Isnin, 3 Disember 2012

Umno Kedah bongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri


Dalam soal ini Kedah Times ucapkan tahniah kepada UMNO Keda yang bakal membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan PAS Kedah.

Kalau dilihatkan dari segi masa, mandat kerajaan persekutuan hanya ada 4-5 Bulan sahaja. Cuma kita nak tanya UMNO Kedah, mampukah nak bongkar semua kelemahan PAS dalam masa singkat ini?

'Gelombang Merah' telah dilancar dah lama dah tapi pihak yang bercakap hebat di UMNO tidak ambil peduli pun. Kini bila di PAU, nak selongkar segala manika kelemahan PAS. 4 tahun yang lalu apa UMNO Kedah buat?

Kes KUIN, SULIHH, balak sehingga MADA menghadapi masalah, dan pelbagai kelemahan telah lama di bongkarkan tapi mereka-mereka yang sepatutnya membawa isu ini sehingga ke akar umbi tidak melakukan apapaun.

Kedah Times agak hairan, kemana pergi jentera-jentera dibahagian-bahagian yang sepatutnya memainkan peranan lebih besar dalam menyalurkan-maklumat tentang kelemahan kerajaan PAS. Apakah mereka sibuk dalam kerja-kerja melobi orang-orang yang teringin sangat untuk menjadi calon PRU13?

Atau disebabkan Kedah berada dibawah pembangkan, maka banyak peruntukan disalurkan dan jentera-jentera tersebut asyik berebut-rebut berapa banyak masing-masing akan dapat dan sebagainya. Sehingga lupa perjuangan asal yang sering dilaungkan bila diberi sedikit semangat.

Sebab itu Kedah Times lihat, ada pemain-pemain politik di bahagian menjadi lebih kaya dari sebelumnya kerana banyak peruntukan yang disalurkan. Tetapi rakyat bawahan tidak merasainya.

Terkini Kedah Times dapati, UMNO sudah mula tidak disebut lagi. Individu lebih diutamakan. Banner-bannner, khemah, streamer dan sebagainya sudah tiada lagi lambang UMNO. Yang terbentang besar ialah gambar individu.

Inilah yang merosakkan UMNO. Dalam setiap urusan dan hal, nama mereka diutamakan, UMNO diketepikan.

Amat malang bagi UMNO jika masih menyimpan pemimpin-pemimpin seperti ini.

29 November 2012

KUALA LUMPUR - Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.
 
 " Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini.

Katanya selepas lebih empat tahun pakatan pembangkang berkuasa di Kedah, pelbagai persoalan timbul, antaranya tindakan kerajaan Kedah yang rakus menebang ribuan hektar hutan balak kononnya untuk menjadikannya ladang rakyat dan dusun tanpa mengambil kira kesan alam sekitar serta bekalan air domestik dan bekalan air untuk petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Othman turut membangkit isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan  negeri, yang kini menghadapi masalah aliran tunai kerana membiayai gaji staf yang tinggi dan penurunan mendadak bilangan pelajar disebabkan kenaikan yuran yang tinggi.

Katanya kerajaan negeri juga gagal dan rugi berjuta ringgit kerana dengan membabi buta melabur di Papua New Guinea dalam projek balak, dan selain itu campur tangan politik dalam perkhidmatan tadbir negeri Kedah (KCS) telah menjadikan pentadbiran negeri kucar kacir dan tidak lancar.

"Bukankah cerita rebutan kuasa menjadi menteri besar Kedah dalam kalangan kepimpinan PAS Kedah menjadi topik lebih penting daripada perancangan memajukan negeri dan rakyat? Bukankah MB Kedah kini meragui kesetiaan dan kewibawaan Exconya sendiri?.

" Pelabur asing juga sudah lari ke negeri lain kerana ketidakupayaan kerajaan negeri mengurus infrastruktur asas di kawasan perindustrian. Bukankah pusat hiburan dan rumah urut bertambah di Kedah?" soal beliau.

Beliau berkata yang terbaharu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, rakyat Kedah diperdaya bahawa Kedah akan mendapat hasil RM20 juta jualan air kepada Pulau Pinang walhal menurut anggota Exco terlibat, mesyuarat antara kedua-dua negeri baru hendak bermula.

"Banyak lagi persoalan akan dibongkarkan bila tiba masanya. Kepada rakyat, kalau pada 2008 marah kepada BN, mungkin kami buat silap. Seperti juga presiden, kami minta maaf. Kami berjanji akan menjadikan Kedah lebih cemerlang dan seperti negara-negeri maju di negara ini. Kita (Umno dan BN) mampu tadbir jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang," katanya. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates