Kenapa Kalimah Allah Perlu Dibenarkan Kepada Kristian?

Isnin, 31 Disember 2012

Tok Pauh Menulis

Apabila Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan didalam bible bahasa Melayu, kecoh la umat Islam satu Malaysia menentang guan Eng.

Malah, PAS yang sudah tersilap pendirian semasa isu ini timbul sebelum ini telah konar baring, namun sekadar memberi justifikasi lemah iaitu kerana terjemahan itu tidak tepat, dan bukan kerana kesalahan mensyirikkan Allah. Ini bukti bahawa PAS sangat akomodatif terhadap Kristian, malah ianya dibuat agar orang Kristian tidak keliru dan bukan atas kepentingan umat Islam.

Ada juga berpendapat, dari segi politik, kalimah Allah perlu dibenarkan kepada kristian. Ini kerana orang Melayu yang menyokong pembangkang sudah terlalu taksub dengan kebencian mereka kepada Umno/BN, langsung, penjualan kalimah Allah kepada kristian ini tidak akan mengalih undi mereka kepada pakatan.

Ia juga,  dari segi memaksimumkan sokongan politik amat bagus kerana, ia berjaya menarik golongan Kristian, yang walaupun merupakan minoriti namun kebanyakan mereka berada dikedudukan berpengaruh didalam masyarakat.

Siapa kata Isu kalimah Allah merugikan Pakatan adalah silap. Ingat, Melayu pembangkang  yang taksub tidak akan terpengaruh dengan isu ini, tetapi sokongan kristian bertambah.

Matematiknya...... Guang Eng Bijak.
Read Full 2 comments

Institusi Pondok musnah akibat PAS

Jumaat, 28 Disember 2012
Kedah Times telah melawat beberapa tempat yang mengamalkan sistem pondok yang hari ini sudah menjadi kampung PAS.

Contoh terbaik ialah seperti yang berlaku didalam video yang dipaparkan dibawah. Pewakaf asalnya ikhlas dalam mewujudkan satu pusat untuk perkembangan Islam dengan modul pembelajaran berasaskan sistem pondok dengan kitab-kitab lamanya. Tetapi apabila pengaruh PAS mula menular masuk ke dalam pondok-pondok ini, semua hasrat tersebut tehakis secara perlahan. Yang muncul hanyalah fahaman PAS yang cuba mengasingkan pengikutnya dari kariah.

Pondok Kota Raja, Jeneri juga menjadi mangsa PAS. Pondok yang dulunya aktif dengan pengajian kitab-kitab lama denga sistem pondok yang teratur kini sudah menjadi pusat PAS. kalau dulu Sultan dan Tuan Guru Haji Aziz menjadi rujukan pihak pengurusan pondok, kini pemimpin PAS kawasan menjadi hero atau rujukan mereka.

Pengajian kitab lama sudah tiada lagi. Yang ada hanya pengajian politik PAS. Kalau dulu orang luar pondok berduyun-dutyn datang mendengar Tok Guru mengajar, kini anak muda dalam pondok menjadi mat rempit dan pembawa masalah sosial.

Inilah nasib tanah wakaf pondok jika dibiarkan PAS merasuk maemasuki Pondok. PAS lebih rela sistem pondok berkubur dari memajukannya.

Ini kerana mereka memperolehi keuntungan politik darinya. 

Read Full 0 comments

BALAK sumber pendapatan Kedah


MB Kedah mengaku yang pembalakan wujud di kawasan Tasek Pedu. Sudah tentu ada tauke balak yang kenyang kalau pokok sudah ditebang dan kayu dijual. 

PKNK tidak sama sekali tebang balak.

Kawasan hutan simapanan tasek Pedu merupakan pusat tadahan air yang dikumpulkan ke dalam Tasek Pedu dan disalurkan ke kawasan MADA bagi mengairkan sawah-sawah yang dikerjakan setiap tahun. Bayangkan jika tanah dan pasir mula mengalir turuh ke dalam tasek Pedu, apa yang bakal terjadi kepada sawah-sawah di kawasan MADA? Air sawah pasti akan berkurangan kerana tasek semakin cetek akibat tanah dan pasir yang mengalir masuk.

Apakah gerenti yang tanaman anggur, mempelam dan sebagainya boleh mengekalkan tasek Pedu sebagai pusat tadahan air untuk MADA tidak kering atau berkurangan airnya?

Apakah anggur sesuai dengan cuaca di kawasan Pedu? Difahamkan tanaman anggur di Tasik Beris hanya untuk dibuat jus sahaja, kerana ianya tidak manis atau sesuai untuk dijual secara terus. 

Kenapa tidak dihidupkan saja pusat peranginan yang telah wujud di Mutiara Pedu lake Resort dan Desa Utara Resort yang ditutup kerana kurang promosi dan logistik yang baik pada masa dulu tetapi sekarang ini sudah ada lebuhraya melaluinya?

Apakah gerenti yang hakisan tidak akan berlaku dengan aktiviti penebangan dan pencerahan kawasan sekitar Pedu?

Setelah gagal dalam melaksanakan SULIHH, PAS Kedaha mencari jalan senang untuk mendapat duit. Iaitu dengan menebang pokok-pokok dikawasan yang sudah diwartakan sebagai kawasan tadahan air/simpanan.

Padanlah, mereka mewar-warkan yang pendapatan balak meningkat. Sebab utama kenaikannya ialah pembalakan yang tidak terkawal. Semua hutan simpanan sudah habis ditebang.

Cara mendapatkan duit dengan senang ialah TEBANG POKOK. Itu saja yang tok lebai PAS tahu..


'Kami nak buka agrotourism'
  
Berita Harian, Alor Setar: Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini. 

Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri. 
Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 

Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama. 

Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)...Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal. 

Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang, then (kemudian) terserah siapa nak ambil balak tu...Yang penting, duit tu (hasil jual balak) kita gunakan untuk membangun (projek agrotourism), katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding berhubung kes Madrasah Salihiah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam. 
Semalam, BH melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan. Ini diakui sendiri Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, susulan tinjauan udara dilakukan hampir dua jam setengah di ketiga-tiga lokasi terbabit, pagi kelmarin. 

Azizan ketika ditanya mengenai masalah teknikal dimaksudkan, berkata ia berkaitan tafsiran tanah tinggi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan yang secara tidak langsung turut dikaitkan sebagai punca EIA untuk kerja pembalakan di Tasik Pedu itu tidak disediakan. 

Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter. Saya harap isu teknikal ni dapat mereka selesai cepat. 

Kalau keputusan itu memerlukan kami buat EIA, kami akan buat...Sekarang ni, kita jalan (projek) dan tolak (tebang) jugak, sebab nak tunggu pula (kelulusan), mesti pokok tu dah jadi umur 40 tahun pulaklah, katanya.
Read Full 0 comments

PAS yang ZALIM


Tidak tahulah apa lagi yang boleh kita katakan. Mungkin jika kita sebut, orang-orang PAS kata masuk bakul angkat sendiri.

Tetapi ini pemimpin Hamas Palestin sendiri yang berkata. Malaysia menjadi negara impian mereka. Negara yang makmur dan sentiasa membantu rakyatnya dan rakyat negara lain.

Dari dulu sehingga kini, pemerintah Malaysia adalah orang Islam yang sentiasa membantu sesama saudara se Islamnya. tetapi puak-puak PAS di Malaysia masih mengatakan yang kerajaan pimpinan UMNO Zalim.

Tidak tahulah apa yang zalimnya. Yang Kedah Times tahu, Nik Aziz zalim kerana sentiasa menipu pengikutnya. Pemerintah Kedah juga zalim kerana sentiasa menjawab tidak tahu apabila ada masalah rakyat. 

Mungkin UMNO zalim kerana sentiasa menang dalam pilihanraya. Itu sudah ketentuan Allah. Dia yang menentukan kemenangan UMNO dalam pilihanraya. Jika UMNO zalim kerana sentiasa mendapat kuasa memerintah, maka tentulah Allah juga zalim kepada puak PAS kerana memberikan kemenangan kepada UMNO.

Allah dengan sifat Pekehendak, Pekuasa dan Ilmu lebih mengetahui dalam segala perancanganNya. Jika itupun PAS kata zalim, maka PAS samalah dengan DAP!

GAZA 11 Dis. - Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam lain di seluruh dunia ekoran pembangunan pesat yang dinikmatinya ketika ini dan juga kemajuan dalam bidang penyelidikan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Hamas, Dr. Mufid El Mukhalalati ketika beliau menerima kunjungan hormat Penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF), Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini semalam.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya.

Turut hadir, Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai; Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M yang turut berada di sini.

Dr. Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai 'saudara seagama rakyat Palestin' dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa oleh beberapa misi kemanusiaan dari Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.

Bagi PGPF katanya, pihaknya menyerahkan sebanyak 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.

Abdul Azeez berkata, pasukan itu menyerahkan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan bernilai kira-kira RM450,000 kepada Kementerian Kesihatan Hamas.

Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada hospital itu.

Misi kemanusiaan KP1M, dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, memasuki hari keempatnya hari ini.

Sukarelawan KP1M juga mendermakan darah mereka bagi memenuhi keperluan Hospital Al-Shifa'. - UTUSAN
Read Full 1 comments

Ijazah KUIN : Pengajar pulak tidak berkelayakan


Kedah Times tumpang bersimpati dengan nasib 7 bekas pelajar KUIN yang diberi ijazah yang tidak diiktiraf MQA. Kini, nasib mereka semakin tidak menentu kerana dimaklumkan bahawa ijazah mereka terima mungkin tidak diiktiraf terus.

Seperti yang telah KedahTimes coretkan disini, ada satu lagi isu yang membolehkan pihak MQA tidak mengiktiraf ijazah yang dikeluarkan.

Kuliyah Pengajian AlQuran menggunakan pengajar-pengajar yang tidak berkelayakan. Kriteria ini diambil kira oleh pihak MQA jika KUIN ingin mendapat pengiktirafan ijazah yang dikeluarkan.

Maka apa akan terjadi kepada pelajar yang telah mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapat sekeping ijazah dan ilmu dari KUIN, sebaliknya tidak diiktiraf sekiranya mereka ingin menyertai sektor pekerjaan awam. 

Apakah KUIN akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penipuan ini?

Sanggupkah KUIN memohon maaf atas kesilapan mereka meletakkan pensyarah yang tidak berkelayakan?

Kita tunggu dan lihat kerana PM dan Menteri KPT sudah masuk campur.

ALOR SETAR - Nasib tujuh graduan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) di sini yang ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) telah dibawa untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Usaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menyampaikan surat melalui faksimili kepada Perdana Menteri petang ini mendapat jawapan tidak sampai sejam daripada Pegawai Khas beliau, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Menurut Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abdul Rani, Irmohizam telah memaklumkan kepadanya menerima surat yang difaks serta mengambil perhatian dan meneliti kes tersebut sewajarnya.

"GPMS Kedah amat bersyukur dengan keprihatinan Perdana Menteri terhadap isu ini dan membuktikan beliau amat peka dengan masalah rakyat," kata Shamsul Bahar pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tujuh graduan Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat terbabit menerima ijazah pada konvokesyen Kuin Oktober lepas dalam dilema kerana tidak diterima dalam sektor kerajaan apabila ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA.

Shamsul Bahar berkata, GPMS Kedah yakin dengan keprihatinan dan bantuan Perdana Menteri, polemik isu ini dapat diselesaikan dan pihaknya juga bersedia membawa pelajar berkenaan menemui Najib.

Katanya, surat yang sama dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lepas turut mendapat perhatian menteri berkenaan.

Wakil graduan berkenaan yang hadir pada sidang akhbar itu tetapi enggan namanya disiarkan berkata pengurusan fakulti tidak jujur dan ikhlas apabila memanggil beliau seorang sahaja untuk menerangkan ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA selepas majlis konvokesyen selesai.

"Sepatutnya kami (semua lelaki) yang merupakan kumpulan pertama berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dipanggil, bukan saya seorang.

"Sekarang lebih jelas apabila saya dimaklumkan pihak pengurusan bahawa peluang ijazah kami untuk mendapat pengiktirafan MQA adalah 50-50 kerana ada pensyarah tidak berkelayakan mengajar kami.

"Saya juga dimaklumkan proses permohonan untuk mendapat pengiktirafan itu yang dibuat oleh pengurusan fakulti sejak bulan lepas mengambil masa kira-kira tujuh bulan lagi," katanya dengan nada pilu.

Beliau berkata, rakan-rakannya kini ada bekerja dengan pihak swasta, menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, menjadi pemandu teksi di Kuala Lumpur dan bekerja kedai serbaneka untuk meneruskan kehidupan mereka. - Bernama
Read Full 0 comments

Skandal Tanah, Balak dan Jawatan


Skandal tanah untuk jawatan MB Perak terbongkar dengan kegelabahan DAP dalam menangani isu ini. Bagi pihak PAS dan Nik Aziz, mungkin mereka akan menerima padahnya pada PRU13 nanti.

Harapan kita agar rakyat Kelantan sedar tentang RASUAH tanah untuk jawatan MB yang dilakukan oleh Nik Aziz.
Bagi rakyat Perak pula, inilah hasilnya jika DAP diberi kuasa. Mereka membeli apa saja yang boleh demi mencapai cita-cita Malaysian Malaysia mereka.

Duit, tanah, balak, perempuan, kuasa, arak, judi dan pelbagai kerja-kerja menyalahi undang-undang menjadi halal bagi DAP, PKR dan PAS.

Apakah kita orang Melayu dan Islam rela akan semua ini?

Di Kedah, DAP dan PKR sudah memainkan peranan mereka. Balak dan tanah diterokai sewenang-wenangnya tanpa kelulusan pihak yang berhak.

Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan Islam tidak dapat dilaksanakan kerana takut kepada DAP.

Kelab malam, pusat hiburan, rumah urut dan pelbagai tempat maksiat tumbuh dengan suburnya tanpa ada pengawasan. 

Ini kerana takut kepada DAP.

SKANDAL TANAH NGEH-NGA BAKAL HANCURKAN DAP

Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.

Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu  Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.


Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang pengarahnya.

Sejak isu itu meletup di dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang dilontar terhadap mereka.

Melihat tembelang mereka tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahait bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Berikutan skandal tanah itu yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar menjadi krisis paling besar baginya.

Ini kerana dap berkeyakinan untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Apapun sudah terlambat untuk menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.

Kini berlaku pergeseran amat serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.

Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.

Berlaku tuduh menuduh apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia itu.

Kenyataan Ngeh itu telah dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap itu.

Krisis terbaru ini menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas dan Dap.

Bagi Pas, parti itulah yang paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.

Bagi Dap pula, parti itulah paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.

Jika parti-parti Pakatan Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan pusat?

Krisis ini tidak akan padam atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.

Apapun penjelasan yang bakal diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Keyakinan rakyat terhadap mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Nik Aziz pula sudah panik dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Amat mudah sekali orang agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas. 
  
Kerjasama Dap-Pas tidak akan menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.

Sepandai mana Anwar Ibrahim berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.
Read Full 0 comments

Parlimen Jerai bakal milik BN

1. Jika benarlah kata-kata dari ahli PAS ini, maka Jerai bakal jadi milik BN

2. Jika winnable candidate yang ikhlas berkhidmat dipilih oleh BN untuk mewakili BN di Jerai.

3. BN perlu juga mendekati mereka-mereka ini kerana mereka telah umumkan yang mereka adalah terbuka. Jika calon atau pemimpin tidak ikhlas, mereka sanggup membuangnya.

4. BN perlu bekerja lebih kuat dalam mendekati pengundi atas pagar dan pengikut PAS yang sudah kecewa.

5. Hanya 3 atau 4 bulan saja lagi untuk melakukan semua itu.


Read Full 0 comments

Perang Salib di Malaysia 2014?


DAP sudah begitu sinonim dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu.   DAP juga tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang darjah kebesaran dari Institusi tersebut.   Tindakan itu kita ambil sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara ini.  
Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP.   Namun, jika kita merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas maka, ia agak kurang tepat.  

Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.  

Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina.  Antara blog yang rajin mendedah serta mengupas secara terperinci dan sinis mengenainya ialah, helenang.wordpress.com dan juga shuzheng.wordpress.com.  Mereka mendedahkan bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara 'orang Melayu-Islam' dan 'orang bukan Melayu dan bukan Islam' dan kemudian menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO).   Pendedahan mereka di perkukuhkan dengan pendedahan-pendedahan oleh blog-blog berbahasa Melayu terutamanya di Pulau Pinang serta laporan semasa di media berkaitan kes murtad yang berleluasa. 
Antara pendedahan oleh blog-blog tersebut ialah mengenai mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri.   Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali. 

DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar.  Memandangkan pendedahan lebih banyak dilakukan oleh blog berbahasa Inggeris oleh blogger berbangsa Cina, maka DAP percaya yang rahsia agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat.  Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam. 
Benar, selagi Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.   


Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan PR, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama di suatu hari nanti.    

Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan menang dalam PRU-13.   Memandangkan PR mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan.  DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.   

Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.  

Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat.  Sifat mengalah PAS kemudiannya  membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.  

Hanya dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.  

Apa yang dijangka berlaku jika PR memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Indonesia.   Krisis ekonomi yang buruk telah menggandakan kepayahan hidup rakyat Indonesia yang telah sedia susah dan miskin akibat kelemahan pemerintah.   Kesusahan hidup telah membangkitkan kemarahan dan seterusnya keperluan untuk melepaskan kemarahan tersebut.  Rasa tidak puas hati yang telah lama terbuku di dalam hati rakyat kebanyakan terhadap kaum Cina-Kristian yang menguasai ekonomi negara itu, menjadi pemangkin kepada kemarahan yang meluap-luap.   Kemarahan kemudiannya dilepaskan dengan kaum Cina disembelih, dirogol, dirompak dan disiksa, sekadar untuk memuaskan hati.   Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.  

Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’.  

Pastinya, ada di kalangan PAS yang mempersoalkan artikel ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat dari mengundi PR.  Namun, dengan rekod sedia ada dan terdedah serta boleh dicapai dengan sedikit usaha dan keinginan untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, kerana anda sememangnya wajar merasa takut.  

Satu-satunya persoalan yang mungkin wajar ditanya jika ini berlaku ialah, apakah agaknya pendirian Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya yang terus percaya bahawa UMNO itu kafir?  Apakah mereka akan berjuang di belakang DAP, atau bersama UMNO dan umat Islam yang lain untuk mencapai cita-cita syahid? 
Read Full 1 comments

LGE jahil mengenai Tuhan yang disembahnya

Satu tulisan yang amat berilmiah untuk sama-sama kita tatapi dan fahami. Terimakasih Kedah Times ucapkan kepada pembaca yang memberi maklumat ini.

Terimakasih kepada Blog SatuHala kerana memeparkan penulisan yang begitu baik.

Kedah Times menyeru semua umat Islam yang ikhlas dan benar-benar ingin mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini agar bersama-sama bangun menentang hasrat mereka-mereka yang tidak pernah menyebut nama Allahpun dalam kehidupan mereka tetapi beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah demi untuk keuntungan politik mereka.

Jika mereka benar-benar mahu kalimah Allah digunakan mereka, kenapa tidak mengucap dua kalimah syahadah sahaja. Ikut ajaran Islam sebenar, bukan agama lain yang tidak sama sekali diterima Allah.

Tulisan ini agak terlalu panjang, maka eloklah jika semua pembaca ke blog ini
.
Read Full 0 comments

PAS Akan Pertahankan Amanat Hadi Hingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir


Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja ‘menghilangkan diri’ dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.   Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.   

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.  Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.  Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah.  Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya.    

Lagipun, ini adalah soal ‘hutang’ di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.   

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.  

Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa.  

Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri?  Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak.   Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.     


Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin ‘Ulama besar’ seperti Hadi adalah pengecut.  Mungkin Hadi sekadar ‘tidak sudi’ untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya.  Kita harus faham ‘pe’el’ Ulama-celebrity seperti Hadi.  

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.   Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi.  Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.  

Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya.  Takut juga kita akan dosa mengetawakan ‘Ulama’.  

Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi.  Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.  Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.   Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.   

Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka.  Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ‘tips’ jawapan iaitu ‘Ya, UMNO itu kafir bagi PAS’.  

Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafi, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya….iaitu sehingga ke akhirat.  Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz. 
Read Full 0 comments

Nasib 7 Pelajar KUIN

Khamis, 27 Disember 2012

Nasib 7 Pelajar lepasan ijazah Pengajian Al Quran KUIN masih belum menentu. Terkini pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah melakukan lawatan selama 2 hari bermula pada 23 disember 2012 lalu untuk melihat dan meneliti sendiri semua proses dan modul pengajian AlQuran di KUIN.

Lawatan tersebut juga bakal dan telah memberi jawapan kepada status 7 ijazah pengajian Alquran yang dikeluarkan oleh KUIN kepada pelajar pengajian yang menerima ijazah pada 17 September 2012 lalu. 

Hasil lawatan tersebut merumuskan yang MQA hanya akan melakukan penilaian untuk pelajar kohort 2 yang kini sedang berada di tahun akhir yang akan tamat pada tahun hadapan. Penjelasan ini diberikan oleh pihak MQA yang membuat lawatan dan penilaian ketika memberi komen dan rangkuman penilaian dihadapan pegawai KUIN, ketika keluar dari mesyuarat dan taklimat bersama mereka.

Secara ringkasnya MQA hanya akan mengira tarikh akreditasi bermula dari tarikh KUIN menghantar dokumen permohonan kepada pihak MQA. Maka sijil yang dikeluarkan kepada 7 pelajar yang disampaikan oleh SPB Agong pada majlis konvokesyen  adalah tidak diiktiraf MQA. Ianya hanya sekeping kertas tanpa pengiktirafan!

Ini disebabkan permohonan untuk pengiktirafan oleh MQA hanya diminta pada 26 september 2012, selepas 9 hari pelajar tersebut menerima sijil mereka. Nasib 7 pelajar tersebut masih belum menentu. Sehingga kini mereka masih gagal mendapat kerja tetap kerana ketiadaan sijil yang sah.

Apakah KUIN akan membayar balik kos pengajian mereka? Sedangkan kita semua ketahui yang KUIN dalam keadaan tenant dari segi kewangan dek kerana kegagalan anak-anak syarikatnya berfungsi dengan baik. Sebaliknya menjadi tempat penempatan kroni-kroni PAS untuk mencari kekayaan.

Sungguh malang nasib sebuah institusi pengajian tinggi yang diterajui oleh penyangak-penyangak serta mereka yang senantiasa mencari peluang untuk menjadi kaya.

Katanya nak perjuang Islam, rupa-rupanya berjuang untuk poket masing-masing!
Read Full 0 comments

Nik Aziz Serupa Macam 'Firaun'

Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi. 

Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja. 

Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan? 

Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya. 

Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates