Khamis, 10 Januari 2013

Mat Sabu Keluar Fatwa

Jika Mat Sabu sudah boleh mengeluarkan hukum berkaitan dengan hal-hal Islam dan penganutnya, maka sudah sah yang PAS sudah begitu songsang perjuangannya.

Selepas ini berderet-deretlah ulama-ulama yang dulunya mengaji di Mekah, Madinah, Azhar dan sebagainya mempertahan AL Fadil Al Ustaz Mohd Sabu.

Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman dimana Dajjal sudah mula menghantar jeneral-jeneralnya untuk membawa risalah songsang dajjal.

Maka berbondong-bondonglah manusia yang kurang ilmu mengaku yang ajaran mereka itu benar. Dan syurga dajjal tapi neraka Allah yang menjadi idaman mereka.


Kalimah Allah : Bishop lega kenyataan Mat Sabu (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Ketua Gereja Katholik di Melaka dan Johor itu berkata, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia merasakan pendirian Pas terhadap penggunaan kalimah Allah adalah satu langkah penting kepada mencari penyelesaian terhadap kontroversi yang timbul.

"Pada saya, komunikasi di dalam Pas mungkin tidak sampai dan Ketua Penerangannya telah terkeliru," katanya.

Kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman sebelum ini yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kita tak payah masuk gereja bila nak tukar agama. Agree dan reda nama Allah digunakan bermakna paham dan tahu Allah akan disyirikkan menjadi 2 atau 3. Ini dah cukup menjadikan kita termasuk dalam golongan tu. Harap serban je berat, janggut sampai kepusat, dahi lebam dan ilmu tinggi belajar sampai ke Madinah dan Al-Azhar tapi jual agama. Kalau tak sempat tarik balik dan bertaubat tak tau laa macamman akhiran Husnul Khotimah ke Su’ul Khotimah.

Tanpa Nama berkata...

dengarlah perbualan mat sabu seperti di bawah ini

http://www.youtube.com/watch?v=QGy_2OfUnL0

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates