Saya tidak tahu atau lidah bercabang

Selasa, 30 Oktober 2012
Gambar menceritakan segalanya.

Satu mengatakan yang Kerajaan Negeri tidak memusuhi KCS. Satu lagi gambar menunjukkan demo mendesak KCS letak jawatan.
  
Malah banner di markaz PAS Pendang mendesak Dato SUK letak jawatan.

Soalan Kedah Times senang sahaja. Kenapa tak desak Tuanku Sultan untuk mendesak Dato KCS letak jawatan? Bukanlah KCS dilantik oleh Sultan?

Atau memang puak-puak PAS dok 'go against' Sultan! Inilah jika politik melebihi segalanya.

PAS oooo PAS. Ibarat beruk kena belacan. Kalau tak pandai mengaku jer la tak pandai.

Yang ini apa pulak. Jangan la dok asyik kelentong kami.....






Read Full 2 comments

Apabila Beruk dapat bunga

Banyak pepatah berkaitan dengan perkataan 'BERUK' direka oleh pemain-pemain politik tanahair. Malah PAS dan UMNO selalu memperkatakan tentang beruk dalam politik harian mereka.

Beruk dapat bunga, beruk atas pokok cermai, beruk dapat pulut dan pelbagai jenis 'quote' tentang beruk.
 
Terkini ialah kata-kata MB Kedah tentang beruk atas pokok cermai. Yang ini kita boleh terjemah secara terus berkaitan perangai beruk di atas pokok cermai. Perangai beruk suka melompat atau mengocak pokok cermai ini ibarat orang yang suka buat hal untuk tarik perhatian.

Sebaliknya peribahasa ini tidak boleh kita terjemah secara terus ke bahasa malaysia atau maksudnya.

"BETTER THE DEVIL YOU KNOW THAN THE DEVIL YOU DON'T KNOW -- It is better to deal with something bad you know than with something new you don't; the new thing might be even worse. The proverb is of Irish origin and has been traced back to the 1539 collection of proverbs by R. Taverner"

Tapi puak PAS bukan peduli, mereka secara terus menterjemah ikut suka hati kerana ianya boleh manghasilkan political mileage kepada mereka. Bak dosa pahala, belakang kira.

Balik kepada beruk atas pokok cermai yang hebah diperkatakan oleh MB Kedah. Bagi KedahTimes beruk atas pokok cermai ini lebih baik dari beruk yang mendapat bunga kerana sekurang-kurangnya beruk atas pokok cermai ini memberitahu orang ramai yang Kerajaan Negeri Kedah memang tenat dan banyak melakukan perkara yang tidak mengikut prosedur dan merugikan wang rakyat.

Beruk dapat bunga pula ialah macam kerajaan negeri bawah pemerintahan PAS sekarang. Dapat kuasa, tetapi terpinga-pinga tak tahu apa nak buat. Tetapi sayang dengan kuasa yang berada ditangan dan tak mahu lepaskannya walaupun tidak ada idea atau rancangan nak buat apa.

Alih-alih semua pakat tebang balak, korek pasir dan jual tanah untuk masuk poket kroni.

Elok sangatlah MB panggil KP Pemuda Gerakan beruk atas pokok cermai. Jangan jadi beruk dapat bunga sudah la...
Read Full 0 comments

Bung Mukhtar dengan Publisiti Murahan


Kedahtimes masih tidak faham kenapa masih orang bijak pandai seperti Bung Mukhtar yang irihati atau tidak melihat secara rational apabila seorang Melayu beragama Islam menjadi jutawan. Orang seperti ini lebih suka melihat kepada keburukan daripada melihat kepada kebaikan hasil dari kekayaan Melayu Islam ini.

Dalam kes ini TS Syed Mokhtar dijadikan isu untuk menaikkan nema beliau di parlimen. Kenapa beliau tidak mempertikaikan jutawan-jutawan bukan Melayu yang mengisi TOP 5 terkaya di Malaysia. Apakah mereka hanya terlibat dalam satu jenis perniagaan sahaja? Apakah Kuok jadi jutawan besar hasil jual gula sahaja? Apakah Ananda kaya dengan Maxis sahaja?

Dan yang penting kita kena lihat apakah sumbangan mereka kepada Islam pada keseluruhannya.

TS Mokhtar melalui Albukhary Foundation banyak menyumbang kepada pembangunan Islam dan umat Melayu hasil dari kekayaannya. Terbaik yang kita lihat ialah sumbangan zakat kepada Pusat Zakat serta pembinaan Masjid yang tidak terkira jumlahnya. 

Jika Bung Mukhtar datang ke Alor Setar, nikmatilah komplek Albukhary yang menempatkan Masjid Albukhary Alor Malai yang tersergam indah bersebelahan dengan Albukhari International University yang menempatkan ratusan pelajar miskin dari seluruh dunia yang belajar secara percuma. Disamping itu terdapat juga penempatan anak-anak yatim dan pusat kesihatan yang memberikan perkhidmatan hampir percuma.

Ini belum kita bincang tentang penyediaan peluang-peluang kerja yang disediakan oleh syarikat beliau di serata Malaysia termasuk pekan yang terpencil di Naka dan Padang Sanai, Padang Terap melalui Tradewinds dan Gula Padang Terap. Tak lupa juga Bernas yang keseluruhan operasinya berada di serata ceruk Kedah.

Apakah ini tidak menyumbang kepada orang Melayu Islam khasnya, rakyat dan negara amnya? Apakah Bung Mukhtar terlalu daif untuk mengkaji apa yang disumbangkan beliau hasil dari kekayaan beliau? 

Ataupun Bung Mukhtar lebih suka orang Melayu Islam tidak ada dalam senarai jutawan, bahkan dalam perniagaan besar-besaran. Sedarlah Bung Mukhtar, orang Melayu Islam sudah beratus-ratus tahun berniaga secara global, malahan sudah menerjah kesemua pelusuk dunia. Ini membuktikan bahwa orang Melayu Islam LAYAK menjadi jutawan dan menerokai semua jenis perniagaan di dunia ini. 

Bangsa lain jika sepuluh orang berada dalam perigi buruk akan sedaya upaya menolak naik salah seorang dari mereka keluar dari perigi tersebut kerana mereka tahu yang yang selamat keluar tadi bakal menolong mereka keluar dari kesusahan, tapi nampaknya bangsa Melayu lain jadinya. Orang seperti Bung Mukhtar lebih suka kesemua bangsa Melayu Islam berada dalam perigi buruk semuanya. Daripada menolak keluar salah seorang dari mereka, lebih baik semuanya bergaduh dalam perigi buruk tersebut.

Jika ada 10 orang ahli parlimen macam Bung Mukhtar, tak tahulah apa akan jadi kepada bangsa Melayu Islam!

Tapi yang KedahTimes boleh sahkan terdapat ramai orang seperti Bung Mukhtar dalam PKR dan PAS.

Top 10 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012

Senarai 10 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012.

Bil. Nama Kekayaan (RM Billion) Syarikat
1. Robert Kuok Hock Nien 45.700 Kerry Group/Kuok Group
2. T Ananda Krishnan         42.998 Usaha Tegas
3. Tan Sri Teh Hong Piow 12.642 Public Bank
4. Tan Sri Lee Shin Cheng 11.356 IOI Group
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary  9.530 Albukhary Foundation
6. Tan Sri Quek Leng Chan   8.002 Hong Leong Malaysia
7. Tan Sri Lim Kok Thay  7.585 Genting Group
8. Puan Sri Lee Kim Hua  6.588 Genting Group
9. Tan Sri Tiong Hiew King   6.411 Rimbunan Hijau
10. Ong Beng Seng    4.919 Hotel Properties Ltd

Perkasa persoal kenapa hanya serang Syed Mokhtar

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang.

"Pada saya dakwaan Bung Moktar itu hanya retorik politik kerana tidak dibuat bersandarkan fakta. Bung Moktar ini sahabat saya tetapi sebagai presiden kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan demi membela masyarakat bumiputera, Perkasa menolak dakwaan beliau ke atas Syed Mokhtar.

"Apatah lagi dakwaan ini dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sepatutnya berbangga dengan kejayaan Syed Mokhtar. Lebih malang dibuat di Dewan Rakyat tanpa ada peluang untuk Syed Mokhtar membela diri dan saya anggap kenyataan Bung Moktar terlalu melampau," katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut menempelak Bung Moktar dan meminta Ahli Parlimen Kinabatangan itu untuk segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin mengkritik Syed Mokhtar dengan menyifatkannya sebagai cuba memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini sama ada di darat, laut mahupun udara.

Dalam pada itu, Ibrahim mempersoal mengapa Bung Moktar hanya mempertikai Syed Mokhtar sahaja tetapi langsung tidak menyentuh tentang sembilan lagi tokoh korporat paling kaya di Malaysia yang juga mendominasi pelbagai jenis perniagaan di negara ini.

"Kenapa hanya mengkritik dan mempersoal Syed Mokhtar sedangkan beliau layak kerana merit. Beliau sudah membuktikan keupayaan dan contoh paling jelas ialah kejayaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan selayaknya Syed Mokhtar dipilih untuk menerajui bidang perniagaan strategik tertentu.

"Kalau Bung Moktar mahu bercakap soal dominasi, beliau perlu juga mempersoal dan mengkritik sembilan lagi tokoh bukan Melayu yang paling kaya di negara ini, kenapa tidak persoalkan? Syed Mokhtar bukan sahaja berjaya tetapi menunjukkan komitmen sosial yang tinggi apabila membina 63 masjid di seluruh dunia," tegasnya

Read Full 4 comments

PAS yang perongois

Isnin, 29 Oktober 2012
Pembangkang ini KedahTimes anggap samada malas berfikir atau suka merodong tak tentu hala atau buat-buat tak tau.

Mereka akan buat sesuatu seolah-olah tanpa berfikir. Jika itu menguntungkan mereka. 

Isu di KUIN yang masih tidak selesai, kini mereka berkelahi pulak dengan KCS. 

KCS adalah jentera kerajaan negeri yang melaksanakan semua dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah negeri dengan sedaya mungkin. SUK adalah ketua mereka dan dia bertanggungjawab kepada Sultan.

Seluruh K.C.S. bertugas mengikut jabatan dan pejabat masing-masing dan bertanggungjawab kepada ketua mereka. Setiausaha Kerajaan Negeri (S.K.N.) sebelum Perang Dunia Kedua dikenali sebagai "Secretary to Government". S.K.N. memikul tanggungjawab memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar dan ia bertanggungjawab kepada DYMM Sultan.

Kedah Times takdapat nak bayangkan jika ada krisis diantara KCS dengan pentadbir negeri. Bagaimana Kedah akan bergerak ke depan jika pihak perlaksana dikecam oleh mereka yang membuat dasar. 

PAS seolah-olah tidak memperdulikan Hak Sultan memilih Dato SUK untuk terus memimpin KCS. 

Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya memilih mereka yang betul-betul boleh memerintah.







Read Full 1 comments

PAS dah bengkok

Tok Guru Haji Salleh ni memang terkenal di Sik. Beliau memimpin sebuah pondok di Sik.

Dulu beliau selalu datang ke pondok KedahTimes berada untuk mengajar agama. Memang ramai pengikut termasuk KedahTimes. 

" Hari ini jadi lagu lain dahh, berjuang nak cari kepentingan perut..
bukan berjuang nak tinggikan agama  ...
Dulu elok semua nak pejuang Islam, pejuang Islam ....
Dulu orang bagi kayu, bagi tanah, lani (sekarang) nak kaut masuk dalm poket .....
 Masa inilah baru bagi nak itu nak bagi ini....
Nak buat apa , orang nampak dah.. buat kerja tak kena .. "
Dari segi ilmu agama, KedahTimes memang tidak ada masalah dengan siapapun boleh belajar tetapi dari segi fahaman politik KedahTimes ada pendirian tersendiri. Malah Tok Guru KedahTimes sekarangpun yang mengajar usuludin, feqah dan tauhid mirip kepada PAS tetapi demi ilmu agama kami tiada masalah.

Jika seorang Tok Guru pun sudah mula menegur apa yang sedang berlaku, maka PAS dan penyokongnya patut bermuhasabah diri. Apakah mereka sebenarnya dijalan yang betul? Apakah PAS hanya indah kata dari rupa? Apakah Islam hanya mainan dimata PAS?

KedahTimes pernah terserempak dengan seorang totok PAS yang sedang makihamun PAS kerana PAS yang sudah berbeza, katanya. Malah dia kata UMNO amat lebih baik dari PAS.

Hermmm, ini bukan kata KedahTimes tetapi kata-kata orang PAS. 

Mungkin Tok Guru Haji Salleh nak kata yang sama tetapi mungkin beliau seorang tokoh PAS, pernah bertanding atas tiket PAS; beliau lebih senang menasihati PAS dati mengatakan yang UMNO lebih baik.

Kedah Times ajak semua totok PAS termasuk yang selalu menyamar yang membaca artikel ini untuk berfikir. Dan dengar juga nasihat dari Tok Guru Haji Salleh.

Read Full 0 comments

Dah Lamaa Dah

UMNO selalu mengingatkan rakyat siapa sebenarnya PAS. Dimulut pemimpin-pemimpin PAS sentiasa bercakap tentang Islam, hudud, syurga dan sebagainya.

Tetapi semua itu hanyalah umpan mereka untuk mendapat kuasa. Apabila kuasa sudah diperolehi, memang benar seperti apa yang selalu diingatkan oleh UMNO.

Kini mungkin mereka sudah sedar tapi kenapa masuk berada bersama mereka. Ingatan sudah diberi, apa yang diingatkan sudah menjadi kenyataan dan mereka sendiri menjadi saksi.

Tetapi kenapa masih ketegaq bersama mereka?




Read Full 0 comments

PAS yang sentiasa putarbelit


Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.

Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang, mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.
  
Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu, sebaliknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.

Seandainya para pembaca semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama, Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya.

Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.

Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya, dan menariknya semenjak itu, segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.

Barangkali sudah ketentuan Illahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS, Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".

Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.

Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting? Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.

Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.
Read Full 0 comments

Malaysia ditangga 12 Negara Paling Berdaya Saing


Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.  

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23.  

Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).  

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan. 

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.  

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.  

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini.  

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.  Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.  

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.  Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.  
Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.  Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.   

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.  
Read Full 0 comments

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?


Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.  Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.  Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.  

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.  Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.  

Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja. 

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.  

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.  

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.  Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya.  Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya.  Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu. 

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.  

Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.    

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.  Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.  

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.  

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”   
Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?

Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.  Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang. 

Read Full 0 comments

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA


Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam'  dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.
Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.


Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates