Bukti KUIN menghadapi Masalah Kewangan

Selasa, 31 Julai 2012
Jika tidak menghadapi masalah kewangan, maka sudah tentu KUIN tidak didenda kerana tidak mencarum dalam KWSP untuk stafnya.

Selepas Insaniah Holdings didenda KWSP kerana tidak mencarum, kini KUIN pula didenda kerana kesalahan yang sama.

KESIMPULANNYA : Bukti Memang benar KUIN dan Insaniah Holding menghadapi masalah kewangan.


KUIN Pula Didenda

Setelah Insaniah Holding didenda oleh KWSP akibat lambat mencarum, Wak difahamkan KUIN pula didenda atas kesalahan yang sama. Denda yang dikenakan untuk KUIN kali ini dikatakan akibat lambat mencarum bagi 3 bulan. Apa la nak jadi dengan masalah kewangan KUIN ni.


WAK: Azizan Razak tak ulas ka isu ini? tiap-tiap bulan kena denda ni yop. Katanya tak ada masalah Kewangan.
Duit duit dimana kau duit. 
Bagi Azizan bagi perabih kat KUIN
Read Full 11 comments

KETUA PEMUDA PAS MEMANG BERBOHONG

Dalam debat antara Ketua Pemuda PAS dengan Ulama Muda dari UMNO, Ustaz Fathul Bari baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS mengatakan yang DAP sudah faham Islam dan sudah mula berbincang tentang Hudud.

Maka Sah beliau berbohong. Dari dulu kini dan selamanya DAP memang tidak menerima Hudud, DAP memang tidak akan menerima hakikat yang Malaysia adalah negara Islam.

Ini penyokong PAS kena fikir ...



Read Full 1 comments

PTPTN PENYELAMAT KUIN

Isnin, 30 Julai 2012

Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan PTPTN. 

Apabila Anwar bersuara, maka PAS menyambutnya tanpa usul periksa. PAS hanya pak turut yang tidak tahu apa-apa kecuali mengangguk tanda sokong.

Apabila Unisel tidak diberi PTPTN, maka ramai pelajar baru ingin menarik diri dari meneruskan pelajaran di Unisel. Pembesar-pembesar Unisel berkejar ke pejabat PTPTN memohon agar PTPTN membenarkan pelajar baru meneruskan pengajian mereka di Unisel dengan duit PTPTN. Maknanya operasi UNISEL akan terjejas tanpa mendapat duit dari PTPTN.

Sungguh baik hati kerajaan pusat. Tidak sampai hati melihat UNISEL menghadapi masalah.

Anwar hanya diam diri dan tidak berkata apa-apa. Sebaliknya mencari idea baru untuk digulakan kepada rakyat.

Di Kedah, KUIN bergantung kepada duit PTPTN untuk membayar gaji pekerjanya. Kita boleh bayangkan apa akan terjadi jika PTPTN juga tidak diberi kepada pelajar KUIN. Maka staf KUIN mungkin tidak menerima gaji mereka.

Inilah nasib mereka yang berada dibawah pemerintahan puak-puak PR. Cakap pandai tapi kerja tidak tahu.

GAJI KAKITANGAN KUIN BELUM DIBAYAR BUKTI JAMIL TIPU SOAL KRISIS KEWANGAN KUIN

Dalam artikel saya yang lalu , seperti yang dijangka setelah Jamil terpaksa mengarahkan untuk membayar semua tunggakan potongan gaji kakitangan yang tidak dibuat KUIN setelah namanya terkenal diseluruh dunia kerana bersikap biadap tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN. Itu pun setelah kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak jamil meletak jawatan.

Impak kepada tersebut, kini gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai menghadapi masalah. Kerana takutkan piket dan demo kali kedua kakitangan , Jamil terpaksa mengarahkan agar gaji kakitangan gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakalan gaji kakitangan gred 45 ke atas sehingga kini belum dibayar. 

Fenomena ini sekali lagi membuktikan Jamil dan Azizan menipu rakyat tentang kondisi krisis kewangan KUIN yang semakin parah.

Walaupun gred 45 keatas agak tinggi gaji mereka berbanding pekerja bawahan , namun mereka juga manusia yang ada anak dan keluarga dan perlu melangsaikan pelbagai hutang dengan pihak ketiga. Kesian kakitangan KUIN yang tak masuk gaji lagi. Jamil , sanggup dan tergamak kau buat mereka cam tu.

Jamil tiada pilihan melainkan pada Rabu yang lalu , Jamil sendiri pergi ke PTPTN untuk mendesak agar PTPTN membayar lebih awal dari jadual bagi menyelesai krisi kewangan KUIN. isyhhhhhh isyhhh , macaman ni ? Pakatan Rakyat minta memansuhkan PTPTN , tapi Jamil merayu PTPTN bayar awal. kalaulah tanpa PTPTN, mungkin malapetaka besar akan melanda KUIN. So tindakan KUIN yang amat terdesak bergantung dengan PTPTN membuktikan kecelaruan manifesto pakatan rakyat

Dari Beritakuin.blogspot.com
Read Full 1 comments

PAS sokong PLURALISMA AGAMA?


Untuk renungan kita bersama.

Inilah akibatnya jika kita menyokong secara membabi buta. Sokongan yang bakal membawa rebah. Penyokong-penyokong PAS dan Islam PKR patut sedar bahawa semua ini bakal membawa kepada kehilangan statusa Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan Melayu yang sudah tidak diwajibkan menjadi orang Islam. Secara ringkasnya PLURALISMA agama bakal menggantikan Islam sebagai agama rasmi.
Apakah ini yang diperjuangkan PAS?

Lapan (8) demand/kemahuan/kehendak kumpulan GEREJA sudahpun dinyatakan oleh Bishop Ng.

 1. A nation guided by the ethics of respect for human dignity. This means a nation where its citizens are engaged fairly as equals, and their rights respected in accordance with the provisions as guaranteed under the Federal Constitution. Such a nation treats its citizens with understanding, honesty and mutual respect.

Persoalan kita, apakah puak-puak LGBT juga termasuk kumpulan yang perlu di respek dan diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti songsang mereka?

2. A nation where extremism of all kinds is rejected and quickly curtailed. Racial and religious bigotry, manipulation and lies that have now come to define the social sphere, the print media and political posturing must end immediately.

Apakah DAP selama ini tidak extreme? Apakah penipuan, fitnah dan penyelewengan fakta  oleh PKR boleh dibiarkan?

3. A nation free of corruption, putting in place strengthened state and public institutions whose members conduct themselves with integrity, transparency and accountability.

 * Bebas dari korupsi! Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan tidak ada korupsi ka? Tak perlu hanya tuju kepada kerajaan persekutuan.

 4. A nation that works towards the fair and equitable distribution of wealth and ensuring well-being for all, regardless of citizenship status, ethnicity or creed. Every citizen and every community should be empowered and enabled to pursue economic activity and achieve advancement duly and fairly supported by the government where needed and necessary without favour or discrimination and without being overly or unfairly supported by the state.

* will the church asks Anwar to return the RM3b? Bangsa Cina dan India tiada yang jadi jutawan ka? Siapa yang miliki semua rumah kedahi di bandar-bandar? Sanggupkan mereka pulang sebahagian kepada bumiputera?

 5. A nation where care for the environment is privileged over self-seeking capitalism and where its political leaders weigh all decisions with ecological interest and sustainability as an essential aspect of development.

* Bukit ditarah, balak disapu tanpa sekatan di Kedah; Pasir dikorek sewenang-wenangnya di Selangor; kelantan dengan ladang rakyatnya yang habis merosakkan bukit bukau!

 6. A nation where language and education are de-linked from political expedience.

* Anwar is the MASTER of political expediency! termaktub dalam perlembagaan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Jadi kenapa bahasa lain mahu disamatarafkan dengan bahasa Melayu

 7. A nation where elitism and inequality is not rampant and people are recognised and respected as human beings and not discriminated against due to social position, educational attainment, political beliefs, gender, race or religion.

 * PKR is about Anwar and his family. DAP is about Kit Siang and his family. Islam agama rasmi tapi tidak menafikan kebebasan hak agama lain. Adakah LGBT bakal menerima hak yang sama?  

 8. A nation where religious freedom to profess, practice and propagate one’s religion is allowed to flourish without undue curtailment from the law, restrictions or even prohibition.

 * never being questioned! Tapi sudah termaktub Islam adalah agama rasmi Malaysia dan Melayu adalah Islam. 
Read Full 0 comments

DHPP Talibarut DAP

Dalam heboh kita memperkatakan tentang kewujudan puak-puak Anwarinas atau Erdogan dalam PAS, tanpa kita sedari yang PAS juga telah dipenetrasi oleh DAP.

Melalui Dewan Himpuanan Penyokong PAS, DAP memainkan jarumnya didalam PAS. Agen-agen DAP yang bergerak melalui DHPP sudah berani mempengaruhi keputusan-keputusan penting yang bakal dibuat oleh PAS. Malah mereka sudah berani untuk meminta dicalonkan dalam PRU.

Gerakan-gerakan ini bakal membawa PAS lebih jauh kepada perjuangan asasnya. Malah PAS bakal tersungkur jika terus bersekongkol dengan puak-puak talibarut DAP ini.

Apakah PAS tidak sedar? Apakah Dewan Ulama PAS tidak menyedarinya? 

Kewujudan puak erdogan dan Anwarinas dapat mereka hidu, kenapa tidak talibarut DAP ini?
Tidak guna jika PAS dianggotai oleh doktor, professor, ulama, saintis dan sebagainya, jika talibarut DAP yang terang musus Islam masih tidak dapat mereka hidu.

Kedah Times percaya satu hari nanti Allah SWT bakal menyungkurkan PAS buat selama-lamanya kerana membiarkan diri dan parti mereka diresapi musuh-musuh nombor wahid Islam. InsyaAllah.

Nota: KAfir berceramah dalam masjid, menggunakan ayat quran untuk menghantam umat Islam oleh penceramah-penceramah kafir adalah bukti gejala ini sedang berlaku dalam PAS. 
Read Full 0 comments

Blogger PAS dalam kegelapan

Kedah Times tak mahu komen banyak tentang penulisan blogger pro PAS yang kebanyakannya pakai hantam keromo saja. Mereka merasakan apa yang mereka tulis itu betul, walhal jauh api dari panggang maklumat yang disiarkan. Malahan penulisan mereka itu bertukar menjadi fitnah tanpa disedari mereka.

Sehingga kini mereka hanya menembak secara rambang siapa Kedah Times kerana mereka seolah-olah berada dalam kegelapan atau kekeliruan, jadi tembakan mereka senantiasa tidak mengena sasaran. Kini peluru sudah hampir habis tapi musuh tidak pernah kena tembak.

Sebaliknya semua tulisan mereka mengenai Kedah Times menjadi fitnah dengan fakta-fakta palsu. 

Kini mereka tukar strategi. Daripada tembak secara rambang yang akhirnya asyik mengena diri mereka sendiri, kini mereka memperlecehkan samada anggota atau semua penulisan blogger-blogger pro BN. Disamping melaga-lagakan sesama blogger Pro BN.

Kedah Times mengenali blogger-blogger TMK, mereka adalah pemuda-pemuda yang bersemangat dan bekerja tanpa bayaran sesiapapun. Jika adapun sumbangan adalah dari mereka-mereka yang bersimpati dan sumbangan itu dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti mencari maklumat.

Selalunya orang yang menuduh orang lain mendapat bayaran adalah mereka yang sentiasa menerima atau meminta bayaran dalam segala kerjalaku yang dilaksanakan. Jadi Kedah Times tak hairan jika yang menfitnah blogger-blogger muda ini adalah mereka yang dibayar oleh PAS Kedah samada dalam bentuk jawatan di negeri atau elaun bulanan. Mereka sangat arif tentang ini semua, sebab tu mereka menyangka semua yang membuat kerja blogger dan penerangan mendapat bayaran. 



TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah


Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami

Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami.

Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau.

Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan.

Kita kembali ke soal fitnah!

Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu.

jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri?

Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta.

Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami.

Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni.



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he..

Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk.

Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk..

Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi?


P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi..
Read Full 0 comments

PAS setuju hapuskan Artikel 153

Kedah Times merasakan yang PAS semakin jauh tersasar dari perjuangan untuk memartabatkan Islam.

Bermula dengan kata-kata Ketua Pemuda PAS yang mengatakan Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP telah berlembut dalam hal negara Islam, walhal berulang-kali Karpal dan lain-lain pemimpin DAP menegaskan yang mereka tetap menolak negara Islam.

Kini timbul pula sokongan mereka kepada CFM yang meminta supaya agama Kristian dibenarkan disebarkan kepada sesiapa saja yang mereka kehendaki. Ini membawa maksud yang CFM secara terang-terang ingin menghapuskan Artikel 153 yang mengatakan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan setiap Melayu adalah Islam.

DAN PAS MENYOKONG SERUAN CFM! Kedah Times amat terkejut dengan PAS. Kesimpulan Kedah Times ialah PAS membawa ajaran agama Dajal. Jauhilah mereka ini!

Bersetuju Tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia - PAS

Baru baru ini Dr Hasan Ali telah mencabar agar menyatakan pendirian sama ada bersetuju akan tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia yang mahu semua agama bebas disebar tanpa sebarang sekatan undang undang.

PAS yang meninggalkan tuntutan memperjuangkan hudud kini ditukar kepada negara berkebajikan amat bersetuju akan tuntutan pihak Persekutuan Kristian Malaysia.

Menurut jurucakap PAS, beliau berpendapat sebagai sebuah parti yang mementingkan aspek keterbukaan adalah tidak menjadi masaalah buat parti itu menerima cadangan pihak Persekutuan Kristian memandangkan didalam PAS sendiri mempopularkan slogan "PAS For All" dan menubuhkan DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS ) yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan bangsa.
PAS mengalu alukan sokongan daripada penganut agama Kristian ini kerana persekutuan berkenaan menyeru penganut Kristian memilih parti yang menawarkan kebebasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Perlu ditekankan disini tuntutan Persekutuan Kristian melambangkan akan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Inilah intipati perjuangan pakatan rakyat, PAS juga menyokong penuh usaha ini memandangkan didalam perancangan pakatan adalah menjadi hak rakyat Malaysia untuk menentukan agama sendiri selepas berumur 18 tahun. Ini terkandung didalam tuntutan IFC.

Menurut jurucakap PAS walaupun tuntutan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seruan sedemikian melibatkan kuasa memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Hak rakyat untuk memilih pakatan yang selama ini begitu konsisten memperjuangkan hak asasi manusia.

Pisau melihat keterbukaan PAS memang mencerminkan apa yang dikehendaki oleh DAP dan PKR. PAS berjaya keluar daripada kepompong politik sempit kepada politik baru yang lebih terbuka dan liberal.

Tidak menjadi masaalah buat PAS untuk menerima tuntutan Persekutuan Kristian memandangkan sebelum ini ramai pemimpin PAS berkempen didalam gereja dan tuhan Allah PAS juga turut dikongsi oleh Kristian.

Pada 18 Julai lalu, Persekutuan Kristian Malaysia menyeru penganut agama itu memilih parti yang mampu menawarkan kebebasan agama merangkumi kebebasan menganut, mengamal, menyebar dan dibenar berkembang tanpa batasan undang-undang, penegahan atau larangan.

Tuntutan itu bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Malaysia yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan.
Read Full 0 comments

Curahan rasa: Winnable candidate

Ahad, 29 Julai 2012

Kedah Times siarkan luahan rasa yang dihantar oleh pembaca. Cuma ada sikit modifikasi agar kita semua boleh faham apa yang cuba disampaikan penghantar.

Mesej utama ialah tentang calon yang bakal diberi peluang. Mereka mesti yang bertanggungjawab, berwibawa, boleh berkhidmat dan lain-lain kriteria yang boleh menjadi 'winnable candidate'.

Kita sama-sama hayati dan cuba fahami.

Oleh zizan.com

MASAALAH MASAALAAAAH.....

Dari apa yang kita dapat dalam tinjauan yang agak halusi, banyak yang bercakap tak serupa bikin. Samada ianya tokoh atau pengikut tokoh. Hadapan cakap lain, belakang buat lain. Perangai yang sebegini rupa menjadikan orang lain payah nak membuat keputusan yang muktamad, terutama pemimpin atau rakyat bawahan.

Terkini, suasana sebegini berlaku dalam masa dekat nak menghadapi pilihanraya. Pemimpin nak buat keputusan dah, suasana yang tidak menentu masih berlegar-legar lagi. Pemimpin atasan dah rasanya terlalu banyak yang mereka buat bertujuan menarik kepercayaan orang/rakyat bawahan untuk menyokong dan sudah banyak orang berpendapat jika pilihanraya dalam masa terdekat ini, visi dan misi pemimpin sudah agak tepu dan boleh mendapat sokongan yang hebat. 

Isu pihak penentang, pemimpin dan parti terhebat sudah tidak boleh mempengaruhi orang ramai dan tidak mendapat sokongan lagi, apatah lagi keadaan dalaman mereka/gulungan penentang ini telah terlalu berkecamok. Sesama sendiri mereka bergaduh.

Kepercayaan yang orang ramai bagi hingga 4 ke 5 negeri yang dimenangi, pun mereka tak tunai setara mana. Isu yang membangkitkan kemarahan orang bawahan, tidak di selesaikan. Isu sapu segala harta rakyat yang kata nak bagi ganjaran kapada rakyat pun masih berlegar dalam fikiran rakyat. Nampak sangat negeri yang depa dapat perintah tidak setara mana pun. Banyak kehendak rakyat sebagaimana yang mereka janji dalam menifesto piihanraya umum 2008 masih tidak tertunai.

Jadinya, permasaalahan dalaman dan pergaduhan di pihak penentang niii... serta kerja buat pemimpin atasan pemerintah, jika nak diambil kira sudah mencukupi malahan sudah lebih dari cukup untuk mendapat  kemenangan 2/3 di Parlimen. Tapiiii... macamana ya...!!? Jika masalah dalaman anggota parti pemerintah belum selesai...? Apa kita nak buat?. Nak pakai lapuran pemuhung niii... dengan nak terimapakai gulungan pelobi kata depa kuat dalam kawasan, pun nanti telungkup pulak.

Kita suka nak bagi cadangan. Pemimpin jangan pakai lapuran pemuhung ....... tak kira dari mana agensi pun. Seeloknya, pemimpin hantar orang dari tempat yang tidak di kenali ka kawasan yang orang situ tak kenal. Satu-satu kawasan hantar 30 orang. Kedah pi siasat di Johor, Johor ka Pahang, Pahang ka Melaka, Melaka ka Selangor, Selangor ka Negeri Sembilan, Negeri Sembilan ka Perak, Perak ka Perlis, Perlis ka Kelantan, Kelantan ka Sabah, Sabah ka Serawak, Serawak ka Wilayah Persekutuan dan WP ka Pulau Pinang. Ha, lapuran mereka kena siap dalam masa 2 bulan. Turun, jangan bagi tahu pemimpin tempatan. Pi merayau jadi nelayan, minum kedai kopi dan berbagai cara untuk dapat maklumat yang tepat.

ITU AMAT PREKTIKAL DAN PEMIMPIN AKAN MENDAPAT MAKLUMAT YANG TEPAT. BAGI MEREKA BAWAK NAMA CADANGAN PEMIMPIN TEMPATAN.
Read Full 4 comments

Solat Hajat di KUIN

Sabtu, 28 Julai 2012

Seramai lebih 150 orang kakitangan (lelaki dan perempuan) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) beramai-ramai telah mengadakan solat hajat  bagi memohon agar kemelut dalaman yang melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan dalam waktu segera.
Majlis solat hajat yang diadakan di surau KUIN memohon agar Allah memberikan kesejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda  KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakikatangan mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN : Antara tuntutan ialah:

1. Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak Lembaga Pengarah KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja . Tuntutan akan dilakukan agar KUIN lebih telus dan jelas mengenai status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut.  Jika KUIN adalah sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak Lembaga Pengarah maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan kenaikan gaji mereka daripada 13% kepada 20%.
2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada institusi kewangan, badan yang memberi pinjaman, insuran dan instiusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan terlibat.

3. Majlis solat hajat ini diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kebajikan mereka terabai.

Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah motivasi bertajuk "Jom Amanah" yang disampaikan Tuan Syeikh Ahmad Fisol bin Haji Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.

Read Full 2 comments

Khas Untuk Zan Sala (MB Kedah)


Ini petikan dari surat yang dihantar oleh penyokong PAS kepada MB Kedah. Bukan Kedah Times yang reka. Kerana Kedah Times tak sehebat Boon Siew atau Steve Gates.

Assalam 'alaikum wa rahmatullahi ta `ala wa barakaatuh. Alhamdulillah alhamdulillah rabbil-`alamin shalat salam` ala-asyraf al-Mursalin Sayyidina Muhammad (saw) alladzi arsalahu rahmatn lil-`alamin. `Na wa billah min udzu shururi anfusina …
  
Alhamdulillah bahwa Allah swt memberikan kehormatan bagi kita semua menjadi bagian dari Ummat Sayyidina Muhammad (saw) dan diberikan kepada kita keindahan Islam dan kehormatan di atas semua umat lain dengan membuat kita menjadi umat Nabi (saw). Wahai Nabi saw, kau adalah pamandu kami dan pemimpin kami dan perantara kami, Ya Muhammad SAW! Ya RasuluLlah sallallahu alayhi wasallam.

Wahai orang beriman, wahai hadirin katakanlah: Asyhadu ala ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammad RasuluLlah. Kita hidup dengan kalimat itu, dan kita mati dengan kalimat itu, dan dengan kalimat syahadat ini kita akan bertemu dengan Allah swt.

Wahai orang beriman,  Nabi (saw) mengatakan aku diutus untuk menyempurnakan karakter manusia. Dan Nabi saw menerangkan bahwa untuk menyempurnakan karakter adalah dengan meninggalkan segala sesuatu yang terlarang dan melakukan segala kebaikan yang diperintahkanNya. Dan kita melihat saat ini bahwa di mana-mana berbagai hal yang haram dan dilarang dilakukan dimana-mana, di rumah, di pekerjaan, di jalan-jalan, semua hal yang dilarang oleh Nabi (saw).

Dan kita melihat segala tindakan haram dan dilarang agama telah kita lihat dilakukan di semua tempat di dunia, ini adalah tanda-tanda yang jelas dari apa yang Nabi (saw) beritahukan kepada kita, tentang hal-hal yang akan terjadi sebagai Tanda-tanda Hari Akhir. Dan ini disebutkan dalam Al-Qur'an sebagai tanda-tanda kiamat yaitu: siang menarik malam dan bulan terbelah. Dan inilah tanda-tanda dekatnya zaman ini dengan hari kiamat.

Segala puji bagi Allah SWT dan cinta kami kepada Nabi-Nya (saw) dan Nabi (saw) telah menyebutkan bahwa kita harus mengikuti apa yang diperintahkan (ma'murat), dan meninggalkan apa yang dilarang (manhiyyaat). Nabi (saw) telah meramalkan apa yang akan terjadi di hari-hari terakhir dan saya akan mengutip salah satu hadits Nabi saw bahwa kita melihat hal itu sudah terjadi sekarang ini. Dan menunjukkan kepada kita semua baik masyarakat Muslim dan non-Muslim telah berada dalam perangkap setan.

Dari 'Amr ibn al-'Ash, Nabi (saw) berkata, saya akan memberitahukan pada Anda apa yang Nabi (saw) katakan, dan jika kalian mengerti bahasa Arab dengarkanlah dan bagi yang tidak memahaminya saya juga akan mengatakannya dalam bahasa Inggris. Hari akhir tidak akan datang sampai orang-orang melakukan hubungan intim (sex) dijalan-jalan seperti keledai. Saya bertanya apakah hal ini sudah terjadi? Dan Nabi saw mengatakan, "Ya itu akan terjadi. Dan kita melihat hal ini terjadi dimana-mana pria dan wanita berciuman dan melakukan hubungan sex di jalan-jalan, ditaman-taman dan yang lebih buruk lelaki berhubungan dengan laki-laki dan perempuan berciuman dengan perempuan (Homosex dan Lesbianisme).

Jadi kita telah melihat semua tanda-tanda itu sekarang ini, dimana pria dan wanita berciuman di jalan-jalan dan mereka tidak memiliki rasa malu untuk berhubungan seksual di jalanan seperti keledai, wanita tanpa busana, itulah yang kita lihat. Mereka sudah tidak lagi memiliki rasa malu. Dan sekarang Anda melihatnya di televisi, hubungan seksual memasuki rumah Anda melalui film di TV, dalam segala macam bentuknya dan juga di internet dan semua orang menonton film yang haram yang Allah telah melarangnya.

Wahai Muslim, lihatlah saat ini, pria dan wanita berhubungan sex dijalan-jalan, dan saling berciuman seperti keledai. Anda lihat keledai di gurun atau di hutan, keledai melakukan hubungan sex bersama-sama dan mereka tidak peduli. Dan manusia zaman ini melakukan semua hal itu sekarang juga melalui TV dan mereka melakukan itu dan kalian membiarkan terjadi untuk memanjakan anak-anakmu, membawa hal yang terlarang dan haram masuk kedalam rumah kalian melalui internet dan komputer. Itulah yang Nabi (saw) katakan akan terjadi sebagai tanda hari akhir.

Wahai Mumin, wahai orang beriman berhati-hatilah! Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Nabi (saw) mengatakan, Demi Dia yang tanganNya menggenggam jiwaku, Nabi (saw) bersumpah atas nama Allah SWT, la tafna hadhihi al-ummah hatta ar-rajul yaqum lil imrat wa yaftarishuhaa fit-tariq. Ummat ini tidak akan dimusnahkan, sampai umat muslim mengikuti apa yang dilakukan oleh umat non muslim dalam kehidupan mereka, dalam cara pendidikan, dalam mengajar anak-anak, pria wanita saling berciuman di bar, di diskotik. Nabi (saw) berkata jika ummat ini terus berbuat seperti ini maka mereka akan dimusnahkan.

La tafna hadzihi al-ummah, ummat ini tidak akan berakhir sampai seorang lelaki akan pergi bersama wanita dan berhubungan badan dengannya di jalan, atau apa yang mereka sebut taman, di antara pohon-pohonan, di bangku-bangku kayu ditaman yang biasanya orang-orang bersantai di atasnya. Dan kalian telah melihat pria dan wanita tidur bersama di bangku ditaman-taman. Dan orang yang terbaik di antara mereka berkata dalam hatinya ketika mereka melihat orang-orang melakukan hubungan sex di jalan-jalan, maka orang yang baik dan yang terbaik di antara mereka, akan berkata "Ah! seandainya tidak ada yang melihatku maka saya akan membawa wanita ini untuk berhubungan badan dengannya dalam ruangan dibalik dinding, dan ini lebih baik daripada dilakukan di depan umum. " Itu berarti bahwa dia memiliki keinginan juga untuk berhubungan badan dengan wanita itu di balik dinding. Dan hadist ini diriwayatkan oleh al-Haythami dan Abu Ya `ala ra.

Dan Sayyida Aisyah ra meriwayatkan bahwa Nabi (saw) mengatakan, orang akan dibangkitkan pada Hari Mahsar, hari penghakiman tanpa sepatu, telanjang tanpa pakaian, huffat, urraat, ghuraran. Dan Siti Aisyah ra berkata kepada Nabi (saw), ketika ia mengatakan bahwa orang akan dibangkitkan dan dipanggil kehadirat Allah swt tanpa busana dan bertelanjang kaki. Dan dia mengatakan, wanita dan pria berada di sana tanpa saling memandang satu sama lainnya. Dan Nabi (saw) mengatakan, hari itu adalah hari yang berat bagi setiap orang, dan mereka semua berpikir apa yang Allah akan lakukan dengan diri mereka, apakah Dia akan mengirimkannya ke surga atau mengirim dia ke neraka, itu adalah hari yang begitu berat sehingga tidak ada yang akan melihat menoleh siapa pun, mereka hanya akan berpikir apakah mereka akan diselamatkan.
Dan sebagaimana dikatakan dalam hadist riwayat Bukhari, mereka akan dikumpulkan pada hari mahsar dimana mereka berjalan dengan wajah mereka dibawah, buta tuli dan bisu. Mereka adalah manusia yang akan dibangkitkan dan dikumpulkan ke neraka Jahannam, dan Anas ra dalam hadist terkait mengatakan, bahwa seorang pria datang kepada Nabi (saw) dan mengatakan bahwa Allah swt berfirman dalam Al-Qur'an bahwa orang-orang akan dikirim ke neraka dan mereka berjalan dengan wajah mereka. Dan kemudian Anas ra mengatakan, orang kafir akan dibangkitkan dimana wajahnya menjadi kaki untuk berjalan. Orang itu bertanya kepada Nabi (saw) untuk mengkonfirmasi ayat itu, apakah mungkin seseorang berjalan dengan wajahnya. Dan Nabi (saw) menjawab, Dia yang membuat manusia berjalan dengan kakinya maka Dia juga bisa membuat manusia berjalan dengan kepalanya? Tentu saja Dia bisa.

Wahai Muslim berhati-hatilah, kita telah berada dihari terakhir, dan kami khawatir tentang apa yang akan terjadi. Nabi (saw) menyebutkan dalam sebuah hadits yang menjelaskan bahwa ketika Hari terakhir tiba, akan terjadi banyak kebingungan, banyak sekali masalah, seperti bongkahan besar malam yang gelap. Maka ketika saat itu terjadi, mereka yang duduk di rumah  lebih baik dari yang berdemonstrasi di jalanan. Ini menunjukkan bahwa lebih baik untuk tinggal di rumah Anda dan menjaga keselamatan anak-anak dan keluarga kalian.

Wahai Muslim dengarkan dengan baik dan lakukan apa yang kalian telah diperintahkan olehNya.
Yaa fawzan lil-mustaghfirin Astagfirullah. ... Inna Allah wa malaa'ikatahu yusalluna 'ala an-Nabi ya ayyuhalladzina aamanu sallu' alaihi wa sallimu taslima. (Mawlana berdoa).
Wa min Allah at Tawfiq

Tanya Jawab Setelah Kutbah Jum'at

Tanya : Bagaimana yang dimaksud dengan uhibbu Allah uhibbuki fillah  dan bagaimana tentang ahlak kaum muslim dan memperbaiki ahlak

Mawlana Syaikh Hisyam Kabbani qs : Jawaban dari pertanyaan ini sangat sederhana, bahwa apa yang kau cintai, maka cintailah hanya karena Allah swt. Maka mencintai Allah adalah dengan mengikuti perintahNya dan membenci atau tidak mengerjakan apa yang dilarangNya. Tinggalkan apa yang dibenci Allah swt.

Islam adalah ahlak yang mulia. Ahlak adalah Islam, Tetapi muslim, umat muslim mereka sedang berproses, tarik menarik antara kebaikan dan keburukan ego mereka. Artinya tidak seluruh muslim sudah memiliki ahlak yang baik karena mereka masih berjuang dengan ego yang buruk.

Maka cara yang termudah ikutilah bimbingan Awliya Allah seperti yang disebutkan dalam hadist

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’, tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka, tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Dan para sahabat bertanya, "kabarkan kepada kami siapakah mereka?" Rasulullah S.A.W bersabda: ”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah, tidak ada hubungan saudara diantara mereka dan juga bukan kerana kepentingan dunia. Demi Allah, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya Wali-wali Allah (Awliya) tidak takut dan tidak sedih.”

Tanya (oleh jamaah Wanita) :

Bagaimanakah Islam yang sesungguhnya? Islam yang mengikui Wali Allah? Apakah orang yang berzinah harus dirajam?

Mawlana Syaikh Muhammad Hisyam Kabbani qs : Islam yang sejati sangat mudah. Jika kalian muslim maka cintailah Allah seperti dikatakan, "Qul Inkuntum tubibunallah fatabiuni yuhbibkumullah, wayaghfirlakum dzunubakum wallahu ghofurur rohim"

Jika kalian mencintaiKu maka ikuti dia (Muhammad) maka Aku akan mencintai kalian, dan jika Aku mencintaimu maka Aku hapuskan dosa-dosamu. Maka jika kau mencintai Allah maka ikuti Nabi Muhammad saw, dan setelah beliau ikuti para sahabat dan Ulama-ulama yang tulus, karena ulama yang sejati mereka bagaikan para Nabi Bani Israil. Ati Allah, Ati ur Rasul wa ulil amri minkum, Taati Allah Taati Rasul saw dan orang yang diberikan otoritas atas diri kalian. Bertakwalah dan takulah kepada Allah.

Tentang Zinah

Ini adalah isue yang berbahaya, tidak ada yang bisa memberikan fatwa tentang zina, hakim harus mengetahui semua situasi zina. Dimana terjadi perzinahan tersebut, semua saksi harus melihat bahwa Anda berzina, kalian tidak bisa mengatakan mereka berzina jika kalian tidak melihat bagian pribadi perempuan dan laki-laki itu bercampur. Semua saksi harus melihatnya dan kalian tidak dapat melewati batas antara bagian alat vital wanita dan lelaki yang berzina, bukti harus diberikan atau jika tidak maka tuduhan zina, atau perzinahan menjadi tidak valid. Karena dari detail perzinahan itu akan ditetapkan berapa cambukan yang harus diberikan sebagai hukuman atas mereka.

Read Full 0 comments

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan


Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.


Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.

Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.

Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.

Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa. 
Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah. 

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.

Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.

Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.
Read Full 0 comments

ANTARA IMPIAN NAJIB DAN MIMPI ANWAR



Rakyat tumpang gembira serta mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 59 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jatuh pada 23 Julai yang lalu.

Lebih daripada itu rakyat berasa bertuah mempunyai seorang pemimpin bervisi seperti Datuk Seri Najib yang bakal membawa negara ke tahap pembangunan yang jauh lebih maju dan progresif dalam tahun-tahun mendatang.

Rancangan beliau untuk memantapkan lagi pentadbiran negara melonjakkan pembangunan negara sediada serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat semuanya terkandung kemas dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Melalui kedua-dua program mega itu, terserlah kualiti pada diri Perdana Menteri bahawa beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman lama dalam pentadbiran kerajaan selama 36 tahun malah arif bagaimana melakar perjalanan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran abad ke 21.

Malangnya segala impian rakyat yang ingin dibawa dan direalisasi oleh Perdana Menteri bakal hancur sekiranya pembangkang yakni Pakatan Rakyat dibenarkan memegang tampuk kuasa di Putrajaya.

Pada masa kini, pembangkang sedang sibuk dengan agenda politik mereka untuk meruntuhkan perancangan pembangunan yang telah di susun oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat. 

Mereka menyerang pentadbiran kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya melalui pendekatan media yang dibantu oleh rangkaian media Barat.

Mereka mencipta dan mengada-adakan bermacam-macam fitnah dan tohmahan untuk melemah serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Ada sahaja isu yang boleh pembangkang memanipulasi, mereka akan membesar-besarkan dan menjadikan isu itu sebagai satu senjata menghentam kerajaan.

Bagi pembangkang kebenaran hanya ada pada pihak mereka.

Walaupun kerajaan berulang kali memberi penjelasan secara terperinci mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan samada di dalam atau luar Parlimen, itu tidak menjadi penting kerana pembangkang yang menentukan samada ianya benar atau salah.

Tujuan semua tindakan pembangkang ini ialah supaya rakyat tidak akan merasa kesan positif dan perubahan positif kepada kehidupan mereka hasil program serta dasar yang telahpun terlaksana setakat ini.

Pembangkang tidak mahu rakyat berfikir bagaimana mereka menikmati perkhidmatan kesihatan dan perubatan paling rendah di dunia di Klinik 1Malaysia dengan hanya yuran serendah RM1.


Perdana Menteri tidak mahu membebankan rakyat dengan  perkhidmatan kesihatan yang tinggi terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, sebab itu kerajaan sanggup mengenakan caj lebih rendah daripada harga segelas teh tarik!

Pembangkang juga mahu mengalih perhatian rakyat kepada langkah kerajaan memperkenalkan Kedai 1Malaysia yang menjual banyak produk barangan buatan tempatan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaraya seperti Tesco, Giant atau Carrefour.

DAP sebelum ini cuba menggagalkan usaha kerajaan ini dengan memburuk-buruk kualiti produk yang dijual tetapi rakyat lebih bijak berfikir bahawa itu adalah propaganda murahan pembangkang.

Kini laporan media menyatakan seringkali Kedai 1Malaysia kehabisan stok kerana sambutan rakyat yang amat menggalakkan.

Bagi lebih 70,000 golongan pemandu teksi yang selama ini memberi khidmat kepada rakyat, kerajaan tidak melupakan pengorbanan mereka dengan memberi tayar percuma melalui skim Tayar 1Malaysia, malah kerajaan juga sedang menimbang skim caruman Perkeso dan KWSP bagi mereka.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan pemandu teksi kononnya untuk menunjukkan prihatin beliau kepada nasib mereka tetapi apa yang mampu ditawarkan beliau hanyalah air liur dan janji kosong.

Pembangkang juga mahu mengalih pandangan rakyat daripada langkah kerajaan mengurangkan bebanan kehidupan mereka dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat berjaya menikmati BR1M tetapi dalam usaha membantu rakyat kerajaan tidak pernah mendiskriminasi atau menindas mana-mana golongan atas alasan berlainan ideologi politik. 

Inilah bukti kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang adil yang membela semua lapisan rakyat tidak kira bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.

Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain akan terus mengadakan ceramah setiap malam untuk menipu rakyat.

Contohnya, PAS telah memerintah Kelantan selama 22 tahun sejak pilihan raya umum 1990, tetapi masih menjadikan ceramah umum sebagai aktiviti utamanya meskipun sudah menubuhkan kerajaan negeri.

Pembangunan negeri dan rakyat sepatutnya menjadi agenda teras pemerintahan di negeri Serambi Mekah itu tetapi PAS memilih menjadikan pentas ceramah sebagai alat propaganda untuk mengawal minda rakyat Kelantan supaya terus mengundi golongan jumud itu.

Tanpa ceramah politik setiap malam, nescaya pengaruh PAS akan jauh berkurangan dan negeri itu akan jatuh kembali ke tangan BN.

Apa pun fitnah pembangkang, Perdana Menteri tetap beristiqomah di atas landasan untuk mendahulukan rakyat dalam pentadbirannya.

Berkat kesabaran Datuk Seri Najib menanggung badai fitnah pembangkang, mutu kehidupan rakyat sudahpun menampakkan perbezaan positif yang ketara.

Bak kata pepatah biarlah luncai terjun dengan labunya; biarlah Anwar dan pembangkang lemas dalam dunia fantasi mereka yang tidak berkesudahan.
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates