Isnin, 14 Januari 2013

Bukan Allah Yang Guan Eng Mahu, Tetapi Perpecahan Muslim

1. Umat Islam di Malaysia dan di Tanah Melayu telah menyambut Maulidur rasul semenjak berzaman, atas kepercayaan bahawa kasih dan cinta kepada Rasul SAW itu adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Tidak ada ulama yang melarang malah tiada yang menimbulkan sebarang keraguan tentang sambutan itu.

2. Datang Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, melarang dan menitah bagaimana orang Islam tidak perlu menyambut Maulidur Rasul. Tiba-tiba datang ulama politik nyanyok, baru sedar dari tidur yang panjang mendakwa bahawa Maulidur  rasul tidak perlu disambut kerana Rasulullah SAW hanyalah Mamat  biasa sebelum diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun.

3. Akibatnya umat Melayu terpecah kepada dua, satu taat kepada ajaran kasih kepada Rasulullah SAW, dan satu kelompok lagi taat dan kasih kepada pemimpin yang berimamkan Guan Eng. Guan Eng gembira kerana, beliau hanyalah seorang yang kafir kepada ajaran Islam, namum mampu mengelirukan ulama dan umat Islam dalam soal kenabian, hingga umat hingga berpecah dua.

4. Ulama turun-temurun juga mengajar sifat-sifat Allah, yang menekankan bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Malah surah al-akhlas adalah khas dan terus kepada perbuatan menyekutukan/mensyirikkan Allah oleh Nasrani iaitu soal  Allah punya Anak. Surah ini juga dinamakan surah tauhid kerana kalam Allah ini dengan tegas menolak pensyirikan nama Allah.

5. Datang Lim Guan Eng, meminta kalimah Allah digunakan didalam bible, iaitu mensyirikkan Allah dalam soal yang jelas di dinyatakan dalam surah al-ikhlas, iaitu Allah tidak mempunyai anak. Dengan adanya ayat khusus tentang ini, malah ini soal pokok dan soal tauhid, tentunya seorang kafir tidak akan berjaya memecahkan perpaduan umat Islam.

6. Soal ini pun ulama politik boleh terkeliru, dan tiba-tiba bersetuju untuk  nama  Allah disyirikkan dengan konsep Allah ada anak, maka tidak ada apa lagi yang tinggal. Segala tumpuan muslim adalah kepada Allah, segala amal ibadat, hudud dan sebagainya adalah demi dan kerana Allah. Apabila bersetuju Allah disyirikkan, maka sia-sia segala amalan, dan tiada lagi bezanya antara Guan Eng dan mana-mana Muslim yang bersetuju bahawa Allah itu beranak. Guan Eng telah mendapat bukti betapa lemahnya perpaduan kita, sehingga soal pokok dan prinsip ketuhanan pun, undi dan kerusi kuasa masih menjadi berhala.

7. Kepada umat Islam, Kita tidak perlu menjadi Yahudi, Kita Tidak Perlu Menjadi Nasrani, Kita tidak perlu menjadi budha, tetapi kita menjadi kafir dengan menyetujui bahawa Allah itu ada anak,  samada dengan perbuatan, kata-kata ataupun hati.

AL IKHLASH (MEMURNIKAN KEESAAN ALLAH)

Surat ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah sesudah surat An Naas. Dinamakan "Al Ikhlas" karena surat ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.

Pokok-pokok isinya : Penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

(AlIkhlas :112:1)
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

(AlIkhlas :112:2)
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

(AlIkhlas:112:3)
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

(AlIkhlas: 112:4)
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".

HUBUNGAN SURAT AL IKHLAS DENGAN SURAT AL FALAQ :

Surat Al Ikhlas menegaskan kemurnian Allah s.w.t. sedang surat Al Falaq memerintahkan agar semata-mata kepada-Nya-lah orang memohon perlindungan dari segala macam kejahatan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates