Khamis, 3 Januari 2013

Balak : Siapa untung dan siapa rugi


Kedah Times mohon orang Kelantan fikir  dengan mendalam tanpa ada sedikitpun perasaan dendam atau benci kepada UMNO. Buang UMNO ketepi buat sementara waktu.

Fikir siapa yang selama ini untung hasil dari pemerintahan PAS di Kelantan.

Begitu juga di Kedah. Isnin lepas Kedah Times berada di sekitar Pedu. Jalan yang kecil melalui Kg Musa, Kg Tanjung dan lain-lain sentiasa sibuk dengan lori yang membawa balak. 

Sudah tentu balak-balak tersebut datang dari kawasan tersebut menuju ke kilang di Kuala Nerang atau Sg petani.

Cuma Kedah Times nak tanya orang PAS, kerakusan menebang balak di kawasan tadahan Pedu sebenarnya membawa keuntungan kepada siapa?

Ada toke balak berbangsa Cina berbangga memberitahu bahawa sesetengah konsesi sudah menjadi milik mereka. Kambing sudah ditumbangkan meraikan pemilikan konsesi balak tersebut.

Malah konsesi-konsesi tersebut termasuk kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan. Tetapi kini sudah diteroka dan ditebang pokok-pokok besarnya.

Kita menunggu rintihan pengguna air termasuk pesawah dari kawasan MADA.

Siapa sebenarnya yang untung?

Kerajaan PAS Kelantan Utama Cina Daripada Melayu

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya, Nga Kor Min yang kini adalah pemilik Upaya Padu Sdn Bhd tentu sahaja tika ini sedang tersenyum bangga kerana syarikat milik mereka berpeluang mentekedarah hasil bumi Kelantan untuk tempoh yang lama sehingga 3 Mei 2092.

Berkat sokongan mereka bersetuju menerima perlantikan pemimpin PAS sebagai Menteri Besar Perak beberapa ketika selepas PRU 12 2008 berakhir, hasilnya empat tahun kemudian Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min berjaya mendapat laba keuntungan dalam bentuk hak milik tanah pajakan. 

Pendedahan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada kroni dan sekutunya dari DAP itu nyata telah membangkitkan kemarahan ramai rakyat negeri ini.

Rata-ratanya sukar menerima hakikat bagaimana tanah negeri yang mengandungi hasil bumi kayu kayan balak yang bernilai tinggi itu sebegitu mudah terlepas ke tangan orang luar, sedangkan di masa yang sama masih ramai rakyat negeri ini yang berdepan dengan masalah pemilikan tanah.

Lebih-lebih lagi isu pajakan hak milik tanah dan penerokaan hasil hutan untuk tujuan pembalakan ini mengingatkan rakyat kepada isu penggadaian tanah yang luasnya lebih 300,000 ekar kepada sebuah syarikat milik Cina Singapura pada tahun 1964 dulu.

Kini ia berulang kembali, kali ini tidak hanya syarikat Cina Singapura yang sedang menikmati hasil bumi Kelantan malah Cina DAP melalui pelbagai syarikat proksi mereka juga sedang mentekedarah kekayaan bumi negeri ini.

Malah mengikut beberapa laporan, daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat yang meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah, lebih separuh daripadanya atau sekitar 50,000 ekar telah dikuasai oleh tauke balak dan syarikat perladangan yang dimiliki orang Cina dari luar Kelantan.

Sebahagian besarnya dimiliki melalui pajakan yang memakan masa berpuluh tahun termasuklah ada yang mencecah tempoh pajakan 99 tahun termasuklah tanah seluas 10,095 ekar di Gua Musang yang diserahkan kepada syarikat swasta Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH).

Seolah-olah bagi Kerajaan PAS Kelantan, mereka lebih selesa membiarkan tanah-tanah negeri ini dikuasai oleh orang Cina, seolah-olah tiada seorang pun usahawan Melayu Islam negeri ini yang berkemampuan untuk terlibat secara langsung dalam bidang penerokaan tanah dan pembalakan.

Susah payah rakyat marhaen meneroka tanah selama berpuluh tahun demi mencari sesuap nasi akhirnya yang mendapat laba besar dan meraih keuntungan pajakan selama berpuluh tahun ialah orang luar khususnya Cina DAP dan Cina Singapura.

Kerajaan PAS Kelantan sama ada di era 1960 hingga 1970 dulu dan yang terkini 1990 hingga sekarang yang sedang memerintah negeri ini kelihatannya seperti lebih mengutamakan orang Cina berbanding orang Melayu Kelantan.

Tauke Cina diutamakan, orang Melayu Islam dikesampingkan. Mentang-mentanglah kebanyakan tauke-tauke Cina ini sentiasa bermurah hati menyumbang 'derma' wang ringgit untuk tabung pilihanraya PAS, maka itu Kerajaan PAS Kelantan sentiasa bermurah hati menyerahkan hasil kekayaan bumi Kelantan untuk membuncitkan perut tauke-tauke balak kesayangan mereka. 

Senario yang telah berlaku dan sedang berleluasa ini di negeri yang 95% majoritinya adalah orang Melayu Islam ini saling tak ubah seperti kata pepatah, "anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dalam pangkuan mati kelaparan."

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates