklah terpaksa menggadai prinsip menegakkan negara Islam dan hudud PAS semata-mata demi memenuhi kehendak DAP.

Ini realiti yang terpapar di depan mata ramai sejak pasca PRU 2008 hingga kini, PAS bukan hanya sekadar bacul tapi terbukti serasi sebagai keldai kepada DAP. Satu kenyataan yang pahit sehinggakan dikalangan penyokong dan ahli PAS sendiri kelihatan rimas dan kemalu-maluan dibuatnya.

Kita juga sedang ternanti-nanti bila pulak kerajaan PAS Kedah akan mengharamkan pusat-pusat hiburan melampau yang tumbuh dengan hebatnya di bandar-bandar bersar di Kedah.

Hari itu apabila mereka ingin menguatkuasakan enakmen hiburan pada bulan puasa, DAP hanya berdehem sekali saja. Terus terkezut Kerajaan PAS Kedah dan enakmen hanya tinggal enakmen. Malah disalahkan UMNO kerana meluluskan enakmen hiburan tersebut.

Yang PAS tahu hanyalah mengkormesilkan program-program PASTI dan sekolah SAR yang dikuasa mereka. 

Sebaliknya Islam ibarat bagai laungan burung tiung yang ianya sendiri tidak tahu apa yang dilaungkan... tetapi peminat burung mendengar dan memuji laungan tersebut. Hahah

2 comments:

jijan mali berkata...

Geng - geng PAS-pis-pus ni tau apa....otak depa dah ada kat kepala lutut....layak jadi keldai P'Gay'R dan DAPpigs dalam PRU 13 ni saja.....NAk pesan sikit kat spesis P'Gay'R dan DAPpigs ni. Bila naik keldai PAS-pis-pus nanti, jangan pukul kat kepala lutut depa, nanti mereng keldai tu nanti....muahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Allah dah makbulkan doa mereka kat stadium hari tu. Allah bukakan kes ini agar satu Malaysia tahu rupanya kat Kelantan ada benda macam tu. Kalau tidak orang tak tahu. Alhamdulillah. Terima kasih kerana doa mereka hari tu dah dimakbulkan Allah. Hebat sungguh ya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates