Rabu, 19 Disember 2012

YB YANG MENDORONG AMANAT HADI MENENTANG UMNO


Sebagai seorang bekas pelajar cemerlang Universiti Madinah tetapi cetek pemikirannya, Hadi Awang begitu cepat menghukum. Malah, ilmu yang diperolehinya tidak menjadi panduan kepada beliau.
Sebaliknya nafsu amarah membawa kepada sifat menghukum dan menambah kebencian ahli PAS kepada ahli UMNO hatta sebesar mana kebaikan dilakukan mereka memilih untuk memperlekehkannya.

Kebencian ini ditambah dengan segala hasutan dan sokongan puak-puak pejuang pluralisma agama yang berada dalam PKR dan DAP.

Maka dari itulah hukum dan kebencian ahli PAS bertambah dari sehari ke sehari. Ini adalah kerana nafsu amarah Hadi Awang dalam mengeluarkan kata-kata yang bersifat menghukum.

1. Dalam perenggan pertama amanat Haji Ab.Hadi menyebut sebab-sebab yang mesti ditentang ialah kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah".

2. Sebab yang diutarakan oleh YB. Haji Ab. Hadi itu juga berupa FITNAH; kerana tidak pernah berlaku lagi UMNO dan BN mempertahankan perlembagaan dan segala peraturan yang ditinggal penjajah.  Sebaliknya sudah begitu banyak pindaan dibuat daripada semasa ke semasa ke atas perlembagaan dan peraturan yang ada.  Buktinya sehingga 1995 (Sama ada Akta atau Ordinance atau Kanun) sahaja; 39 pindaan perlembagaan negara sudah pun dibuat. Ertinya apabila dibuat pindaan bermakna itulah bukti tidak mempertahankannya.

3. Apa yang sudah berlaku ialah DUN kerajaan PAS Kelantan telah membawa usul pertahan perlembagaan negeri pada tahun l993. Maka kerajaan PAS Kelantan sahajalah yang mempertahankan perlembagaan tubuh warisan BN dahulu.  Berita Harian 12 April 1993 melaporkan, "Semua ahli dewan berikrar untuk melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan"'. Oleh hal yang demikian berdasarkan hukum yang bersifat fatwa dalam amanat Tuan Guru Haji Ab.Hadi Awang itu maka adalah sepatutnya kerajaan PAS Kelantan itulah yang mesti ditentang kerana dialah yang terang-terang secara rasmi di DUN memperpertahankan perlembagaan penjajah.  Walaupun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas PAS; tetapi apabila terkena batang hidung sendiri diam seriibu erti.  lnilah yang dikatakan hukum  agama PAS bercanggah dengan hukum Allah; kerana penggunaan yang berupa fatwa itu hanyalah kepada orang yang menjadi musuh politiknya tetapi tidak pula ke atas diri PAS sendiri.  Hukum PAS, HARAM untuk orang.
 
4. Satu soalan mesti dijawab mengenai perlembagaan tubuh PAS sendiri.  Jikalau benarlah hukum menggunakan perlembagaan penjajah boleh meniadi kafir, mengapakah PAS juga melelakkan OTORITI Perlembagaan Malaysia begitu tinggi sehingga menjadi kunci perlembagaan tubuh PAS sendiri iaitu fasal (6) USAHA-USAHA:  Lihat pada ceraian (1 1) yang berbunyi:-

"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar" .

5. Dengan peruntukan Fasal 6(11) perlembagaan tubuh PAS ini nyatalah bahawa segala slogan Islam, al-Quran dan negara Islam yang PAS laungkan selama ini hanyalah iklan pura-pura sahaja, kerana sebutlah apa-apa sekali pun hanyalah boleh dibuat apabila dibenarkan oleh perlembagaan negara.  Apakah pimpinan PAS terlupa batas perlembagaan negara ketika hendak melaungkan slogan dan janji? Ini bermakna PAS menipu orang yang tidak tahu, waliyazu billa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates