Rabu, 9 Januari 2013

KUIN masih bergolak

Keadaan di KUIN masih bergolak. Staf-staf yang tidak berpuashati dengan cara pentadbiran rektor KUIN bertindak untuk mengadakan beberapa program yang menjurus kepada untuk menuntu hak mereka yang diabaikan.

Pelbagai peristiwa yang boleh menjatuhkan imej KUIN berlaku semenjak diambilalih orang pentadbir pilihan Pemerintah PAS.

Pelajar demo, staf demo, ijazah tak diiktirah MQA, disaman pembekal, penutupan asrama kerana tidak mampu bayar sewa, pemindahan pelajar tahfiz yang ditentang dan pelbagai lagi isu yang tidak langsung dapat diselesaikan oleh pentadbir dan pemerintah negeri.

Apakah perlu perlu Tuanku Agong masuk campur sekali lagi sebagaimana Tuanku selesaikan masalah Madrasah Salihiyah?

Kita tertanya-tanya apa sudah jadi kepada pemerintah negeri yang sampai ke hari gagal untuk menyelesaikan banyak isu yang melibatkan rakyat. Itu belum masuk isu-isu asas seperti jalanraya, air, balak dan sebagainya.

Apakah mereka  layak menjadi pemerintah? Jika isu seperti inipun tidak dapat diselesaikan!




0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates