Rabu, 9 Januari 2013

Bahana Kalimah Allah, Ulama Pun Boleh Jadi Bodoh?


Tok Pauh Menulis

Tok tertarik  dengan ulasan DR MAZA yang berbunyi: Banyak lagu-lagu negeri ada nama Allah... Jika non muslims sama sekali tidak dibenarkan menyebut atau memanggil tuhan Allah di Malaysia ini, maka versi khas bagi non-muslim bagi lagu-lagu negeri berkenaan perlu  diwujudkan"

1. Dr. MAZA dengan jahat sekali cuba menggambarkan bahawa pihak yang menentang penggunaan nama Allah oleh  Gerakan Kristian sebagai melarang nama Allah disebut dalam segala apa keadaan. Ini adalah fitnah tersembunyi yang cuba dijana oleh Ulama yang gergaji dua mata, makan kiri kanan Dr MAZA ini. Dr MAZA jika benar berprinsip atas kebenaran dan Islam, buktikanlah bila masa bukan muslim dilarang menyebut atau mengungkap kalimah Allah? Yang tidak dibenarkan adalah penyalahgunaan kalimah Allah.

2. Turutan dari itu, pembangkang mengatakan bahawa terdapat nama Allah pada topi anggota polis sebagai bukti kecelaruan pihak yang melarang penyalahgunaan kalimah Allah. Walhal, yang cuba mencelarukan fikiran rakyat adalah pembangkang termasuk Dr. MAZA sendiri.

3. Terbukti, Dr. MAZA samada tidak faham atau buat buat tidak faham bahawa penentangan adalah  diatas PENYALAH GUNAAN kalimah Allah. Iaitu dengan konsep trinity atau sebarang bentuk mensyirikkan Allah. Bukti jelas adalah  puak kristian tidak pernah pun menuntut agar rukunnegara ditukarkan  daripada "kepercayaan kepada tuhan" kepada "kepercayaan kepada Allah".

4. Huraian bahawa pada Al-Quran tidak membantah golongan musyrikin menyebut nama Allah adalah penipuan ditengahari, kerana Islam itu sendiri diturunkan untuk membetulkan pensyirikan Allah dengan pelbagai cara yang diamalkan oleh golongan musyrik. Dan adalah jelas, ia diminta oleh Guan Eng untuk digunakan dalam Bible, kitab yang mensyirikkan Allah..

5. Bagaimana seorang bekas mufti boleh terkeliru antara "Islam membenarkan nama Allah digunakan" dengan "Islam diturunkan untuk memperbetulkan perbuatan mensyrikkan nama Allah"   adalah satu kejadian malang bagi umat Islam..

6. Benarlah, nafsu kepada wang, pangkat dan kedudukan tidak pernah membezakan antara mufti, ulama dan ..... 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bro... baca ni.. betul statement engkau kat no 5

5. Bagaimana seorang bekas mufti boleh terkeliru antara "Islam membenarkan nama Allah digunakan" dengan "Islam diturunkan untuk memperbetulkan perbuatan mensyrikkan nama Allah" adalah satu kejadian malang bagi umat Islam..

http://satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html?showComment=1357723331474#c45652711178435956

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates