Perebutan kuasa

Isnin, 25 Jun 2012

Ini yang berlaku di negeri Selangor. 

Di Kedah telah berlaku dan sempat disenyapkan dengan disorokkan masalah tersebut dibawah karpet. 

Kedah dipandu oleh orang luar. 

MB kedah yang kurang sihat sekarang ini dipandu oleh dua pemandu. Seorang pemandu Merc dan satu lagi pemandu negeri Kedah. Apa tujuan Pemandu kedua kita tidak tahu.

Tetapi jika diteliti, ianya sama seperti yang berlaku di Selangor. Rujuk petikan dibawah.

Dr Ismail, Phahrolrazi, Amirudin dan beberapa lagi ADUN PAS sedang berkira-kira untuk sekali lagi merebut jawatan. 

Cubaan pertama telah mereka lakukan dan hampir berjaya. Dan kita tunggu cubaan seterusnya.... perancangan sedang rancak dilakukan.

Bila nak dilaksanakan ... kita tunggu.


Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi

Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.
  
Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya. 

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya. 
Read Full 4 comments

Pengajaran Untuk Penganut PAS Tegar



Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri.    Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.  

Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan.  Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.   

Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama.  

Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri.   Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian  mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun.  Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.   

Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.    

Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan.   Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan. 

Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai ‘pemilik mutlak’ agama Islam.    

Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut?  Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?  

Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut. 

Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka.  Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.   
Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji.  Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti.  Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri.  

Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz.  Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan.  Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah.  
Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.   Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan.   Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat

Read Full 2 comments

TIBAI, ABAI, BABI dan Anwar

Kedah Times petikan berita tentang SD yang disuruh oleh Anwar terhadap bekas pengarah BPR.

Semua ini untuk menampakkan yang Anwar adalah bersih. Sesiapa yang terlibat dengan Anwar mesti bersumpah secara bersurat yang Anwar tidak melakukan apa-apa. Yang penting Anwar kelihatan sentiasa bersih.

Inilah cara Zionis melakukan kerja. Semuanya berbentuk ARAHAN supaya yang dipuja dan dipuji nampak bersih dan dipercayai, walhal manusia tersebut ibarat Dajal samada perbuatan dan pemikirannya.

Anwar terlibat dangan terlalu banyak masalah. Tak pernah kita lihat seorang manusia yang senantiasa dibelenggu dengan masalah peribadi yang begitu banyak dan sentiasa melibatkan orang lain sebagai batu loncatan kepada penyelesaian masalahnya.

Agaknya Anwar memang kaki auta dan bercadang menjadikan Malaysia sebagai negara pemerintahan diktator!


Anwar Suruh Sumpah

Bekas Pengarah BPR mengaku diminta buat Akuan Bersumpah bersih nama ketua pembangkang

PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa ‘tiada kes’ terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

“Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.

 Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

 Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru. 

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

 Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media. 

“Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu,” katanya. 

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: “Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda.” 

Petikan : Berita Harian
Read Full 0 comments

Anwar - Agen mata satu dan Barat

Kita telah melihat bagaimana pihak mata satu dan barat senantiasa mencatur pergerakan politik negara di dunia dengan mempelajari apakah titik-titik kelemahan sesebuah negara.

Kejatuhan beberapa pemimpin negara Arab membuktikan kelicikan pengetahuan mereka.

Setelah bantuan dan tajaan diberi kepada Anwar, mengapakah dia masih lagi HANYA seorang pembangkang?

Bapak3 memperincikannya DISINI.
Read Full 0 comments

Agen Asing bersama pembangkang

Semakin hari semakin banyak Malaysia menerima gangguan dari orang luar. Ini adalah hasil dari sifat sesetengah manusia yang suka meminta bantuan luar untuk menyelesaikan masalah kecil dalam negara. Seolah-olah kita tidak boleh menyelesaikannya sendiri.

Tetapi hakikat sebenarnya bukanlah masalah sangat, tetapi kerana dihati mereka ini sangat mendalam kebencian dan ketamakan dalam mencari kuasa. Jadi dek kerana gagal mendapat bantuan dan sokongan dari rakyat sendiri, mereka memilih untuk meminta bantuan rakyat luar.

Orang luar jika ada kepentingan kepada mereka, maka mereka akan bersungguh-sungguh membantu. Agenda mereka sentiasa ada. Sentiasa ada udang disebalik batu.

Tetapi bagi sesetengah rakyat Malaysia, ini adalah kepuasan apabila negara hancur. Mereka bersorak gembira jika negara ini tidak aman. Mereka bercakap kuat apabila rakyat berkelahi sesama sendiri.

Orang-orang seperti ini patut dinyahkan dari bumi bertuah ini.


Singapura Kurang Ajar

Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.  Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri.  Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.  



Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka.  Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini.   Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.  

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara.  Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan.   Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas.  Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.  

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:  

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.  

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh.   Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.  

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel.   Beliau menulis, “misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.  

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia. 

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya.  Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya negara ini.  Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.  

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia.  Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A.  Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.  

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam.  Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.  

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini.   Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.  

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.   

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini.  Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara

Read Full 0 comments

PAS yang MUNAFIK

Nak lihat betapa hipokritnya PAS semenjak bersahabat dengan PKR dan DAP?

Inilah wajah sebenar PAS yang dahulunya mengatakan UMNO Zalim kerana memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Itu baru berhentikan bantuan, bukannya UMNO tutup atau halang ibubapa dari hantar anak ke SAR.

Kalau dah munafik, maka munafiklah selamanya. Landasan agama yang sebenar-benarnya tidak mereka ikuti. Mereka lebih kepada memperalatkan Islam sebagai hasrat untuk mendapat kuasa dan membalas dendam.

PAS .... PAS.... PAS.. bertambah bobrok semenjak bersahabat baik dengan PKR dan DAP.

Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang


Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.


Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.


Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.


Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.


Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.


Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).


Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.


Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.


Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.


Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.


Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat. 


PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.


Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.


Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.


Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.
Read Full 0 comments

Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar

Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.  

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan.  Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.  Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.  Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.  Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.  

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.  

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.  Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.  Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che’ Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.  

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba ‘mengecat-putihkan’ apa yang gelap mengenai Lynas.   Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta ‘pencinta alam’ yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.  

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.  Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.  

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.  

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat.” 


Dan, “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.   

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.  

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.   Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.  Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.  

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.  

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.  Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.  

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.  Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.  

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.   

Read Full 0 comments

Gila kuasa

 Kedah Times panjangkan pendedahan MTK.

Tetapi Kedah Times melihat dari perspektif lain. Exco PBT yang sebelum ini tidak mahu mengangkat sumpah buat hal dengan tidak mengambil kisah apa yang sedang berlaku diluar sana.

Kenapa? Ini adalah salah satu agenda yang sedang dilaksanakan untuk menjatuhkan MB dan menonjolkan lagi spekulasi kegilaan untuk menjadi MB dikalangan exco Parasit ini.

Bayangkan seorang Exco yang tak tahu bahawa tugas-tugas berkaitan pusat hiburan (lesen) adalah dibawah kawalselia belia. Sebaliknya membiarkan MB menjawab dan memberitahu kepada awam p


PANASS !!! AZIZAN AKUI PHAHROLRAZI BERI LESEN UNTUK RAKYAT KEDAH BERHIBUR !!!



Ternyata tuduhan timb YDP Pas Alor star (zulkifli yahaya) yang juga penulis blog kedahla yang menyalahkan segelintir pegawai kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakkan kepada pengusaha pusat pusat hiburan sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran Pas Kedah semata mata.



Setiap kali isu pusat hiburan didedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan,selain itu juga banyak penafian dibuat oleh exco yang terlibat seolah olah mahu melepaskan diri dari di hentam oleh rakyat..


kenyataan exco



MTK hanya mampu tersenyum melihat dua orang exco yang saling menunding jari kepada pihak lain sedangkan mereka yang terlibat dalam meluluskan lesen pusat hiburan..Sebagai exco yang bertanggungjawab dalam urusan PBT,Phahrolrazi sepatutnya tampil berhadapan dengan isu besar ini..Jangan hanya menunding jari kepada pihak lain semata mata mahu melepaskan diri..


Kenyataan Phahrolrazi baru baru ini juga menafikan PBT mengeluarkan lesen pusat hiburan sedangkan MB sendiri mengakui Kerajaan Pas Kedah telah meluluskan lesen bagi premis hiburan beroperasi..Yang peliknya EXCO yang bertanggungjawab masih tidak tahu kelulusan premis hiburan dibawah portfolionya..lihat carta dibawah


struktur organisasi pemerintahan exco atau ahli mesyuarat negeri adalah yg bertangong jawab dlm soal apa yg berlaku di dlm kedah diatas dasar amanah yg telah di berikan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. 
Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum…” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini. Azizan berkata, untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.



Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi.
Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.
Azizan berkata, semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.



Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.
“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya.



Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.
- BERNAMA


Jadi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh MB dan Exco menunjukkan Pentadbiran Pas Kedah sekarang bercelaru..Setiap kali isu isu besar timbul seperti biasa pas akan menuduh UMNO punca semua ini,sedangkan mereka yang mentadbir negeri..



Bila diasak dengan dengan wartawan, jawapan pertama yang akan keluar mesti ada sangkut paut dengan kerajaan BN yang lalu..Jadi tak guna lah pas memerintah jika tiada perubahan dasar yang berlaku dalam pentadbiran sekarang..Sedangkan sebelum ini pas sudah berjanji akan melakukan banyak perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri..



Isu pusat hiburan ini juga membuatkan pengikut pas tidak senang duduk dalam ruangan komen Facebook..Kebanyakkan mereka marah dan tidak puas hati dengan sikap Phahrolrazi yang menunding jari kepada pihak lain sedangkan mereka tahu phahrolrazi terlibat..
Read Full 0 comments

Kebongkakan Nik Aziz


Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.
Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?
Read Full 0 comments

Kedah Semakin Hebat

Kepada mereka-mereka yang ingin ke Danok atau mana-mana tempat di Thailand, tak perlu lagi kesana. Terutama orang-orang Alor Setar.

Kedah sudah menyerupai selatan Thailand.

Dulu Kedah Times sering memaparkan pusat-pusat hiburan yang tumbuh di Tanah Merah, Alor Setar, Sg Petani dan tempat-tempat lain di Kedah. Rupanya-rupanya Kerajaan negeri semakin ghairah menyediakan tempat-tempat hiburan untuk rakyatnya.

Tahniah. Aliran matawang rakyat Kedah berjaya dikekang dari keluar ke Thailand.

Kini DJ Liz Candy sudanh datang ke Tesco Mergong. Apa lagi lebai-lebai PAS, terjahlah kesana kerana Liz Candy ni dari Perancis. Tentu hebat dan cantik.

Tahniah kerajaan negeri Kedah. PAS For All. 
  
Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas,pusat-pusat hiburan akan ditutup..tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut. 

Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan. 

Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu   dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi. Penulis setuju jika ada yang menegur bukan setakat kedah sahaja yang ada kelab malam,walhal negeri pimpinan BN pun ada. Niat penulis di sini bukan untuk memulakan THE BLAME GAME tetapi sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh barisan ulama mengapa perkara sebegini dibenarkan?

Penulis juga setuju kalau ada yang mempertikaikan kelab malam ini dibuka sebagai memenuhi hak non muslim untuk berhibur kerana sebagai orang Islam hiburan melampau sebegini sangat ditegah. Sedang kita bertelagah tentang hak itu, mari berfikir di mana hak kamu sebagai seorang muslim adakah dihormati  ketika bunting kelab malam ini dipromosi sebegini rupa? Lebih - lebih lagi apabila kelab hiburan ini dibuka di hadapan pusat beli belah keluarga TESCO MERGONG? 

Persoalan yang masih menjadi misteri di kepala penulis, adakah dengan ternaiknya bunting-bunting semeriah begini dan kebenaran lesen perniagaan yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar kepada kelab hiburan tersebut untuk beroperasi di hadapan pusat membeli belah TESCO MERGONG itu membuktikan bahawasanya kewujudan kelab hiburan sebegini DIRESTUI OLEH BARISAN PEMIMPIN TERTINGGGI PAS?

Benarlah kata totok-totok Pakatan PAS FOR ALL bukan retorik!!:-

Read Full 1 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates