Khamis, 31 Januari 2013

Anak Muda Bersama PM

Alhamdulillah, Kedah Times kembali menulis selepas beberapa minggu berehat kerana kesibukan tugas-tugas. Maklumlah awal tahun, semuanya kena dipersiapkan untuk memenuhi perancangan perniagaan 2013.

Agak ada masa terluang, KedahTimes singgah sebentar di Himpunan Anak Muda Kedah bersama PM. Ramai anak muda yang datang ke program tersebut. KedahTimes pinjam gambar dari  blog McTheory kerana gambar dalam BB Kedahtimes tidak dapat diuploadkan.

Sempat juga KedahTimes berjumpa dengan pencari kerja yang KedahTimes kenali. Komen mereka tak banyak peluang pekerjaan.

Mungkin betul atau tidak tapi Kedah Times nampak selepas saja PM keluar, kaunter-kaunter yang dibuka menjadi lengang, tiada penjaga.

Kalau ditengokkan dari segi semangat, sudah nampak bunga-bunga BN bakal memerintah Kedah semula. Walaubagaimanapun kriteria 'winnable candidate' perlu diutamakan.

Cuma kali ini Kedahtimes nak sentuh sikit dengan sikap sesetengah pihak dalam UMNO sendiri yang kurang sensitif dengan keperluan team cyber yang kebanyakkan gen-X dan Y memenuhinya.

Mungkin ada serba sedikit yang dilakukan tetapi tidak mencukupi. Kenapa KedahTimes kata begitu?

Jika hendak menyalurkan berita atau maklumat melalui blog, penulis perlu banyak berada di kawasan setempat. Bukannya berpusat di 500 atau 600 batu jauhnya dari kawasan operasi. Gambar, temubual dan penyiasatan perlu dilakukan di kawasan yang ingin dipaparkan. Bukannya berada didalam bilik ber aircon atau di restaurant di jauh nun disana dan menulis apa yang mungkin diterima melalui HP atau email.

CUkup bulan kutip duit dari UMNO. Yang peliknya ada pulak orang dalam UMNO yang sanggup bayar. Nasiblah UMNO kedah oooi. Esok jangan berputih mata sudah la..

Anyway, kenapa UMNO Kedah tidak langsung membantu anak-anak muda yang berhempas pulas menghabiskan duit poket mencari maklumat untuk didedahkan?

Apakah lebih baik menyusukan KERA dihutan dari anak sendiri?

Mungkin apa yang KedahTimes tulis ni tidak ada asasnya, TETAPI pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin. Mungkin betul atau tidak.

Apa-apa pun KedahTimes macam tu juga. UMNO menang atau Kalah, KedahTimes masih seperti dulu ....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates