Isnin, 14 Januari 2013

Golongan Yang Tidak Teruji


Surah al-Ankabut ayat 2-3 bermaksud:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar,  dan sesungguhnya Dia(Allah) mengetahui orang yang berdusta.

Sebelum ini PAS hanya berkempen dikampung-kampung, mereka menjaja hudud, mengharamkan arak, mengharamkan judi, menghapuskan hiburan maksiat, mengasingkan wang hasil cukai yang haram, menurunkan cukai, mengharamkan bekerjasama dengan kafir, menentang pembalakan, dan pelbagai lagi langkah-langkah manusia beriman yang dijajakan kepada rakyat.

Pada waktu itu, mereka tidak perlu melaksanakan apa-apa pun janji-janji tersebut, mereka juga tidak berada dikedudukan dimana poket mereka boleh diisi dengan tawaran-tawaran menarik dan yang terbesar adalah tawaran  mengekalkan kuasa.  Ringkasnya, mereka belum diuji.

Pada waktu itu, mereka mengatakan hanya merekalah manusia yang beriman, manusia yang bukan dari kelompok mereka semuanya tidak beriman.

Tapi sekarang, apabila Allah mengalih kedudukan mereka, memberi mereka kereta-kereta besar, projek-projek besar, peluang kewangan yang besar, apa yang berlaku?

Mereka tidak pun mengambil satu langkah pun untuk melaksanakan hudud, alasan demi alasan diberi, mereka bukan setakat tidak mengharamkan arak, malah menteri besar sendiri menjadi pengerusi syarikat yang menjual arak.. Mereka juga meluluskan premis-premis untuk aktiviti judi.  Mereka malah menambah dan menterbukakan lagi aktiviti maksiat dan hiburan, menaikkan hasil cukai anjing, pendapatan cukai arak dan judi masih dicampur dengan pendapatan negeri,  pembalakan menjadi satu-satunya aktiviti menjana pendapatan selain cukai. Boleh  ditulis satu kitab soal kecurangan mereka yang mengaku beriman sebelum  diuji tadi, tapi apa perlunya lagi apabila kalimah Allah juga terjual untuk disyirikkan, batasan timbangan dosa pahala sudah dilangkau..
Allah SWT Maha Mengetahui  tentang manusia yang berdusta, dan telah tunjukkan kepada kita secara terang-terangan.

Kita juga dulu tidak teruji, apabila memilih, kita memilih yang kita percaya dari  golongan yang beriman. Namun sekarang, setelah melihat segalanya, kita sedang diuji samada meneruskan ego kita bahawa puak kita tetap benar, atau  menerima peringatan Allah tentang golongan pendusta yang mengaku beriman sebelum diuji ini?

Masing-masing akan menjawab disana nanti, berseorangan.. hari dimana alasan tidak lagi diterima dan hari yang tiada lagi tunding menunding.

Sesungguhnya benarlah kalam Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates