Selasa, 1 Januari 2013

Hadi Hadi Mana Pi?



Tok Pauh

Assalamualaikum,
Lama Tok tak menulis kerana disibukkan oleh hal-hal dalaman yang tak kunjung padam.

Semenjak Cikgu Non atau CN AL-Afghani menjual buku "KAFIRKAH AKU?"  demam haji hadi semakin lorat. Entah dimana haji hadi berkhalwat selama dua minggu, barulah timbul idea bertaichi dari menjawab soal amanat beliau.

Sebenarnya, apabila haji hadi mengambil masa sehingga dua minggu untuk menjawab isu ini, bukan bermakna haji hadi seorang dungu atau bebal, tidak sama sekali. Tok sendiri rasanya tak mampu nak menjawabnya, berdalih mungkin lebih senang.

Apa tidaknya, sudah berapa banyak keluarga yang bercerai berai, sudah berapa ramai keluarga yang mati pun tak diziarahi, itu belum dikira gaduh dan tidak bercakap sehingga hujung hayat dalam masyarakat sekampung.

Kalau dulu, Haji Hadi boleh memilih untuk mempertahankan  pendirian beliau bahawa pergaduhan, cerai berai, malah kematian pengikut taksub beliau di Memali dan Al-Mauannah  sebagai berbaloi dan jihad kerana pendirian bahawa mereka mempertahankan perlembagaan negara adalah kafir.

Tapi sekarang, saksi seperti Zulkifli Noordin Lawyer PAS telah jelaskan bahawa PAS pun sudah tandatangan perjanjian pakatan yang jelas nyatakan bahawa Parti itu, DAP dan PKR akan sama sama mempertahankan perlembagaan yang sama yang Hadi kafir pada tahun1981.


Haji hadi tentu bimbang, jika beliau mengaku amanat beliau silap, maka tentulah beliau kena serbu sebab rosakkan masyarakat yang bukan kecik dosa. Tapi kalau nak dipertahankan amanat beliau pula, maka beliau seolah-olah mengaku bahawa beliau sendiri pun kafir kerana sudah tandatangan untuk pertahan perlembagaan.
Jadi, selepas berkhalwat selama 2 minggu, hanya 1 cara untuk selamat, iaitu bertaichi. Letakkan syarat iaitu kena ada siaran langsung RTM supaya nanti boleh la tangguh lagi.

Syarat tersebut sebenarnya agak memperbodohkan diri sendiri juga, kerana rakyat (selain ahli PAS tentunya) tidak bodoh, mereka tahu, jika Haji Hadi buat video u-tube pun, semua rakyat boleh lihat dan dengar, malah mungkin video tu boleh mengatasi populariti video Anwar Ibrahim melanyak pencuri jam Omega.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates