Khamis, 10 Januari 2013

Isu Kalimah Allah : Hadi arah pemimpin Pas tutup mulut (Berita Harian)


Kita orang Islam tidak melarang orang bukan Islam menyebut nama Allah tetapi kita sama sekali menentang penggunaan kalimah Allah ini untuk mengelirukan umat Islam.

Allah adalah satu, bukannya seperti Tuhan Kristan yang membawa makna 3 dalam satu. Jadi adalah amat salah sekali menyebut kalimah Allah yang membawa makna yang lain dari apa yang dimaksudan oleh orang Islam.

Tetapi kenapa ulama-ulama PAS ini masih tidak faham? 

Inilah sifat PAS, akan menyorokkan segala masalah yang timbul di bawah karpet dengan harapan orang akan lupa. Tetapi mereka tidak sedar yang DAP dan kristian sedang memperalatkan mereka untu memperdaya orang Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya. 

BH semalam  memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu. 

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu.

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Yang Pakcu faham kalimah Allah adalah kalimah Tauhid yakni tentang Tuhan yang satu.Wahid/ Ahad sebagaimana sebutan semasa Bilal Bin Rabah diseksa untuk menukar imannya kepada kekufuran.

Apa pasal pula Tok Lebai kopiah nak kasi lampu hijaudi dan kongsi nama kalimah Allah dengan manusia yang syirik dan tak beriman dengan kalimah tauhid ni????

Kongsi dalam pakatan pun dah nampak janggal perjuangan PAS ni ...apa lagi kongsi kalimah Allah.....cakap aja nak bodek undi China .Habis cerita.........

Tanpa Nama berkata...

http://kembarapolitik.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-kerana-pulut-santan.html

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates