Isnin, 3 Disember 2012

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya


Ucapan Dasar Presiden UMNO pada PAU 2012 yang beru berakhir disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara.  Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.  

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah.  Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.  

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.  Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.  

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.  

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru, penulis meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.  

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.  

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.  

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’.  

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular.  Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.   Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.  

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.  

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain.  Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.  

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya. 

Nota Kedah Times : Jangan hanya hangat taik ayam sudah laa...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates