Hukum DEMO

Isnin, 30 April 2012
Banyak ulasan dan video yang diteliti Kedah Times tentang hukum berdemonstrasi ini. Terutama yang diketuai oleh bukan Islam.

Apakah hukum orang Islam menyertai demo yang diketuai oleh bukan Islam? Ini soalan UMUM. Maka jawab mungkin juga umum.

Bagaimana dengan soalan ini. Apakah hukum menyertai Demonstrasi yang diketuai kafir (bukan Islam) yang mendokong LGBT, pemurtadan orang Melayu Islam, Kafir yang ingin merampas kuasa pemerintahan dari orang Islam dan disertai lelaki perempuan bukan muhrim dan segala jenis manusia yang tidak beriman?

Itu sepatutnya soalan yang dilontarkan kepada ulama-ulama terkenal. Tambah sikit lagi soalan itu. Apa hukum jika tujuan datang hanya untuk berseronok merosakkan harta benda awam, kerajaan dan menyusahkan rakyat lain?

Dan kemudian baru tunggu dan dengar jawaban dari mereka.

Walaubagaimanapun Kedah Times berani kata yang pemimpin-pemimpin PAS akan tetap jawab boleh kerana mereka berharap akan dapat political mileage dari demo ini.

Tetapi jika ulamak yang tidak berkepentingan politik atau yang ikhlas berjuang untuk Islam, mereka akan kata HARAM menyertai demo ini.

Kita lapangkan dada, kita minta petunjuk ALLAH, kita fikir betul-betul. Apakah boleh kita sertai DEMO BERSIH yang rata-rata dipenuhi agenda jahat kafir?
Read Full 0 comments

BERSIH: Demo ajakan Syaitan

Kedah Times sudah mengagak yang datang berdemo adalah samseng-samseng yang diupah atau mereka yang hatinya penuh dengan kebencian dan kemarahan.
 
Jika hati sudah dipenuhi dengan kebencian dan kemarahan, maka syaitan sudah mengawal sepenuhnya pemikiran dan tindak tanduk mereka-mereka tersebut.

Ditambah lagi dengan ketua mereka yang terang-terang kafir dan melawan hukum Allah yang menegah LGBT.

Tak lupa juga apabila ditambah dengan fatwa-fatwa songsang Nik Aziz, Mat Sabu dan Mahfuz, maka bertambah marah dan bencilah mereka-mereka yang hadir. Terutama Unit Amal yang ditubuhkan bukan untuk beramal makruf tetapi lebih kepada mungkar.

Inilah jadinya.


Ambiga Akui Gagal Kawal Peserta Demonstrasi
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral di sini, Sabtu.


Diminta mengulas mengenai kemungkinan kegagalangannya mengawal emosi peserta demonstrasi akan dijadikan alasan pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan yang sama pada masa akan datang, Ambiga berkata pihak polis perlu menyiasat secara terpeinci mengenai insiden berkenaan.

"Bagi sesiapa yang melanggar sekatan, polis perlu lakukan siasatan penuh dan mereka patut berhadapan dengan tindakan undang-undang. Kami akan beri kerjasama penuh bagi mencari siapakah punca kejadian merempuh penghadang polis.

"Itu bukan sesuatu yang kami galakkan, ia bertentangan dengan apa yang kami nak lakukan...kami tak tahu apa yang buatkan mereka melanggar penghadang.

"Kami cuba lakukan yang terbaik untuk kawal kehadiran penyokong yang ramai."

Ditanya mengenai tindakan peserta demonstrasi melaung sorakan menyokong parti parti politik tertentu khususnya pembangkang, Ambiga sekali lagi mengakui ia merupakan perkara yang sukar dikawal.

"Pada kami kata tak ada laungan anti atau pro parti politik. Kita telah keluarkan garis panduan bahawa tak ada sesiapa boleh laungkan kenyataan anti atau pro mana-mana parti politik.

"Tapi kalau mereka buat, tak ada yang boleh kita lakukan. Kalau saya sendiri dengar, saya akan minta mereka hentikan, tapi malangnya saya tak dengar," katanya.
Read Full 1 comments

Realiti dan Penipuan

Ada dua gambar berlainan yang diambil pada satu masa.

Logik ka atau tidak logik?

Kita perhatikan gambar yang telah di super impose oleh pihak yang merasakan pendemo mencecah 300,000 orang. Termasuk Anwar Ibrahim kaki kelentong.

Begitu hebat propaganda ajaran zionis yang dibawa mereka.

Matlamat menghalalkan cara ...


Read Full 0 comments

Xenophon: Pemantau Bersih 3.0 Yang Anti Islam


HUBUNG kait Anwar dengan organisasi yang jelas ada kaitan dengan yahudi (anti Islam), memang sudah diketahui ramai..  Menjadi persoalan yang besar di kalangan kita, kenapa Anwar gemar berhubung secara langsung dengan puak-puak yang anti Islam dalam menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa.

Tidak terkecuali ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas.  Disitu pun Anwar meletakkan seorang ahli  Parlimen Bebas Australia yang diketahui mempunyai hubungan rapat denganntya sebagai salah seorang pemerhati antarabangsa perhimpunan haram tersebut.

Yang penulis maksudkan ialah Senator Nicholas Xenophon dari Australia.

Kebencian Xenophon kepada Islam bukanlah perkara baru.  Dalam satu perbahasan di Parlimen Australia pada 17 November 2009, Xenophon dipetik sebagai berkata “Islam is not a religious organization.  It is a criminal organization that hides behind it’s so called religious belief” (Islam bukan pertubuhan agama.  Ia ada pertubuhan jenayah yang berselindung di sebalik apa yang dipanggil sebagai kepercayaan agama).

Justeru, sikap anti Islam sudah terkenal di pelusuk dunia dan peliknya orang ini jugalah yang dilantik Anwar Ibrahim untuk mengawasi perjalanan demonstrasi Bersih 3.0.  Penulis tidak pasti setakat mana Xenophon ini memantau situasi perhimpunan pada 28 April 2012 kerana Anwar sendiri pun kelihatan buat beberapa ketika, sebelum hilang entah kemana setelah memberikan arahan untuk para perusuh merempuh halangan polis.
Yang kononnya memantau apatah lagi.

Sama ada Xenophon benar-benar memantau keganasan oleh perusuh Bersih 3.0 pada hari tersebut bukanlah persoalannya, sekurang-kurangnya bab yang terpenting.  Persoalannya utamanya ialah, kenapa Anwar seringkali dilihat bersekongkol dengan puak-puak yang diketahui anti Islam?  Sebelum ini pun Anwar seringkali dikaitkan individu yang diketahui memusuhi Islam antaranya arkitek peperangan palsu Amerika di Iraq, Paul Wolfowitz.

Tidak adakah di kalangan lebai-lebai PAS yang mahu bertanyakan soalan tersebut?

Buat pengetahuan semua, ini bukan kali pertama Xenophon bersusah payah datang ke Malaysia membantu Anwar.  Pada Januari 2011, ketika Anwar digantung dari parlimen Malaysia kerana gagal menunjukkan bukti APCO International adalah pertubuhan yahudi, Xenophon datang ke parlimen Malaysia memberikan sokongan moral kepada Anwar.
Sumbernya disini.

Dari pautan yang sama juga, jelas menunjukkan bahawa Xenophone bukan setakat anti Islam, dia juga adalah penyokong kuat perkahwinan sesama jenis di Australia!!

Anwar pula adalah seorang pemimpin yang diketahui mempunyai kegemaran kepada pintu belakang, melebihi pintu yang depan.  Selain niat hatinya untuk menghapuskan undang-undang anti homoseksual di Malaysia jika berjaya menawan Putrajaya.  

Adakah ini suatu kebetulan atau memang kerana kedua-duanya sama padan?

Semua inilah yang perlu diperhalusi dengan dekat oleh rakyat Malaysia yang begitu ghairah menyokong Anwar, antara lain kerana begitu pasti bahawa dia juga adalah seorang pemimpin Islam sejati.  Kita tidak boleh mengambil mudah perhubungan yang seumpama ini kerana jika salah langkah, Anwar boleh membawa negara ini ke jalan kehancuran.

Kedah Times : Masih tak faham kenapa PAS begitu sayang Anwar Ibrahim. Adakah kerana Islam atau kerana gilakan Kuasa?

Read Full 0 comments

PAKATAN RAKYAT MAHU HANCURKAN MALAYSIA


Kejadian mencederakan anggota polis serta merosakkan kereta peronda oleh perusuh Bersih 3.0, Sabtu lalu, telah menyerlahkan wajah sebenar penganjur perhimpunan haram tersebut.

Lebih-lebih lagi ia mendedahkan agenda sebenar pihak pembangkang yang menjadi dalang rusuhan jalanan yang kononnya untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih.
 
Agenda utama pembangkang tidak lain tidak bukan pada hari itu ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Melihat kepada keadaan sekitar Kuala Lumpur selepas rusuhan oleh peserta Bersih yang mengganas dan bertindak di luar tata susila sebuah masyarakat yang bertamadun yang hidup di dalam sebuah negara yang berdaulat, menjurus rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah ini bentuk pemerintahan sekiranya pembangkang berkuasa?

Pembangkang terutama ketuanya, Anwar Ibrahim menaruh penuh keyakinan bahawa dunia akan menyokong perjuangan mereka.

Tetapi melihat apa yang telah dilakukan oleh peserta Bersih, besar kemungkinan masyarakat antarabangsa yang bencikan keganasan akan turut melabelkan Bersih dan pembangkang sebagai golongan perosak dan penganas.

Daripada keyakinan memburuk-buruk kerajaan Malaysia kini Anwar dan kuncu-kuncunya menerima bahana kutukan dan cacian rakyat yang melihat betapa ganasnya peserta Bersih pada hari Sabtu lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasen telah menipu pihak berkuasa dengan berjanji bahawa perhimpunan mereka adalah aman dan berhemah.

Sebaliknya, apa yang berlaku peserta Bersih bertindak ganas seperti orang hilang akal dan melanggar setiap janji yang mereka lafazkan.

Tidak ada duduk dan babtah seperti yang dijanjikan, malah penyokong pembangkang merusuh dan merempuh hadangan di Dataran Merdeka.

Pihak polis memberi arahan tidak ada sebarang perarakan diadakan, tetapi apa yang berlaku Ambiga memberi arahan supaya peserta Bersih bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Apatah lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan lantang membakar hari penyokongnya supaya merempuh dan masuk ke Dataran Merdeka secara ganas.

Hati rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tergurus apabila melihat anak-anal muda Melayu yang sepatutnya menjadi generasi harapan bangsa, bertindak memukul anggota polis yang sebangsa dengan mereka tanpa belas kasihan.

Dalam pertembungan perusuh dengan pihak keselamatan, pihak yang menangguk di air keruh ialah DAP.

Melihat kepada kehadiran mendadak kaum Cina pada perhimpunan haram kali ini berbanding dengan Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, bolehlah dikatakan DAP dan penyokong-penyokong Cina telah berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu dari PKR dan PAS untuk menjaakan agenda licik mereka.

Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.

DAP hanya menunjukkan sokongan kepada PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana mahukan kuasa ang lebih besar setelah berjaya menawan Pulau Pinang.

Agenda pertama DAP jika mereka berkuasa di Malaysia ialah untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi pelindung dan tunggak kedaulatan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Seterusnya DAP mahu memansuhkan apa jua institusi yang ada kaitan dan kepentingan Melayu dalam senua bidang seperti MARA, UiTM, MRSM, PNS, PUNB, Tekun dan sebagainya.

Anwar akan membenarkan perkara ini berlaku kerana inilah syarat utama sokongan DAP kepadanya.

Yang penting bagi Anwar ialah memastikan agenda Zionis-Yahudi dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia tanpa memperdulikan hidup mati bangsa Melayu.

Kerajaan dan pihak polis menunjukkan sikap cukup berlembut kepada peserta Bersih sehinggalah mereka sendiri bertindak di luar batas undang-undang.

Anwar, Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain wajib dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas rusuhan yang berlaku.

Kini Ambiga tidak menolak kemungkinan terus mengadakan perhimpunan haram selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Bak kata peribahasa Melayu, pembangkang sudah 'banyak lemak' dan kini sudah tiba masa untuk bertindak tegas terhadap mereka sebelum negara terjerumus dalam kancah kehancuran.
Read Full 1 comments

Snippet : Kedah Times


Ini selingan saja.

Bukan apa, Kedah Times dapati banyak komen yang mengatakan Kedah Times ni puak pencen yang dok mengadap komputer dan tak tau apa.

Ada komen yang mengatakan mereka tak kenal pun Kedah Times. Disebabkan tak kenal, maka mereka dengan sewenang-wenang boleh kata apa saja mereka nak kata.

Itulah manusia. Tak kenal maka tak cinta.

Ini siri ulangan. Kedah Times memang tidak menonjolkan diri kepada sesiapa. Tak ramai pun dikalangan blogger atau individu yang kenal siapa sebenar Kedah Times. Dulu ramai anggap Sobri Sudin adalah Kedah Times. Tapi sebanarnya Sobri Sudin hanya penyumbang kepada Kedah Times. Sekarang beliau sudah kurang menyumbang.

Jadi sebab Kedah Times tak tonjol atau kenalkan diri, maka kami tak kisah kalau tak dijemput atau diberitahu untuk apa-apa program pun. Dan kami tak pernah berkecil hati. Jujur dan ikhlas.

Tapi janganlah sesuka hati buat statement secara general tentang blogger Kedah. Serba sedikit Kedah Times terasa. Dan ingat Kedah Times rela mempertahankan blogger-blogger Kedah yang lain walaupun tidak kenal antara satu sama lain.

Kedah Times adalah GROUP. Kedah Times terdiri dari professional yang bekerja dengan GLC, SLC, kerajaan dan sendiri. Ada yang menjadi developer, ada yang menjadi Pengarah di agensi kerajaan, ada yang menjadi pengurusan di GLC, ada yang menjadi broker saham, ada yang bekerja di Production line, ada yang bekerja di IPTA, ada yang bekerja di syarikat keselamatan dan ada yang berniaga sendiri.

Pelbagai! Itulah uniknya Kedah Times. Sebab itu kami tak perlu dibayar dan kami tak perlu bertuan. Kami juga tak perlu tonjolkan diri demi nama, wang atau pangkat.

Alhamdulillah, Allah memelihara kami selama ini. 

Kepada pemberi komen yang kata kami tidak tahu pasal KHTP, Kedah Times rasa kesian kepada mereka. Cuma kalau nak komen, bagilah yang berisi sikit. hehe

Kedah Times juga terdiri dari mereka yang Jurassic sejak 1997 lagi. Nak tahu sapa mereka, tanya-tanyalah. Bukan nak berbangga. Jurassic membawa maksud dari dulu sehingga kini tapi masih aktif mempertahankan perjuangan yang sama. Jurassic kita telah membuahkan hasil yang amat tidak disangka. So jangan sebut jurassic sembarangan.

Cukuplah Kedah Times buat  siri ulangan disini. Nanti bertambah benci pelawat dan ada yang bakal menuduh perasan hebat pulak. 

Kita snippet lain kali pula pasal Kedah Times. heheh.
Read Full 0 comments

Melayu dah sanggup jadi Barua DAP

Difahamkan seramai 10 anggota yang tercedara hasil tindakan ganas pendemo BERSIH.

 Polis yang kerja berjaga diwaktu rakyat tidur sedap pada malamnya dibelasah teruk oleh mereka yang Kedah Times pasti kerja mereka samada menyamun, merompak, mencuri, merusuh, menghina orang, memaki orang, hidup bebas, tiada pekerjaan tetap, tidur di beranda masjid atau tepi jalan, curi sekerap orang kampung, curi motor dan sebagainya.

Penguatkuasa undang-undang yang senantiasa berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan rakyat yang inginkan keharmonian hidup telah dibelasah oleh penyangak-penyangak upahan Nik Aziz, Anwar, Mat Sabu, Mahfuz, Ambiga, Lim Kit Siang dan puak-puak pro Zionist dan Komunis supaya penguatluasa ini menjadi takut untuk menguatkuasakan undang-undang. Walhal undang-undang yang cuba dikuatkuasakan telah dipersetujui oleh ketua-ketua pembangkang ini sendiri apabila dicadangkan di Parlimen.

Tetapi apa yang cuba Kedah Times nak terangkan disini ialah agenda 'TIME 2 CHANGE'.
Agenda ini bukan dibawa oleh orang Melayu, tetapi oleh segelintir kaum Cina yang terang-terang tidak suka kepada orang Melayu terutama UMNO. Puak ini adalah dari samada DAP atau PKR. 

Mereka mahu kuasa memerintah tidak diterajui oleh Melayu dan orang Islam. Mereka tidak mahu Islam menjadi agama rasmi dan Melayu menjadi bangsa pribumi.

Mereka ingin membolot semua yang ada di Malaysia, kuasa, ekonomi dan sebagainya. Mereka ingin meMURTADkan bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai Islam.

Ini agenda sebenar mereka.

Dan ianya disokong oleh PAS kerana PAS tidak pernah belajar dari sejarah. PAS tidak pernah belajar apa yang berlaku di Iraq, Mesir, Libya dan kini Syria.
Pemimpin PAS hanya pandai baca kitab ikut selera politik mereka, tetapi tidak membaca ikut kehendak Allah.

Inilah jadinya. Mereka menyokong permintaan kafir untuk menguasai negara Islam.

Islamkah mereka yang menyokong kafir gila kuasa ini?


Read Full 0 comments

Hadi Pitam, Tanda Allah Murka?


Perhimpunan BERSIH 3.0 ternyata satu perhimpunan yang paling jijik dalam sejarah Malaysia abad ini, selain dari Reformasi 1998.   Memandangkan objektif perhimpunan hanyalah untuk membuat kemusnahan, maka itulah saja hasilnya yang dapat kita lihat iaitu ‘kemusnahan’ semata-mata.  

Namun kita wajar memanjatkan kesyukuran ke hadhrat Allah S.W.T kerana kemusnahan yang terjadi tidaklah sebesar mana.  Ini kerana  jumlah manusia tidak berguna di Malaysia yang sanggup menyertai perhimpunan itu tidaklah ramai, hanya sekitar 25,000 orang sahaja.  

Jika ianya seramai yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Harakah dan Anwar Ibrahim iaitu 250,000, 100,000 dan 200,000 tentulah kadar kemusnahan yang terjadi adalah lebih teruk lagi.  Malah tidak mustahil, berita jam 8.00 malam pada 28hb April itu, kita akan melihat rancangan khas Anwar berucap sebagai Perdana Menteri baru.  

Oleh kerana itu tidak berlaku, maka wajarlah kita mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih sayangkan Malaysia dan membiarkan sedikit kemusnahan terjadi bagi membolehkan kita menilai dan berfikir mana yang benar mana yang salah.   Malaysia setakat ini masih dipelihara dan selamat dari dipimpin oleh boneka Yahudi, alat kafir harbi serta seorang biseksual yang korup.  
 
Kerana kasih sayang Allah S.W.T jugalah maka Hadi Awang, Presiden PAS masih bersama kita hari ini, walaupun mengalami sesak nafas dan pitam pada hari perhimpunan tersebut.   

Mungkin juga apa yang terjadi kepada beliau itu sebagai menunjukkan kemurkaan Allah akibat sanggup duduk di belakang Ambiga Sreevanesan, seorang kafir harbi pendokong hak LGBT dan murtad, dalam usahanya membuat kemusnahan untuk menggulingkan kerajaan Islam, yang menentang pendiriannya.    Bayangkan, jika Hadi Awang terus ‘padam’ pada ketika itu, maka ‘pemergiannya’ adalah dalam keadaan beliau sedang dipimpin oleh Ambiga!  

Bagaimana Hadi Awang menilai kejadian tersebut, tidaklah kita ketahui.  

Tetapi, Hadi yang kita tahu adalah seorang Ulama bongkak, riak, sombong, angkuh dan tidak pernah merendah diri, jauh sekali mengaku salah dan meminta maaf.   Biarpun telah disentak dengan kejadian sesak nafas dalam perjuangan haram, kita tidak yakin yang Hadi akan mengambil masa untuk berhenti sejenak bagi menilai semula kedudukan dirinya dalam perjuangan BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS.  

Hadi Awang telah terlanjur membuat perjanjian dengan syaitan dan tidak mampu melepaskan diri dari perangkap itu.  

Nampaknya, kata-kata Nik Aziz bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk memusnahkan UMNO telah menjadi kenyataan dan dipegang sebagai satu perjanjian.  Kerana itulah, Hadi Awang sanggup turun padang dan Nik Aziz pula menghulurkan wang untuk membantu perjuangan syaitan.  

Lebih menggerunkan lagi ialah apabila Nik Aziz begitu riak dan megah menunjuk-nunjuk sifat ‘pemurah’ kerana sanggup menghulurkan duit poket sendiri. Beliau berkata, “mana ada pemimpin sepertinya yang sanggup keluar duit poket sendiri?”  Bukankah sifat menunjuk-nunjuk itu juga adalah sifat syaitan?
Kini, semua ini diperlihatkan kepada rakyat Malaysia secara jelas.  Dan ayat-ayat Allah S.W.T mengenai Ulama-ulama jahat juga jelas.  Tiada yang tidak jelas, melainkan yang jelas-jelas belaka sama ada dalam bentuk kata-kata mereka sendiri, perbuatan mereka, video dan rakaman telefon mereka, bukti-bukti saintifik serta pandangan rambang mengenai perjuangan PAS dalam  Pakatan Rakyat, mahupun BERSIH, bahawa mereka itu secara keseluruhannya bertindak begitu   bertentangan dengan Islam.  

Maka, janganlah kita mengundang kemurkaan Allah S.W.T dengan menidakkan yang jelas.  
Read Full 1 comments

KUIN, UNISEL dan KUIS hapuskan PTPTN


Kedah Times menunggu reaksi kerajaan negeri Kedah berkaitan dengan caangan UNISEL dan KUIS. 

Tak dapat nak Kedah Times bayangkan bagaimana keadaan KUIN jika pendidikan KUIN adalah percuma. 

Hutang pembinaan kampus di Kuala Ketil kena bayar. Gaji pensyarah yang agak mahalpun kena bayar. Kos penyelenggaraan kampus dan kemudahan perlu. Gaji pekerja sokongan juga perlu dibayar. Sewaan untuk kampus sementara pula kena bayar. Kontrak pembekalan juga kena dibayar.

Tapi duit tidak masuk kerana pelajar hanya datang daftar dan sertai kuliah tanpa sebarang bayaran.

Mungkin kena korek pasir lebih dan tebang balak banyak-banyak untuk 'cover' semua kos ini. Dan jangan lupa 'CUKAI' perlu dinaikkan kerana nak dapat tambahan kewangan.

Pendidikan Percuma Di UNISEL Dan KUIS Bermula September

KELAM kabut pemimpin-pemimpin BN apabila PR mencadangkan agar PTPTN dihapuskan. Sejak perkara ini dibangkitkan boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar perdana serta blog-blog penyokong kerajaan termasuk yang picisan cuba menjustifikasikan bahawa cadangan PR itu adalah mustahil dilaksanakan.

Kata mereka cadangan itu akan menyebabkan kerajaan akan menanggung beban sebanyak RM43 billion di mana segala beban itu akan berpindah ke bahu rakyat dan rakyatlah yang akan menderita.

Nampak benar yang kerajaan BN tidak mampu berfikir panjang atau berfikir di luar kotak.  Tidak mungkin Dato’ Seri Anwar, seorang yang berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat.

PR sentiasa mendahulukan rakyat dan tidak akan sekali-kali membiarkan rakyat menderita sepertimana yang dilakukan BN hari ini.  Kerana itulah, PR menjanjikan pendidikan percuma untuk semua peringkat jika PR memerintah.

Bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukannya bercakap kosong seperti yang dituduh oleh BN, maka kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan cadangan ini di dua IPTS iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebaik sahaja menang pilihanraya yang dijangka paling lewat pada September depan.

Untuk makluman, jumlah untuk menampung kos pendidikan di KUIS ialah RM369.98 juta dan UNISEL RM851.29 juta.   Dengan jumlah sebanyak itu, BN memandang sinis janji PR dan menuduhnya sebagai janji palsu.

Namun, PR mempunyai pemimpin yang mampu memandang ke hadapan dan menyedari bahawa untuk melahirkan generasi yang cemerlang, maka ia harus bermula dengan memastikan para pelajar tidak dibebankan dengan hutang serta tidak perlu menanggung kerisauan memikirkan kos pengajian dan sara hidup.  Hanya dengan cara ini maka mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Sebenarnya, memberikan pendidikan percuma di kedua-dua universiti ini bukan mustahil sepertimana yang dimomokkan BN.

Dengan kebijaksanaan kepimpinan PR di Selangor, belanjawan Selangor 2012 negeri ini mengaggarkan peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012.  Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun.

Kecekapan dan ketelusan kepimpinan membantu menjadikan penjimatan dan pelonjakan pendapatan negeri sesuatu yang berterusan dan dengan itu, pendidikan percuma kepada kedua-dua universiti tersebut adalah tidak mustahil sama sekali.

Hari ini, walaupun mendapat pinjaman PTPTN, masih lagi ada pelajar yang bekerja secara separuh masa di hari minggu untuk menampung hidup mereka.  Kita juga sering membaca pendedahan mengenai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat kerja-kerja haram termasuk menjadi GRO atau pelacur.

Kita faham bahawa tekanan pelajar hari ini bukan sahaja untuk lulus periksa, tetapi yang lebih sukar ialah tekanan arus kemodenan dunia di mana gajet atau barangan teknologi canggih adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan.  Kerana itu, ramai pelajar-pelajar universiti terpaksa mencari wang tambahan untuk memenuhi keperluan ini.

Jelaslah di sini bahawa pinjaman PTPTN yang tidak seberapa itu tidak membawa erti kepada mereka.

Justeru, sebaiknya pelajar tidak dibebankan langsung dengan yuran dan kos-kos lain.  Dengan cara ini, mereka tidak perlu mencari wang tambahan dan bolehlah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan sekali gus menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.
Read Full 1 comments

Dong Zong Masih Belum Puas


Dari dulu sehingga kini kita sering mendengar tentang pertubuhan Dong Zhong ini yang kononnya mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan orang Cina.

Mereka bertindak atau bercakap seolah-olah negara ini adalah negara mereka dan sebahagian dari Cina. 

Orang Melayu pun tidak pernah minta lebih dari apa yang mereka sering minta. Betis diberi, peha pula mereka minta.

Tindakan mereka menuntut perkara-perkara yang tidak munasabah dalam sebuah negara yang majmuk dan dikuasai orang Melayu amat jijik dan boleh dianggap sebagai KOMUNIS moden.

Mereka anggap mereka mempunyai hak melebihi dari bangsa lain. Mereka sangka mereka berada di Cina. Agaknya jika mereka di Indonesia, bahasa Mandarin pun mereka tidak boleh bertutur.

Melampau!

Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum.  Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.  

Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia.  Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia.   Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia.  

Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong.  Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia.  Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.  

Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong.  Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis.  Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan.  

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas.   UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini.   Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.  

Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui sekolah.  Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan.  

Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut.  Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong.  

Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri.  Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.

Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran dalam konteks perkauman.  Walaupun begitu, UMNO tidak pernah menghalang kaum Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek moyang mereka dengan harapan mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan UMNO terhadap mereka.  


Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zong bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan perpaduan.  

Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa Kemudian.  Tetapi, apabila mereka menolak perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan, mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama.  Malah, Dong Zong terus tegar membawa sikap ‘Cina Dahulu, Malaysia Kemudian’.  

Sesungguhnya tuntutan Dong Zong agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih dari usaha membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan.  Hakikatnya, Dong Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin menikmati segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka mereka wajib mengamal sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan sebenar-benarnya.  Apalah sangat syarat kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi ekonomi negara ini.  

Mungkin Dong Zong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila dan tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi dalam bermasyarakat.  Jika tidak, negara ini akan suatu hari nanti menjadi kacau bilau juga akibat sikap rasis, tamak dan biadab Dong Zong.  

Sikap Dong Zong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam diri anak-anak Cina?  Apakah kerana itu mereka hanya pentingkan diri dan wang semata-mata?

Read Full 0 comments

Nik Aziz : Keliru atau Buat tak Tahu

Kedah Times sekali lagi ingin menyentuh tentang bantuan bukan saja moral tetapi kewangan yang diberikan oleh Nik Aziz kepada mereka yang ingin berdemo di Kuala Lumpur.

Pertama, ketua penganjur adalah seorang yang menjadi pendokong kuat LGBT.

Kedua, ketua penganjur juga seorang yang mendokong kerja-kerja pemurtadan umat Islam di Malaysia

Mengetahui yang ketua penganjur adalah seorang yang amat memusuhi Islam, kenapa Nik Aziz masih memberi sokongan moral dan kewangan kepada mereka yang terlibat?

Apakah Nik Aziz sudah hilang pertimbangan sebagai seorang Islam yang beriman? Apakah jenis kitab yang dibaca oleh Nik Aziz yang membolehkan kita memberi bantuan kepada kerosakan dan kehancuran?

Tahukah Nik Aziz apa itu LGBT? Kaum Lut yang dimusnahkan oleh Allah SWT adalah termasuk dalam kumpulan LGBT? Kenapa Nik Aziz masih menyokong demo anjuran puak-puak pendokong LGBT?

Fikiran, perbuatan dan pertuturan Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi sebagai seorang Muslim yang beriman, sebaliknya sudah menjadi seolah-olah seorang yang memusuhi ajaran Islam itu sendiri.

Kedah Times berharap penyokong-penyokong PAS sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Semoga Nik Aziz sedar yang beliau sudah jauh terlanjur.


Oleh Ali Salleh

Jalan Bayam – Pengakuan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau membiayai peserta bersih untuk berhimpun di Dataran Merdeka semalam jelas membuktikan ia mendokong kegiatan anti kerajaan berdaulat yang mendapat mandat dalam pilihan raya umum 2008.

Malahan beliau yang mewajibkan ahlinya datang ke perhimpunan itu juga menunjukkan betapa Pas sebuah parti yang menyokong keganasan dan bertindak seperti sikap yahudi dan Zionis ketika menjatuhkan kerajaan Palestin dahulu.

Bersih cuba diibaratkan seperti kebangkitan arab di Mesir. Tetapi hakikatnya tindakan pembangkang termasuk Pas cuba menjatuhkan kerajaan berdaulat yang mendapat mandat daripada rakyat setiap lima tahun sekali dalam pilihan raya.

Justeru tindakan pembangkang dan Pas merupakan perbuatan khianat kepada negara yang mempunyai niat jahat tanpa menghormati keputusan majoriti rakyat, kata seorang penganalisa politik.

“Banyak sudah kerosakkan yang dilaporkan media pada perhimpunan bersih semalam dengan anggota polis ada tercedera serta kenderaan polis dirosakkan.

“Siapa yang hendak bayar segala kerugian kerajaan ini setelah cubaan mereka gagal. Datuk Ambiga, Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz atau siapa yang bayar,” katanya.

Katanya ia jelas satu penganiayaan terhadap rakyat dan inilah wajah kekejaman yahudi bermuka Melayu di negara ini dan yahudi itu adalah mereka yang berlakon menyokong Islam tetapi niat sebenar untuk berkuasa tanpa memikirkan nasib rakyat.

Pas dan pembangkang lain adalah simbol yahudi Asia baru dan mereka dilihat menjadi ancaman kepada Islam dan orang Melayu, katanya.

–KHABAR KB


Read Full 0 comments

Pertabalan Terakhir Kalau Pakatan Rakyat Ambil Alih?


BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia.  Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.  Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).

Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.

Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta.  Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.

Semua ini mencetus persoalan, adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang?  Bertahan lagikan institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.

Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan.  

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP.  Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini.  Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.

Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.

DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.

Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.  Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.  Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).  Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu  menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi.  Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.  Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.  Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu?

Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.


Kedah Times: Apa macam penyokong PAS Kedah? Takkan nak biarkan Sultan kita dijatuhkan sebegitu rupa?
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates