Pangkah Islam?

Sabtu, 31 Mac 2012
Lepas baca ni berterabor depa kutuk Zulkifli Noordin, tapi jangan harap depa nak jawab apa yang dipersoalkan oleh YB Zul. Standard Penyokong PAS.


PANGKAH ISLAM?
Zulkifli Noordin

Salam 2 all.

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Read Full 0 comments

Mudahnya Umat Islam Di Perbodoh Oleh Akhbar Tajaan Zionis

Segala-galanya dimanipulasi untuk menunjukkan bahawa Umno dan kerajaan mengamalkan sikap anti kristian, tidak kiralah samada ianya benar-benar dari Umno atau tidak, dan berita itu benar atau tidak.

Oleh kerana kebencian yang melampau kepada Umno, dan ilmu yang sedikit, maka mudahlah Akhbar Yahudi menjadikan umat islam sendiri anjing penjaga kepentingan mereka.

Sebab itulah orang seperti Hassan Ali dan Zulkifli Noordin dhina dan dikeji dengan pelbagai cara oleh PAS sendiri.

Tidak ada dalam Islam ajaran kebencian kepada sesuatu kaum atau kelompok. Kebencian hanya boleh kepada perbuatan yang menyalahi larangan Allah semata-mata.

  

Seminar di Johor: ‘Ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam’

Sebelum ini pun portal The Malaysian Insider yang paling kuat memainkan isu-isu berkaitan gereja dengan selalu menggambarkan orang Kristian sebagai mangsa yang ditekan oleh pihak berkuasa — misalnya dalam kes al-Kitab, kalimah ‘Allah’, DUMC, Convent Bukit Nanas, dsb.

Baru-baru ini, TMI nampaknya memusing (spin) isu seminar ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?’

Cerita ini dimainkan hari-hari melalui liputan meluas oleh TMI (lihat screenshot tajuk berita, bawah).






Tajuk seminar dikhabarkan mengandungi ungkapan “ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam”.

Perkataan ‘Kristianisasi’ ialah kata kerja, yakni proses melakukan sesuatu. Dalam konteks ini, ia perbuatan memurtadkan umat Islam serta memasukkan mereka ke dalam agama Kristian.

‘Kristianisasi’ menggambarkan kejadian hasil daripada kegiatan mendakwah dan juga merujuk kepada kegiatan yang dilakukan oleh para mubaligh di Malaysia.

Maka tajuk berita TMI yang berjudul ‘When a religion is labelled a threat’ itu nyata tidak tepat. “Ancaman Kristianisasi” tidak sama erti dengan “Kristian adalah merupakan ancaman”.

Lebih-lebih lagi, cara isu ini diolah oleh portal tersebut seolah-olah sengaja ia dipesongkan/diserongkan serta dipolitikkan, umpamanya dengan dikaitkan seminar dengan Umno [memetik kenyataan Anwar Ibrahim].

Frasa “Christian threat” dan “a religion is labelled a threat” yang digunakan TMI jelas merujuk kepada agama Kristian itu sendiri dianggap sebagai satu ancaman (suatu pemalsuan) walhal seminar tersebut bukannya menyerang agama Kristian.

Perkara yang sebenarnya mahu dibangkitkan ialah kewujudan individu-individu atau kumpulan yang mendakwah kepada umat Islam di Malaysia. Ini tidak ada kena-mengena dengan tiang-tiang ajaran agama Kristian ataupun cara ia diamalkan oleh pengikut-pengikutnya secara umum.

Khususnya perkataan ‘Kristianisasi’ dalam tajuk seminar mengimbas kepada perbuatan sesetengah orang Malaysia tidak mematuhi undang-undang negara yang melarang Muslim diusik. Dalam kata lain, yang menimbulkan ‘masalah’ ialah manusia dan bukannya agama.

Kenapa seminar itu tidak bertajukkan “penganut agama Buddha”, katakan lah, sedang cuba memesong akidah umat Islam? Jawapannya mudah. Sebab penganut agama Buddha tidak menjalankan dakwah.

Akan tetapi adakah benar mubaligh Kristian giat mendakwah di Malaysia?
Jawapannya, ‘Pasti!’

Ramai orang Cina, orang India dan orang asli yang sudah dimasukkan Kristian oleh mereka-mereka itu. Ini fakta sahih.

Persoalannya sekarang adakah mereka-mereka itu begitu berani untuk mendakwah kepada orang Melayu?

NGO-NGO Muslim dipetik oleh media sebagai berkata, “If you look at Buddhists, Indians, they are not aggressive, not like Christians.” Golongan evangelis terutamanya bersikap agresif, kata NGO-NGO tersebut.

Sekiranya ada ketegangan, ianya tercetus akibat pergeseran di antara kaum kerana ada pihak yang melanggar batasan. Keadaan menjadi keruh dan lebih rumit apabila liputan portal-portal berita pro-pembangkang mahu mengadu-domba dan mensensasikan isu.
Read Full 1 comments

Kera Dapat Bunga

Disebabkan mereka hanya pandai bercakap dan berbohong dan tidak tahu buat kerja, benda-benda kecil boleh menjadi kesilapan besar. 

Bukan sahaja di Kuin, malah dipelbagai agensi dibawah kerajaan negeri, dilantiknya golongan tolol menjadi pemimpin, maka tunggulah kehancuran negeri..satu persatu.

Artikel kami petik terus dari McTheory....

 

EKSKLUSIF!! KUIN dan Ustaz Azizan di SAMAN RM3 JUTA Part2


Lepas Jumaat tadi Mc ada post sebuah artikel mengenai seorang peniaga Bumiputra yang menyaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana gagal menjelaskan pembayaran kontrak yang berperingkat kepada beliau. Nak baca boleh klik SINI.

Beliau Shaik Faisol Bin Shaik Yusoff, seorang usahawan bumiputra yang berjaya. Dulunya beliau, seorang usahawan bumiputra yang disegani. Namun setelah mendapat tender dari KUIN. Beliau ingat, itu durian runtuh, rupanya tidak, ia sebenarnya lebih kepada, malapetaka yang memusnahkan kerjaya niaga beliau dalam bidang kontrak dan makanan.



Dulunya beliau mempunyai 7 Outlet beroperasi serentak dalam pelbagai bidang. Namun setelah menghadapi masalah pembayaran dari KUIN. Beliau yang menanggung hutang terpaksa menjual Outlet perniagaannya untuk menampung kos perkhidmatan dan kos bahan mentah bagi menyelamatkan perniagaannya.

Cuba pembaca bayangkan, dari 70 pekerja, beliau sekarang hanya tinggal 3 pekerja dan mempunyai hanya 1 outlet untuk menampung hidup dan keluarga.


Puncanya beliau mendapat mendapat konrtrak Insaniah dari seorang kawan. (Boleh pulak main pilih kroni ya). Beliau bersama KUIN kontrak bermula dari Januari 2009. Kontrak selama 3 tahun, bermakna dari 2009 hingga 2011. Namun yang lawaknya, Agreement hanya bermula dari 26 Feb 2009. Ini bermakna, KUIN bagi kerja dulu, dokumen hitam putih kemudian. Biasa la kerja kira kawan-kawan. Macam tu la jadinya.


Beliau dijanjikan bayaran penuh satu semester RM360,000.00. Namun selama 3tahun, beliau hanya dibayar satu semester sahaja. Maknanya selama 5 semester lagi beliau hanya belanjakan wang sendiri untuk menampung gerak kerja dan perniagaan beliau. Untuk lebih jelas, Mc ada sertakan sekali, dokumen lengkap untuk pembaca belek dan baca.













Masalah pembayaran tu satu hal. Cara pemilihan kontrak juga satu hal. Cara hitam putih kontrak di buat juga merupakan satu hal. Inikah standart profesional dan moral pentadbiran dalam pengurusan KUIN yang diketuai oleh Ustaz Azizan MB Kedah? Kalau macam ni la, macam mana pulak dengan kecekapan beliau mentadbir kerajaan negeri?

Shiak Faisol pernah berjumpa dengan Ustaz Azizan untuk menyelesaikan masalah ini. Namun Ustaz Azizan hanya mengarahkan beliau berjumpa dengan pengurusan KUIN. Pengurusan KUIN pula, hanya menyuruh beliau menunggu untuk dipanggil mesyuarat. Namun kini sudah 5 bulan beliau menunggu, tanpa ada sebarang jawapan dan perhatian dari pihak berkenaan.


Peguam beliau sudah menghantar surat saman ke pejabat MB dan pengurusan KUIN. Namun hingga kini masih belum ada jawapan. Atas sebab demikian beliau berhasrat untuk menyaman dan menuntut kembali ganti rugi yang beliau hadapi.


Sidang media yang beliau lakukan bukan untuk mencari glamor, tapi untuk membersihkan kembali persepsi yang beliau hadapi didalam perniagaan. Biar satu dunia tahu, apa masalah beliau sebenarnya. Dari seorang yang berjaya, kini tinggal nyawa-nyawa ikan saja.



Read Full 0 comments

Currency Wars - Chedet

1. I have been reading a book by James Rickards entitled ”Currency Wars.

2. He writes that he participated in War Games at the Applied Physics Laboratory (APL) located near Washington, D.C.

3. Set up in 1942, after the Pearl Harbour attack, APL brought applied science to improving weaponry.


4. In 2009 the war game was about a global financial war using currencies and capital markets instead of ships and planes. This financial war games was the Pentagon’s first effort to see how an actual financial war might evolve and to see what lessons might be learnt. 


5. James Rickards presented a paper on “the new science of market intelligence, which involves analysing capital markets to find actionable intelligence on the intentions of market participants”.

6. The stated purpose was “to examine the impact of global financial activities on national security issues”.

7. Rickards also gave a presentation on futures and derivatives to explain how these leveraged instruments could be used to manipulate underlying physical markets, including those in strategic commodities such as oil, uranium, copper and gold.

8. He writes, “There is a far more insidious scenario in which currencies are used as weapons, not in a metaphorical sense but in a real sense, to cause economic harm to rivals. The mere threat of harm can be enough to force concessions by rivals in the geopolitical battle space”. (Globalisation and State Capital – page 145)

9. When the Ringgit depreciated in value, the financial and economic experts including those in Malaysia, blames it on bad financial management and contagion. When I suggested that it was due to deliberate action on the part of currency traders to devalue the Ringgit to undermine the Malaysian economy, this was dismissed.

10. Had we failed to handle the crisis, had the economy collapsed, the Government would have to resign. The action taken by the Deputy Prime Minister and Minister of Finance at that time to apply the IMF solution without the IMF would have hastened the collapse. But our unorthodox solution prevented the collapse from taking place and we recovered. Otherwise there could have been a regime change.

11. Whatever, the fact is that the U.S. is aware that a currency war can achieve political objectives just as well as a military war. The idea that the attack against our Ringgit was deliberate is not too farfetched. The Western Press and Government leaders in certain countries had made it clear that they desired to bring down the Government of that time for very many reasons.

12. Towards this end they have used NGOs and funds as they are doing in Egypt now.
Read Full 0 comments

BAPA KORUPSI

Jumaat, 30 Mac 2012
Jika kita amati dengan secara terperinci, tiada perbuatan pelik yang Anwar tidak pernah ceburi.

Seks dengan wanita. Seks dengan lelaki. Seks dengan pelacur. 

Bercakap bohong. Menipu. Menyeleweng ajaran Islam dengan Pluraismanya. RASUAH seks. RASUAH wang. RASUAH jawatan. RASUAH kata-kata manisnya. Dan pelbagai jenis RASUAH lagi yang tidak dapat disebut disini.


Tetapi yang menariknya beliau tidak pernah merasa bersalah di atas apa saja kerosakan yang dilakukannya. Malah hidpunya selamba saja, seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam hidupnya boleh dikatakan salah atau hina di segi agama.

Inilah Anwar Aljubiri seperti yang dilabelkan oleh Mat Sabu. Inilah Anwar Ibrahim yang disuruh bertaubat oleh Karpal Singh. Inilah Anwar Ibrahim yang dipuja oleh BadrolAmin sebagai imam Mahdi. Inilah Anwar Ibrahim yang dilabel oleh Umi Hafilda sebagai dajjal. Anugerah Tuhan oleh isterinya sendiri...

Itu semua tidak menjadi hal bagi Anwar; yang penting beliau dapat kuasa. Kerana dengan adanya kuasa, semua perbuatan keji dapat dihapuskan. Bagi dia memohon ampun tidak dapat menghapuskan segala dosa perbuatan kejinya, sebaliknya kuasa adalah segalanya.

Anwar ... Anwar ... yang disanjungi PAS, kemusnahan anda semakin hampir. Bersedialah menerima kenyataan.

SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.


Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.


Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.


Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.


Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.


DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.


Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.


Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.


Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.


Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.


Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.


Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.


Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.


Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.


Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?


Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. 


Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.


Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.
Read Full 0 comments

Ketelusan Ala PR

Mereka sanggup lakukan apa saja demi menjatuhkan orang lain. Mereka sanggup jadi hamba demi melihat kejatuhan orang lain.

Dalam kes Lynas, mereka sanggup menerima dana dari luar demi merosakkan imej dan seterusnya menjatuhkan pihak lain.

Tetapi jika kena kepada batang hidung mereka, mulut dikunci, mereka diam membisu tanpa bicara. 

Itulah PR - perosak rakyat.


Kedah Times hairan mengapa tiada demo, tiada dana luar diminta, tiada suara sumbang kedengaran apabila sisa toksid dikeluarkan dalam produksi Solar panel di Kulim dan juga di Batu Kawan. 

Inilah yang dikatakan TRANSPARENCY dalam pakatan Rakyat. Orang lain kita bangkang, kita punya, diam saja....


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.
Read Full 0 comments

HAPUSKAN MUSUH ISLAM

Persoalan yang sering Kedah Times tertanya-tanya ialah KENAPA masih ada orang Islam terutama dari PAS dan PKR menyokong mamat gila kuasa dan agen Yahudi ini?

Pada Kedah Times, mamat ini sudah tiada lagi asas perjuangan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Mamat ini sudah menjadi champion kepada semua agama. Bagi dia semua agama adalah sama saja. Cuma yang disembah saja yang berlainan.

Maka sebab itulah segala tindak tanduk dan percakapan mamat ini sudah tidak menunjukkan dia sebagai seorang Islam. 

Ajaran Islam dipermainkan sebegitu rupa oleh mamat ini. Ajaran Islam diikuti jika hanya sesuai dengan kehendak hati saja.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Masih wujud manusia yang mengaku mengucap 2 kalimah syahadah menyokong gerakan yang dibawa mamat ini? Kenapa?

Read Full 1 comments

Kedah Times mendapat banyak rungutan tentang pegawai-pegawai kerajaan yang bergiat aktif berceramah, mengadakan aktiviti-aktiviti parti dan sebagainya. 

Tetapi nampaknya yang paling aktif atau menonjol ialah pegawai-pegawai yang bergerak aktif dalam parti pembangkang. Jika yang bergerak aktif untuk parti pemerintah tu Kedah Time kira OK juga sebab sekurang-kurangnya mereka berterimakasih kerana masih boleh bekerja dan dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah.

Yang peliknya ialah yang mengambil upah atau gaji setiap hari kerjanya memburukan dan berhasrat menjatuhkan YANG MEMBERI UPAH/GAJI. Tak pelik ka?

Pak Ali ada 10 ekar ladang getah. Dek kerana Pak Ali perlu buat kerja lain, maka dipuah Ahmad menoreh pokok tersebut. Tetapi Ahmad setiap hari memburukkan Pak Ali. Tetapi bila sampai kepada hal-hal duit Ahmad sapu semacam saja. 

Begitulah penjawat awam yang bergerak aktif dapalam parti pembangkang.

Di sekolah, di pejabat kerajaan dan tak lupa juga di GLC, wujud ramai talam dua muka yang membawa agenda membenci kerajaan. Di depan pihak atasan merekalah penyokong kuat, tapi dibelakang ditikamnya sehingga hancur.

Kedah Times sarankan supaya kerajaan BN hantar spy-spy ke dalam agensi-agensi kerajaan dan GLC. Buat kajian tentang paten pemikiran penjawat-penjawat awam dan GLC ini. 

Yang Kedah Times selalu jumpa ialah mereka ini sudah tak keisah sangat siapa jadi kerajaan. Jika satu pihak janji bulan dan bintang maka itulah yang mereka pilih. Kerana mereka rasakan yang tiada apa-apa yang bakal berlaku jika bertukar kerajaan.

Dan lebih extrem lagi ialah penjawat-penjawat awam dan GLC yang terus membenci kerajaan sedia ada. Ini yang membahaya.

Panas !!! Kerana kepentingan politik seorang guru sangup menerapkan rasa benci terhadap kerajaan Malaysia


Setelah mendapat maklumat dari seorang blogger dalam Team Media Kedah ( kamera kupang ) kelmarin,Pisau Kedah terus mencari maklumat di Baling berkenaan dengan seorang guru yang bernama Ustaz Hilmi b Abd Wahab,tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling yang beria-ia akan bertanding di dun Kupang,


Pisau Kedah dapat tahu Ustaz Hilmi ni giat berceramah politik untuk menjadi calon PRU13 nanti,sebagai seorang guru dia sepatutnya membuat pilihan,sama ada menyayangi tugasnya sebagai guru dan memberi tumpuan pada mengajar pelajar-pelajar sekolah atau terus bergiat di dalam bidang politik dan meletak jawatan sebagai seorang guru,

Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Baling 
Pejabat Pendidkan Daerah (PPD)  Baling sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ustaz Hilmi..apa yang Pisau kedah dapat maklumat,,Benarkah Ustaz Hilmi cuba menerapkan sikap benci pelajar terhadap Kerajaan Malaysia??...sekiranya benar mengapa PPD terlepas pandang perkara begini?? Kerajaan Malaysia yang membayar gaji kepada Ustaz Berkenaan bukan untuk Ustaz berkenaan berpolitik di dalam Sekolah,walau pun Ustaz Hilmi ahli PAS,sepatutnya Ustaz berkenaan perlu amanah dengan tanggungjawap yang telah di berikan kerajaan untuk mengajar ilmu kepada pelajar-pelajar,


Ustaz Hilmi perlu jujur,kalau dia tak sukakan kerajaan Malaysia pimpinan BN..eloklah lepaskan jawatanya dalam kerajaan,jangan rosakan pemikiran kanak dengan politik kotor yang di bawa Pakatan haram,,letak jawatan sahaja kerana masih ramai yang berkelayakan inggin menjadi guru...

Read Full 1 comments

Kolej Universiti Insaniah: Bakal ditutup?

Khamis, 29 Mac 2012

Kedah Times tak anggap dan tak mungkin merasakan yang KUIN bakal ditutup.

KUIN merupakan sebuah institusi swasta yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN dulu. KUIN amat berkait rapat dengan Maktab Mahmud yang mana cawangan Maktab Mahmud ditubuhkan di setiap daerah.

Kebanyakan pelajar-pelajar cemerlang KUIN datang dari Maktab-maktab Mahmud ini serta dari sekolah-sekolah agama yang lain.

Jika ditutup, maka amat rugilah orang Kedah kerana Kedah memiliki sebuah Kolej Islam yang sedang mengukir nama di Malaysia dan Dunia. Sehingga IDB menyokong dan bersama KUIN dalam membentuk dan mempromosikan pengajian-pengajian tertentu kepada umat Islam seluruh dunia.

Sebagai sebuah Kolej yang asalnya ditubuh untuk menawarkan pengajian Islam (Syariah, Usuluddin, B. Arab dan Fekah), Kedah Times merasakan yang KUIN patut pegang kepada asas tersebut. Perkukuhkan dulu fakulti-fakulti berkaitan supaya ianya menjadi PILIHAN UTAMA pelajar bidang Islam.

Kemudian apabila sudah kukuh dan dikenali dengan kehebatan fakulti-fakulti tersebut, maka KUIN bolehlah mula mengorak langkah kepada fakulti-fakulti lain seperti perubatan, pengurusan atak teknikal.

Jika terlalu gelojoh untuk menubuhkan semua fakulti, walhal sumber kewangan terlalu amat kecil, maka kemungkinan apa yang dikatakan di bawah mungkin boleh terjadi.

Disamping itu, sokongan kerajaan Persekutuan juga perlu diambil kira. Kerana bentuk geran atau fund boleh dipohon untuk memantapkan lagi fakulti-fakulti yang menjadi tonggak kepada KUIN.

Dan mereka-mereka yang oppotunis yang berada di dalam KUIN perlu disingkirkan supaya KUIN boleh menjadi sebuah Kolej Universiti Islam yang dipandang tinggi.

Cuma Kedah Times nampak KUIN semakin lari dari arah tuju penubuhan asalnya iaitu memberi peluang kepada pelajar-pelajar jurusan Islam dari maktab mahmud dan sekolah agama lain di Kedah untuk mengembangkan lagi pengajian Bidang Islam mereka. Belumpun semua ini dimantapkan, sudah wujud fakulti-fakulti yang bakal menelan kos yang tinggi untuk penubuhannya.

Sepatutnya KUIN mengeluarkan graduan-graduan yang bila universiti luarnegara lihat sebagai graduan first class dalam bidang Islam bila mereka berhasrat untuk melanjutkan ke peringkat lebih tinggi. Maka kemudian bolehlah KUIN bergerak selangkah lagi membentuk fakulti-fakulti lain.

Apa-apa pun dalam keadaan sekarang Kedah Times harap pengurusan KUIN lebih professional dan fokus. Dengan sumber kewangan yang terhad, inilah yang perlu KUIN lakukan. 

Tidak lupa parasit-parasit yang hanya menghabiskan duit KUIN perlu juga disingkirkan.

NEGERI KEDAH BAKAL DILELONG OLEH PAS KEDAH

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. 


Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180 juta. Difahamkan juga BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat pinjaman dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340 juta dan Kerajaan Negeri Kedah diwartakan sebagai penjamin pinjaman ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00


Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20 juta. Persoalannya, dari manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak cari RM62 juta untuk menyiapkan KUIN?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62 juta, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM82 juta hanya untuk pembangunan ini sahaja.

Kalau macam ni la gayanya, boleh  muflis Kerajaan Kedah. Dikhuatiri satu hari kelak negeri Kedah adalah negeri yang pertama di dalam dunia akan dilelong untuk membayar kembali hutang bank tersebut. 

Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikiaq”.


TIDAK ADAKAH SECEBIS SIMPATI PADA MASA DEPAN MEREKA?

Sebelum ini hanya 4 kursus yang ditawarkan untuk pengajian di KUIN iaitu Usulluddin, Bahasa Arab, Syariah dan Fekah dan ianya ditadbir oleh golongan ulama’. Tetapi setelah bertukar kerajaan sebanyak 44 kursus telah ditambah sedangkan penuntut tiada. Bukankah ini satu pembaziran? Golongan petadbir pula ditukar dari golongan ulama’ ke golongan professional. Dimanakah Islamnya itu?

Pembelian mayat sebanyak 5 mayat untuk fakulti perubatan telah menjadi satu pembaziran kerana tiada penuntut. Difahamkan 1 mayat dianggarkan sebanyak RM175,000 X 5 = RM875,000 sudah dibazirkan wang rakyat.

Bagaimanakah hendak membayar hutang bank jika tiada penuntut dan tiada pendapatan yang mengalir masuk ke akaun KUIN? Alamatnya KUIN bakal dilelong tatlama lagi….Apakah nasib anak bangsa kita yang belajar di situ?
Read Full 1 comments

Speaker : Pengurus Persidangan DUN


Ini apa yang berlaku di DUN negeri yang diperintah PR.

Speaker yang beraksi sebagai moderator, orang tengah, pemudahcara, atau apa saja nama yang boleh kita panggil, tetapi tugas hakiki beliau ialah mengelolakan dan menguruskan sidang DUN supaya berjalan dengan baik, menghasilkan resoluri atau keputusan yang menguntungkan rakyat.

Tetapi sebaliknya berlaku dimana Speaker memberi arahan kepada ADUN-ADUN yang bersidang supaya 'potray' kepada ADUN dan rakyat yang mereka adalah yang terbaik supaya kuasa tidak terlepas dari tangan mereka pada PRU kelak.

Ini di Selangor. Di Kedah, mungkin berat sebelah berlaku tetapi tidak seteruk di Selangor. Mungkin di Kedah ADUN-ADUN nya baik-baik. Bersidang pun mungkin sambil minum kopi o atau sebagainya. Kedah Times tak tahu kerana tak pernah masuk sidang DUN. Malahan tidak ada seorang ADUN pun pernah teringin nak cerita apa yang berlaku dalam sidang DUN Kedah. Yang cuba mereka nak cerita ialah kisah-kisah yang nak 'promote' diri sendiri. Boleh belahhh ... kata Kedah Times.

Speaker Memihak: Teng atau Khalid Yang Perlu Bertanggungjawab?

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR dan Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.

“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Peranan Speaker

Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.


Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan dan tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.


Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil dan bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan dan ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender dan kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

Ketelusan dan keadilan

Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.



Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.
Read Full 0 comments

Santai Blogger

Semua blogger dijemput ke Program Santai Bersama ADUN Kuala Nerang.



Tarikh         : 31 Mac 2012
Masa          : 11 Pagi
Tempat    : Perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Padang Terap. Kediaman yang pernah didiami oleh Bekas PM Pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman

Acara akan disulami dengan jamuan kenduri kampung, sessi dialog, bacaan sajak, sikaneka dan persembahan hiburan.

Dijemput ramai-ramai.
Read Full 4 comments

3rd April 2012: Three Years Of Excellence


Kedah Times petik sikit laporan tentang tindakan dan kejayaan yang telah dicapai selepas 3 tahun lebih mengambilalih tampuk pemerintahan.

Jika kita lihat negeri-negeri dibawah pemerintahan PR, mereka masih tercari-cari apa yang nak mereka lakasanakan dalam negeri-negeri mereka.  Kelantan yang sudah 20 tahun lebih diperintah PAS masih lagi kelabu asap apa yang mereka patut laksanakan untuk mensejahterakan rakyat mereka.
Apa yang mereka tahu ialah menjual tanah, tebang balak dan mendodoikan rakyat dengan petikan-petiakn ayat AlQuran supaya berserah kepada Allah SWT sahaja.

Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memaju kejayaan rakyat dan negeri asyik berebut harta perang dan kuasa.

Sebaliknya DS Najib sudah mula membawa Malaysia ke satu era baru yang bakal menyaksikan perubahan ketara dalam ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya untuk rakyat dan negara. Itu baru 3 tahun, bayangkan kalau kita beri lagi 2 atau 3 penggal.

InsyaAllah, Malaysia bakal menjadi negara Islam maju dan progresif. Ini yang amat ditakutkan oleh musuh Islam. Mereka takut jika Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia Islam. Negara yang bakal menyatukan umat Islam.

Sebab itu mereka sudah menanam agen-agen mereka di malaysia untuk menghancurkan hasrat rakyat dan pemimpin negara.
We often hear complaints about how time is getting shorter and that it is hard to get anything done in a day. Years passed by so suddenly that we barely notice that our child has turned into a teen. A year, basically feels like a month especially when we talk about putting our plans into work or even draw a plan itself.

For leaders, 3 years is usually considered as mere ‘warming up’ stage. Putting things and people at their right places, drafting goals and drawing plans and eventually implementing them sometimes would take more than three years. Sometimes a leader can only see the results after he has retired and sometimes won’t even have a chance to see his plans being executed at all.

However, such is not the case for Datuk Seri Najib Tun Razak. He has been warming up long enough, in fact since his childhood days as he witnessed his father serving the people day in and day out as Prime Minister.

Therefore, Datuk Seri Najib has been in full gear when he was assigned to the cabinet at the age of 25 as Deputy Minister of Energy, Telecommunication and Post in 1978.

When he succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009 as Prime Minister, Datuk Seri Najib was more than ready to make things happen for Malaysia. In order to do that, he has been whole-heartedly serving us with undoubted dedication and commitment. And come this 3rd April 2012, which is exactly three years in power, Datuk Seri Najib is not only able to witness how his ideas are being implemented, but how some of them have actually shown positive results. In other words, he not only got to witness the process of transformation, but the final transformed products itself.

In his Government Transformation Plans (GTP), Malaysian government has implemented many measures to increase transparency and government accountability. These measures include the use of Key Performance Indicators (KPI) to hold ministers accountable for their work, using new media such as Twitter and Facebook to communicate with citizens about happenings in the government, opening previously closed government tenders to increased public participation and scrutiny, and soliciting public feedback on government spending.

In merely 3 years, Datuk Seri Najib’s hard work and brilliance can be judged clearly from the table below:

GTP performance 2010 and 2011
NKRA Overall Performance
NKPIs
2010 (%)
2011 (%)
Urban Public Transport
107
108
· Introduction of Bus Expressway Transit (BET) services has resulted in 547,669 passengers using bus routes.
· 30 new four-car trains on the Kelana Jaya LRT Line has increased rail ridership by 13%
· Opening of a new integrated transport terminal at Bandar Tasik Selatan that has diverted over 500 buses away from the Kuala Lumpur city centre daily
· Old Puduraya terminal has been refurbished and renamed Pudu Sentral.
Crime
168
130
· Street Crime reduced by 39.7%
· Index Crime reduced by 11.1%
· Reduction attributed to omnipresence programme and public and police partnership
· Malaysia has also been ranked 1st both in terms of safety and security in South East Asia by Global Peace Index, and 1st amon gst 19 middle income countries by World Justice Report.
Rural Basic Infrastructure
91
123
· 1013.4 rural roads were built and upgraded across the country resulting enhanced road connectivity
· 73,227 additional houses supplied with clean or treated water
· 27,004 additional houses connected with 24-hour electricity supply
· 14,365 houses for rural poor built or restored
· Affecting the lives of more than 3 million Malaysians living in rural areas (2 million in 2010, 1 million in 2011)
Education
156
188
· The Education NKRA was conceived to safeguard our nation’s future by developing the minds, talents and capabilities of the next generation in a more advantageous manner as we move towards these ambitions
· In order to make quality basic education more accessible to all students, more than 3, 000 pre-schools classes has started in 2011. This saw the pre-school enrollment rate of 77%
· Via the LINUS (Literacy and Numeracy) Programme, Primary 2 students have achieved a 97.5% rate for literacy and 98.6% rate for numeracy in the second screening this year
· The start of 2011 saw the introduction of the School Improvement Programme, a new initiative which helped all 10,000 schools throughout Malaysia to improve their performance, thereby elevating the overall school system
· For the first time in Malaysian history, a national pre-school information system (Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan) or SMPK was developed to collate data on pre-schools and students
Low Income Household
79
103
· Having achieved the target of taking more those 44,000 households out of the extreme poverty category last year, the focus in 2011 is ensuring more poor households participated in the 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) programme.
· The 1AZAM programme centres on providing economic opportunities that enhance the productive capacity of low-income households so that they are lifted out of poverty and become self-sustaining. To date, 66,243 poor households are participating in the 1AZAM programme.
· 2011, also saw another new NKPI being introduced – that of ensuring 100% of the backlog cases pertaining to eKasih verification had been processed (eKasih is the sole designated database for low-income households). To date, 81,000 backlog cases pertaining to eKasih verification has been processed
· 1, 000 women entrepreneurs have been developed
· 2,465 abandoned houses restored and 2,500 Rumah Mesra Rakyatbuilt.
Corruption
121
134
· Building blocks are in place to combat corruption
· Introduction of the Whistleblower Protection Act. Under the provisions of the Act, the whistleblower will have confidentiality of identity, immunity from civil and criminal action, as well as other detrimental action.
· Implementation of Corporate Integrity Pledge (CIP) which is a documented pledge by corporations to commit to upholding the Anti-Corruption Principles for Corporations in Malaysia. In 2011, 64 companies have committed to the pledge
· In addition to that, the Ministry of Finance has issued an Integrity Pact directive for all project tenders. Under the pact, bidders are to refrain from offering, demanding or accepting bribes to influence procurement decisions. The MRT Project is the first project to implement an enhanced Integrity Pact with the Auditor’s-General Chambers acting as the oversight body.
Overall Composite Scoring
121
131

Datuk Seri Najib is also quick to react to the rising cost of living. In order to ensure that it would not affect the rakyat, from 2010 to July 2011 alone, a total of RM36.7bilion was spent on cash hand-outs, subsidies and other form of assistance to the rakyat. Among the initiatives introduced under CoL are Kedai Rakyat 1Malaysia, 1Malaysia Rakyat Menu, 1Malaysia Clinics and Bantuan Rakyat 1Malaysia.

It is a shame that despite all these, the Oppositions of Malaysia continue to deny the goodness and the blessings that we consistently enjoy in Malaysia under the care of our leadership. Instead of spreading words about their accomplishments, the Oppositions keep trying to demean and degrade whatever that Datuk Seri Najib has achieved.

However, the facts laid out above and before our eyes are undeniable no matter how hard they try. Because figures don’t lie. But the Oppositions - the enemies of Datuk Seri Najib, do.

And lie is all they can do as they have proven to the rakyat that in 3 years, the Oppositions have not accomplished anything significant at all, in all 4 states under their rule. 
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates